facebook

Khamis, 17 April 2014

MENGUBAHSUAI TANDAS DAN MENUKAR TANDAS CANGKUNG KEPADA TANDAS DUDUK, DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Dua tajuk kerja yang telah disiarkan sebelum ini adalah membaiki bumbung bocor dan membaiki lantai tangki dan menukar tangki. Hari ini pula, saya akan menyiarkan entri pengubahsuaian tandas dan menukar tandas cangkung kepada tandas duduk. Tandas ini terletak dibahagian dapur rumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Kerja-kerja pengubahsuaian tandas ini mengambil masa selama 7 hari. Sila lihat proses awal kerja-kerja pengubahsuaian tandas ini sehingga ia di transformasikan menjadi tandas yang lebih cantik dan menarik.













Proses pertama yang dilakukan adalah memecah jubin lantai dan dinding.


Tandas cangkung dan tangki cistern yang lama akan
dibuka dan dibuang.

Ini adalah 'S-Trap' yang masih lagi tertanam didalam tanah. Ia
akan dikeluarkan dan saluran paip yang baru akan dipasang.

Beginilah rupanya S-Trap yang telah dikeluarkan. Saya akan terangkan
fungsi S-trap dibawah ini.

Ini adalah sesalur kumbahan. Sesalur dari tandas akan disambungkan
kepada sesalur kumbahan ini nanti.

Gambar-gambar ini menunjukkan sesalur dari tandas yang
telah disambung ke sesalur kumbahan. Air kumbahan yang 
mengalir dari tandas akan disalurkan terus ke manhole.

Dinding ini dipecah sedikit bagi membolehkan saluran paip dipasang.


Ini adalah proses menyimen dinding tandas.

Setelah itu jubin pada dinding dipasang. Jubin bersaiz 1' x 2' dengan
gambungan 2 tona warna. Berwarna hitam dan putih.

Dinding yang telah siap dipasang jubin.

Ini pula adalah proses memasang jubin lantai. Jubin bersaiz 1' x 2' dengan
warna hitam/kelabu berjalur-jalur.

Tandas duduk yang telah dipasang.



NOTA:
Fungsi perangkap S (S-trap) - perangkap S dipasang adalah untuk menghalang gas kumbahan dari memasukki rumah (tandas). Ini bermakna tandas tidak akan berbau busuk setelah digunakan. Namun begitu, adakalanya tandas yang telah lama tidak digunakan juga akan mengeluarkan bau-bauan yang busuk. Ini terjadi kerana air yang terdapat di perangkap S telah tersejat sepenuhnya dan telah membebaskan gas kumbahan masuk ke dalam rumah/tandas.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Isnin, 14 April 2014

MEMBAIKI LANTAI TANGKI AIR DAN MEMASANG TANGKI AIR BARU DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya akan tunjukkan gambar membaiki lantai tangki air yang menyerap air di rumah Cikgu Noraini di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Terdapat beberapa kesan retakan di slab di bawah tangki yang menyebabkan air menyerap masuk ke bilik tidur utama. Selain dari itu, terdapat kebocoran didasar tangki.





Ini adalah tangki air yang terdapat di atas bumbung. Tangki air
ini terletak diatas slab. Lantai tangki ini sentiasa basah akibat dari
tangki air yang bocor.


Gambar disebelah kiri adalah kayu bagi melapik tangki yang telah reput.
Manakala gambar sebelah kanan pula menunjukkan lantai yang telah
berlumut kerana ia sentiasa ditakungi air.

Didalam bulatan adalah kesan bocor pada
dasar tangki.



Proses membersihkan tapak tangki. Pertama sekali,
air didalam tangki hendaklah dibuang terlebih dahulu.

Apabila tangki telah kosong, proses mengeluarkan tangki air yang 
bocor dilakukan. Disini dapat dilihat tapak tangki yang telah reput 
manakala dilantainya pula terdapat kesan serapan air.

Lantai tapak tangki yang telah dibersihkan. Dibahagian ini
akan dibina tapak tangki yang baru. Cikgu Noraini meminta
tapak tangki dibina dengan batu dan disimen.

Proses membina, menyimen dan mengeringkan tapak tangki.

Tangki air yang baru dan telah diletakkan pada tapak tangki baru
yang telah dibina.

Ini adalah proses penyambungan sistem perpaipan yang baru serta
memasang dan menguji bola tangki dan tangki air bagi memastikan
tiada kebocoran berlaku kepada barangan yang telah dibekalkan.


Tangki air yang baru telah diuji bagi mempastikan tiada
kebocoran berlaku.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 10 April 2014

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar proses membaiki bumbung bocor dirumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Sebelum ini saya telah menyiarkan entri kerosakkan-kerosakkan yang terdapat dirumah tersebut. Kerosakkan pada bahagian bumbung ini terdapat 2 faktor utama. Pertama adalah kayu kerangka yang menyokong atap genting telah reput kerana dimakan anai-anai dan aliran air telah memasukki ke kawasan tersebut. Kedua adalah pertumbuhan pokok-pokok renek diatas slab telah menyebabkan akarnya menjalar ke dalam sesalur air dan bumbung.

Atap genting telah dibuka dan kelihatan kayu kerangka yang menyokong
atap genting telah mereput dimakan anai-anai. Bahagian ini juga lembab.

Pokok renek yang terdapat dibahagian slab telah dibuang dan dibersihkan.
Setelah itu kayu kerangka yang reput dibuka dan proses menggantikan kayu
kerangka baru dilakukan.

Kayu kerangka telah dipasang mengikut ukuran yang betul.

Setelah itu, proses menyusun semula atap genting dilakukan. Proses ini agak rumit
sedikit kerana setiap susunan yang dilakukan hendaklah betul agar tiada kebocoran
akan berlaku dikemudian hari.

Disamping itu sesalur air juga dipasang.

Dibahagian tepi dinding dan  atap yang juga menjadi punca air mengalir ke
ruang tamu rumah telah di simen. Sebelum ini bahagian itu hanya ditutup dengan
sekeping zink sahaja.

Bumbung rumah yang telah siap di perbaiki.



NOTA:
Saya tidak menggantikan atap genting ini dengan yang baru kerana ia masih boleh digunakan. Ini juga boleh menjimatkan kos membaikpulih kediaman ini.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Jumaat, 4 April 2014

KERJA-KERJA MEMBAIKI SEMULA RUMAH LAMA DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Pemilik rumah ini, Cikgu Noraini telah menghubungi saya dan meminta saya membaiki semula rumah yang baru dibelinya. Rumah ini adalah rumah 'second hand'(pemilik kedua). Sebelum mendudukki rumah ini beliau mahu ia dibaiki terlebih dahulu. Rumah yang telah lama ditinggalkan ini, terdapat banyak kerosakkannya. Gambar-gambar dibawah ini adalah diantara kerosakkan-kerosakkan yang akan dibaiki semula.


Gambar rumah Cikgu Noraini di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor.
Gambar yang diambil dari bahagian hadapan rumah.

Dinding bahagian hadapan rumah yang sudah berkulat dan cat telah
terkopak dibeberapa bahagian hadapan rumah.

Bumbung bocor dan kayu kerangka yang telah reput dimakan anai-anai.
Manakala sesalur airnya tersekat oleh akar kayu.

Kabinet dapur yang dipenuhi sarang anai-anai.

Lantai tangki yang menyerap air dan menyebabkan air menitis
ke ruang tamu.

Tangki air yang bocor dan tapak tangkinya juga telah reput.

Mengubah suai kedua-dua tandas. Tandas di bilik tidur utama
dan juga tandas dibahagian dapur.

Menyimen semula lantai dibahagian belakang rumah (dapur).

Memasang plaster siling (cornish dan dome).

Memecah dan membuang table top yang lama dan
membina yang baru.

 Menukar kepala paip (water tap).

 Membuka pintu lama dan memasang pintu yang baharu.

Membina kerangka siling dan memasang siling.

'Grinding and polish' lantai marble.

NOTA:
Saya akan menyiarkan entri  membaikpulih rumah ini setiap minggu dan bagaimana rumah yang mempunyai pelbagai kerosakkan ini akan ditransformasikan menjadi sebuah rumah berwajah baru.

No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Selasa, 1 April 2014

MENUKAR 'DOME'/PLASTER SILING DI BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, KUALA LUMPUR

Saya telah diminta oleh seorang pelanggan untuk membaiki 'dome'. 'DOME' adalah sejenis plaster siling. Berbagai-bagai nama yang digunakan bagi memaksudkannya. Adakalanya ia disebut sebagai siling kapur, siling lepa, plaster siling dan sebagainya. 'DOME'  adalah sejenis dekorasi diruang dalaman rumah iaitu dibahagian atas siling. Ia disebut sebagai 'DOME' kerana bentuknya yang separa bulat. Selalunya ia terletak dibahagian tengah siling dengan lampu ataupun kipas berada ditengah-tengahnya. Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana proses membuka dan memasang semula 'DOME'/plaster siling.

Gambar ini menunjukkan 'DOME'/plaster siling yang terletak dibahagian
tengah siling. Pelanggan ini meminta saya menukar 'DOME'/plaster siling
ini kerana beberapa bahagian dikelilingnya telah mula merenggang dari
kedudukkannya. Beliau kuatir "DOME'/plaster siling ini akan terjatuh
suatu hari nanti.

'DOME'/plaster siling yang telah dibuka dan gambar sebelah kanan adalah
'DOME'/plaster siling  baru yang akan dipasang.

Ini adalah proses menyapu gam siling ke 'DOME'. Terdapat pelbagai jenis gam
yang digunakan oleh kontraktor-kontraktor pemasangan 'DOME' ini. Pilihannya
adalah terletak pada diri sendiri.

Gambar ini menunjukkan 'DOME'/plaster siling yang telah dipasang. Namun bagi
mempastikan gam tadi akan melekat dengan kuat ia hendaklah di sendalkan dengan
sesuatu bahan. Saya telah menggunakan pemutar skru dan membiarkan ia semalaman
bagi gam tersebut benar-benar melekat ke siling.

Kipas angin yang dibuka tadi telah dipasang semula.

'DOME'/plaster siling yang telah disiap dipasang yang berukuran
840 diameter dengan kedalaman lengkungan 300 diameter.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com