facebook

Rabu, 14 November 2012

PAM TANDAS ROSAK (TUKAR FLEXI HOSE)

Saya dihubungi Puan Salina dari Bukit Setiawangsa, Setiawangsa, Kuala Lumpur tempoh hari. Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah saluran air masuk ke tangki tandas telah rosak. Ia telah menyebabkan tiada air yang masuk ke tangki tandas setelah dipam. Beliau terpaksa menakung air didalam baldi untuk dicurahkan kedalam lubang selepas menggunakan tandas. Setelah di periksa kerosakkan itu berpunca dari flexi hose dan penyambung sistem air masuk ke tangki. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.


Gambar-gambar diatas menunjukkan tangki tandas yang tanpa air dan flexi hose yang telah rosak.


Gambar-gambar ini pula menunjukkan flexi hose yang telah diganti baru.


Flexi hose yang lama.


Beginilah penyambung sistem air masuk yang telah rosak.
No. tel : 012 - 6379460




Sabtu, 10 November 2012

ATAP BOCOR (PROSES PENUKARAN RABONG)

Saya telah dihubungi oleh Dr George dari Klinik Haiwan PETCARE tempoh hari. Beliau menghubungi saya kerana terdapat aliran air yang mengalir melalui dinding. Apabila hujan turun dengan lebat, air hujan itu akan mengalir masuk kedalam klinik haiwan dan menyebabkan lantai basah. Ini merupakan satu masalah yang besar kerana didalam klinik terdapat pelbagai barangan yang sensitif kepada air dan terdapat juga haiwan seperti kucing dan anjing yang menerima rawatan disitu.

Dr George meminta saya membuat pemeriksaan apakah puncanya air boleh mengalir melalui dinding tersebut.Setelah dibuat pemeriksaan saya dapati rabong atap genting telah bocor (rosak).Oleh itu Dr George  meminta saya membaiki dan menggantikan sahaja rabong atap yang rosak itu.


Gambar diatas ini, menunjukkan rabong atap yang belum dibaiki. Terdapat sepihan atap yang telah pecah dan tercabut. Terdapat juga atap-atapnya yang  telah reput. 

Gambar ini menunjukkan proses membuka dan memasang semula rabong atap.

  • Gambar 1 dan 2 - adalah proses membuka rabong atap.
  • Gambar 3 dan 4 - proses melapisi zink dan atap genting.
  • Gambar 5 dan 6 - proses melapis zink sekali lagi.
  • Gambar 7 dan 8 - rabong atap tadi telah di sendal dengan atap-atap yang telah pecah bagi mengelakkan dari ditiup angin.

NOTA/PUNCA:
  • Angin - angin yang kuat boleh mencabut mana-mana bahagian atap yang tidak disusun dengan sempurna. Ia juga boleh menyebabkan atap bergerak sedikit dari kedudukkan asal.

  • Hujan - hujan yang lebat dan kerap boleh menyebabkan atap bergerak dari kedudukkan asal.Ia juga boleh mengumpul bendasing seperti daun-daun kering, batu-batuan dan serpihan kaca ke satu tempat dan akhirnya ia boleh menyebabkan pengaliran air tersumbat.
  • Atap - atap yang telah lama/usang, penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan penyusunan atap yang tidak betul.



No. tel : 012 - 6379460





Selasa, 6 November 2012

SKRU PENGIKAT TAP YANG ROSAK

Hari ini saya nak tunjukkan kepada semua permasalahan yang dihadapi oleh Puan Masyitah yang tinggal di Taman Melati, Gombak. Beliau telah memanggil saya bagi membaiki paip air disinki dapur rumahnya yang rosak. Setelah diperiksa ia berpunca dari skru pengikatnya yang telah pecah. Oleh itu saya telah menggantikan dengan 1 unit SKRU TAP yang baru.


Tap sinki ini longgar, apabila hendak memusing pemegang ke kanan atau ke kiri, tap pasti akan terpusing sekali. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk membasuh pinggan dan sebagainya. Kerap kali kita akan menukar satu unit tap tersebut padahal kita boleh menukarkan bahagian yang rosak sahaja.




Gambar diatas menunjukkan tap sudah dibaiki dan tidak lagi terpusing ke kanan dan ke kiri. Manakala gambar dibawah        sebelah kiri menunjukkan skru pengikat yang telah pecah dan gambar disebelah kanan pula skru pengikat yang baru. 




012 - 6379460




Khamis, 1 November 2012

FLOOR TRAP BILIK AIR TERSUMBAT

Saya telah dihubungi oleh En. Farid yang tinggal di Taman Tun Dr. Ismail. Beliau mengadu lantai bilik air di bilik tidur utama  dilimpahi air yang banyak setiap kali beliau mandi dibilik air tersebut. Air akan bertakung dengan banyaknya dan mengalir perlahan memasuki ke saluran air.

Setelah diperiksa, saya dapati floor trap dibilik air itu tersumbat.Proses pertama yang saya lakukan adalah mengorek floor trap tersebut. Saya dapati terdapat banyak gumpalan rambut  disitu. Selain dari gumpalan rambut terdapat juga tisu-tisu tandas.

Saya menasihatkan, sekiranya mencuci rambut sewaktu mandi pastikan rambut yang gugur dilantai tidak dibiarkan begitu sahaja. Kutip rambut-rambut itu dan dibuangkan kedalam tong sampah.Ini bertujuan rambut-rambut tersebut tidak akan terkumpul di floor trap dan menyebabkan ia tersumbat.

No. Tel. : 012 - 6379460





Isnin, 29 Oktober 2012

PROJEK MENGUBAHSUAI PEJABAT DI BANDAR BARU NILAI

GAMBAR (2)









No. Tel. :  012 - 6379460







PROJEK MENGUBAHSUAI PEJABAT DI BANDAR BARU NILAI


Gambar-gambar ini adalah projek mengubahsuai rumah kedai 4 tingkat di Bandar Baru Nilai, untuk dijadikan pejabat.








No. tel. :  012 - 6379460





MEMBAIKI PAM TANDAS DAN MENUKAR PENUTUP TANDAS JENAMA MONZA

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang saya ambil sewaktu membaiki pam tandas yang rosak. Saya telah dihubungi oleh Cik Wani dari Wangsa Melawati  Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Masalah yang dihadapi oleh beliau hampir serupa dengan masalah En. Husni dari Desa Melawati (permasalahnya pernah saya siarkan di entri yang terdahulu).

Saya dapati sistem sifon didalam tangki tandas telah rosak dan tidak dapat mengalirkan air apabila ia dipam. Oleh itu saya telah mengantikan satu sistem sifon yang baru.


Gambar-gambar dibawah pula menunjukkan tandas rumah Cik Wani yang tiada penutupnya.Cik Wani menggunakan tandas duduk berjenama MONZA.Saya telah menggantikan penutup tandas yang baru berjenama sama.Untuk makluman, tandas duduk jenama MONZA sukar didapati  dan harganya pula lebih tinggi berbanding jenama-jenama lain yang ada dipasaran. Sekiranya ada yang mempunyai masalah untuk mendapatkan alat ganti untuk jenama ini bolehlah menghubungi saya.




No. tel. : 012 - 6379460