facebook

Ahad, 29 Januari 2012

MEMBUANG POKOK DI ATAS BUMBUNG - KLINIK HAIWAN 'PET CARE' TAMAN MELAWATI








   Gambar-gambar diatas adalah pokok-pokok renek yang tumbuh  dibumbung klinik haiwan dimana terletaknya tangki air utama. Pokok-pokok ini jika dibiarkan ia akan membesar dan boleh menyebabkan sesalur air tersumbat dan akan menambahkan lagi risiko kerosakan yang lebih besar.



Gambar-gambar di bawah pula menunjukkan  kawasan tadi  telah dibersihkan dan pokok-pokok renek  telah dibuang.






Rabu, 25 Januari 2012

KERJA-KERJA PENYAMBUNGAN PAIP AIR DI RESTORAN ARENA CAFE, WANGSA MAJU

Tempat memasak yang pada asalnya tiada punca air. Ia  telah menyukarkan tukang masak untuk mengambil air sewaktu proses memasak.
Tempat memasak yang telah dibina satu punca air bagi memudahkan  tukang masak  mengambil air sewaktu proses memasak.
Ini adalah saluran penyambungan paip air yang terdapat di ruangan memasak. Ia terletak dibawah singki basuhan dan seringkali tersumbat serta menyebabkan air melimpah ke lantai. Air limpahan ini menyebabkan lantai basah dan becak.
Sambungan punca air yang menyebabkan kebocoran dan tersumbat telah di tutup dan dipindahkan bagi memberi ruang yang lebih luas di ruangan memasak.
Singki mencuci pinggan mangkuk yang terdapat di ruang memasak seringkali tersumbat dan menyebabkan lantai basah dan becak.
Singki mencuci pinggan mangkuk yang pada asalnya terletak di ruang memasak telah dipindahkan ke luar bagi memberi ruangan memasak yang lebih luas serta tiada lagi lantai yang basah dan becak.

Ahad, 22 Januari 2012

KERJA-KERJA MEMBAIKI TANDAS RUMAH PUAN HUDA DI TAMAN SRI GOMBAK

Air paip dari singki keluar perlahan kerana tersumbat.
Air paip keluar lebih lancar setelah dibaiki.
Lantai tandas bilik air tingkat atas bocor menyebabkan air menitis jatuh ke tingkat bawah
.Jubin lantai lama yg sudah dikeluarkan dan disapu 2 lapisan 'water proofing'
Lantai tandas yang telah siap dibaiki.
(Membuang jubin lama, menyapu 2 lapisan water proofing dan memasang semula jubin baru)

Komen dari Puan Huda - beliau amat berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah disiapkan, sehingga kini tiada lagi kebocoran atau air tandas yang menitis ke tingkat bawah.

Selasa, 11 Oktober 2011

SESALUR AIR lantai bilik mandi tersumbat - kami boleh selesaikan masalah itu

Gambar 1

 Gambar 2

 Gambar 3

 Gambar 4

 Gambar 5

Gambar 6 

Penapis air bertingkat - KHAS BUAT PENGGUNA YANG MEMENTINGKAN KEBERSIHAN DAN AIR YANG BERKUALITI


Penapis air bertingkat 

Penapis air bertingkat ini adalah  rekaan saya sendiri. Penapis air yang direka sebanyak 6 unit ini yang disusun secara bertingkat  berfungsi untuk menapis air selama seminggu, sekiranya  menggunakan 1 unit sehari. Hari ke 7 hendaklah ditukar kesemua penapis itu. Penapis air ini  direka khas untuk pengguna yang mementingkan kualiti dan kebersihan air.

Gambar diatas - penapis yang telah digunakan untuk 1 hari. 

Gambar diatas - telah digunakan selama 6 hari

Gambar diatas -  kesemua penapis telah dibuka untuk di bersihkan dan ditukarkan kepada yang baru

Gambar diatas -  pemasangan penapis yang baru

 Proses seterusnya
 Pemasangan semula penapis yang telah dibersihkan
Gambar diatas - penapis yang telah siap dipasang semula.