facebook

Sabtu, 9 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn. 7) ~ Mencuci setiap panel.

Setelah selesai proses membuka 102 unit panel, kemudian ia dicuci. Proses mencuci ini dilakukan sebanyak 2 kali iaitu mencuci, membilas dan mencuci sekali lagi sebelum ia dikeringkan. Panel-panel ini akan disusun mengikut nombor siri yang terdapat pada setiap panel. Tujuan ia disusun begitu bagi mengenalpasti panel-panel yang rosak dan memudahkan proses memasang semula panel tersebut nanti. Sila lihat penerangannya dibawah ini. 

Proses mencuci dilakukan. Mencuci setiap panel dengan menggunakan air dan span sahaja.
Bahan pencuci tidak digunakan kerana keladak yang terdapat pada panel mudah untuk       dibersihkan.Penggunaan bahan pencuci dikhuatiri akan menjejaskan kualiti air.

Membilas setiap unit panel yang telah dicuci.

Panel yang telah dicuci dibiarkan kering.

Setelah kering, panel-panel akan disusun mengikut nombor siri.

Kesan rekahan pada panel yang telah dicuci.

Panel yang merekah telah ditampal menggunakan tar oleh kontraktor
pembaikan yang dahulu. Namun rekahan masih terjadi dan lebih memanjang
rekahannya. Terdapat 3 keping panel yang merekah. 


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 8 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn. 6) Membuka panel yang kedua.

Setelah panel 3 x 3 x 3 siap dibuka, panel 2 x 3 x 3 pula dibuka. Sewaktu membuka panel yang pertama dilakukan, panel-panel pada lantai tidak dibuka. Apabila membuka panel kedua ini, barulah lantainya dibuka. Proses membuka ini mengambil masa beberapa hari lagi untuk disiapkan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Membuka panel  2(L) x 3(P) x 3(T)

Proses yang sama dilakukan iaitu dengan membuka panel pada sisi terlebih dahulu.

Membuka skrew dari bahagian luar panel.

Gate Valve

Membuka panel pada bahagian sisi dimana terdapatnya gate valve.


Bahagian dalam tangki panel. Terdapat keladak dibahagian dasarnya.

Panel pembahagi (partition) dibahagian tengah yang masih belum dibuka.

Membuka skrew dibahagian bawah panel bagi membolehkan panel pembahagi (partition) dibuka.







No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Rabu, 6 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 5) ~ Membuka dinding panel.

Kerja-kerja membuka tangki panel ini diteruskan beberapa hari lagi sehingga ke semua 36 keping panel dibuka. Gambar-gambar dibawah ini menunjukkan krew-krew sedang membuka skrew pada tangki panel dan seterusnya membuka panel-panel.

Membuka skrew dibahagian luar panel terlebih dahulu.

Panel yang telah dibuka akan disusun pada satu tempat.

Membuka panel pada 'gate valve'.

Dinding panel telah siap dibuka kecuali partition/pembahagi dan lantai.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Isnin, 4 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 4) ~ Membuka dinding dan penutup panel.

Membaiki tangki panel yang bocor ini agak rumit. Ia memerlukan masa yang agak lama. Ini kerana setiap keping panel itu akan dibuka satu persatu dan perlu dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak pecah. Seperti yang telah diberitahu, tangki panel ini dibahagi kepada 2 bahagian. Oleh itu, bahagian pertama yang dibuka adalah 3panel(L) x 3panel(P) x 3panel(T) iaitu sebanyak 42 keping panel tidak termasuk lantai.

Proses membuka setiap keping panel ini dilakukan secara berulang-ulang iaitu dengan membuka skrew dibahagian luar terlebih dahulu dan kemudian krew akan membuka skrew dibahagian dalam pula. Begitu juga bahagian dinding dan atasnya. Perlu membuka mengikut urutannya. Ini bermakna, membuka 3 keping panel dibahagian sisi/dinding kemudian diikuti pula dengan membuka bahagian atas sekeping. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Membuka skrew dibahagian sisi/dinding panel.

Setelah 3 keping panel dibahagian sisi dibuka, barulah bahagian atasnya dibuka pula.

Membuka sisi/dinding panel yang kedua.

Membuka penutup panel kepingan kedua.



bersambung...
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Ahad, 3 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 3) ~ Mengosongkan tangki.

Setelah bahagian atas panel dapat dibuka dan dikeluarkan, bahagian sisi panel tersebut akan dibuka skrewnya. Cara membukanya adalah sama iaitu dengan membuka skrew dibahagian luar terlebih dahulu barulah bahagian dalamnya dibuka. 

Tujuan membuka ke semua skrew dibahagian sisi panel adalah untuk mengeluarkan air dari tangki tersebut. Setelah tiada lagi air didalamnya, barulah kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih mudah. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Air dikeluarkan melalui sisi panel yang telah direnggangkan sedikit.

Dasar tangki yang dipenuhi keladak yang tebal.

Gambar dari bahagian sisi tangki setelah air dikeluarkan.

Setelah air dikeluarkan dapat dilihat keretakkan pada dasar tangki.

Keretakkan pada dasar tangki.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Sabtu, 2 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn 2) - Membuka panel

Gambarajah dibawah ini adalah contoh pembukaan setiap panel. Tangki ini bersaiz 3panel(L) x 5panel(P) x 3panel(T). Jika dilihat dari luar tangki ini kelihatan satu unit sahaja. Namun begitu, ia terbahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian bersaiz 3panel(L) x 3panel(P) x 3panel(T) dan satu bahagian lagi bersaiz 2panel(L) x 3panel(P) x 3panel(T). Diantara kedua-dua bahagian tersebut terdapat panel yang dinamakan partition (pembahagi) disitu. Untuk mencari punca bocor pada tangki serta membaikinya semula, setiap panel perlu dibuka satu persatu. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambarajah panel tank.

Proses membuka  panel. Pertama sekali hendaklah membuka panel dibahagian
sisi disebelah atas terlebih dahulu. Membuka panel tersebut menggunakan spanar. Setelah
satu keping panel dapat dibuka, seorang krew akan masuk ke dalam tangki tersebut dan
membuka skrew dibahagian dalam pula.

Setelah membuka skrew dibahagian dalam, barulah panel yang kedua
iaitu dibahagian atas dapat diturunkan.


Gambar dibahagian dalam tangki panel.

Dasar tangki yang berkeladak.

Gambar ini menunjukkan air sentiasa menitis dibahagian
sisi tangki.

Keretakkan pada tangki panel dapat dilihat dengan jelas.

Ini pula keretakkan pada panel yang dibahagian bawah.

Air sentiasa menitis dan menyebabkan kerangka besi 'H' dan
konkrit sentiasa basah.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 1 Mei 2015

MEMBAIKI PANEL TANK YANG BOCOR DI BANDAR UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR (Bhgn. 1)

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki panel tank di sebuah restoran yang terkemuka di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Kerja-kerja ini telah dilakukan pada bulan April, 2014 yang lalu.

Pengurus restoran ini telah menghubungi saya dan meminta untuk membaiki panel tank yang bocor. Kebocoran ini dapat dilihat dari bahagian luar tangki. Air sentiasa menitis pada bahagian sisi  dan juga bahagian dasarnya. Untuk membaiki tangki jenis ini, proses membuka dan memasang semula mengambil masa  hampir 20 hari untuk disiapkan. Walaupun tangki jenis ini tahan lama, namun sekiranya pemasangan itu tidak sempurna ia akan menyebabkan tangki ini bocor semula. Pemasangan tangki jenis ini juga tidak memerlukan paku kerana ia menggunakan skrew ('nuts and bold'). 

Tangki yang hendak dibaiki ini adalah bersaiz 10' x 17' bersamaan 3 x 5 x 3 panel. Pada mulanya, pemilik restoran ini mahu menjadikan panel ini kepada 3 x 4 x 3 panel sahaja kerana lebihan panel yang rosak itu akan dijadikan alat gantian. Namun, setelah saya membuka tangki tersebut dan mendapati hanya 3 keping panel yang rosak/pecah. Oleh itu, saya mencadangkan agar hanya bahagian yang rosak itu sahaja digantikan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah gambarajah panel tank. Bahagian dalam tangki ini terdapat rod 
dan pengikat besi serta tiang sokongan bagi menguatkan kedudukkan tangki.
Gambarajah ini juga menunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada 
tangki tersebut dan apa yang perlu dipasang. 
(Untuk makluman, setiap syarikat pengeluar tangki mempunyai cara dan
bahan-bahan bagi pemasangannya tersendiri).


Gambarajah ini menunjukkan kedudukkan tangki yang diletak diatas 
tetulang konkrit dibahagian bawahnya dan 'H' bar (kerangka 'H') pada 
bahagian tengah. Tangki ini akan duduk atas kerangka 'H'.


Ini adalah panel tank yang terdapat di restoran yang dimaksudkan.

bersambung.....

No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com


Sumber gambar: PIPECO & Sekisui