facebook

Rabu, 18 Jun 2014

MENUKAR WATER PUMP JENAMA HITACHI DI JALAN KEBUN, SHAH ALAM, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor telah menghubungi saya dan memberitahu water pump miliknya telah rosak. Oleh itu, beliau mahu menukar kepada water pump jenama Hitachi. Seperti sedia maklum, saya selalu mengesyorkan kepada para pelanggan water pump jenama Hitachi kerana produk ini berkualiti disamping memberi jaminan sehingga 5 tahun.
Pelanggan ini juga tidak berasa ragu-ragu untuk menukar water pump kepada jenama ini. Sila lihat gambar-gambar pemasangan water pump dibawah ini.


Water pump yang telah rosak.


Proses membuka water pump dan sistem perpaipannya.

Proses memasang water pump jenama Hitachi.

Water pump jenama Hitachi (GX Series - 150 watts)


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 16 Jun 2014

MEMBAIKI FLOOR TRAP TERSUMBAT, DI DANAU KOTA, KUALA LUMPUR

Puan Fatimah yang tinggal di Danau Kota, Kuala Lumpur telah meminta saya membaiki sinki di dapur rumahnya yang tersumbat. Setelah dipam beberapa kali air kumbahan dari sinki dapur tidak dapat mengalir ke manhole. Saya dapati salur kumbahan di sinki dapur telah tersumbat. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses membuka bottle trap dibawah sinki dapur dan salur air
kumbahan yang telah tersumbat juga dipotong.

Ini adalah limpahan air kumbahan setelah beberapa kali di pam.

Beginilah keadaan lelemak yang keluar setelah proses mengepam dilakukan.

Salur air kumbahan dimasukkan air dan dijolok dengan paip bagi memecahkan
lelemak yang mengeras itu.

Ini adalah proses membersihkan lantai yang dipenuhi dengan lelemak beku.

Salur air kumbahan dibahagian luar juga di korek bagi membolehkan air
kumbahan mengalir dengan lancar.

Setelah air mengalir dengan lancar, lantai yang kotor tadi dibersihkan semula.

Salur kumbahan dan bottle trap yang baru telah dipasang.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Sabtu, 14 Jun 2014

TUKAR TANGKI DI BANDAR SERI MAHKOTA, BANGI, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Seri Mahkota, Bangi, Selangor telah meminta saya menukar tangki air dirumah beliau. Tangki air sedia ada telah lama tidak digunakan kerana ia bocor. Manakala sistem perpaipannya juga bocor. Rumah pelanggan ini adalah jenis 'townhouse'. Proses untuk membuka dan memasang tangki air di rumah jenis ini agak sukar sedikit kerana kawasan tangki air ini adalah sangat terhad. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Perkara pertama yang dilakukan adalah membuka sistem perpaipan yang menyambung
ke tangki air. 

Setelah itu proses membuka tangki air dilakukan.

Ini adalah proses membawa turun tangki air tersebut.

Gambar diatas menunjukkan bahagian tangki air yang bocor.

Ini pula adalah lantai tapak tangki. Lantai tapak tangki ini telah mereput 
Lantai tapak tangki ini adalah jenis plywood. Gambar disebelah kanan 
adalah saluran paip yang telah bocor.


Tapak tangki telah dibersihkan dan akan dipasang dengan pelapik baru  jenis papan.

Papan pelapik tangki telah siap dipasang.

Ini adalah proses pemasangan sistem perpaipan yang baru dan juga
memasang ball valve.

Paip yang lama telah dibuang dan diganti dengan paip jenis PVC.

Tangki air telah siap dipasang dan di uji. Tiada kebocoran pada tangki dan 
juga sistem perpaipan yang baru.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Khamis, 12 Jun 2014

MEMBAIKI SILING BOCOR DI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Pelanggan yang tinggal di Bandar Baru Bangi ini telah meminta saya membaiki bumbung yang bocor dirumah beliau. Air hujan telah menyerap masuk ke siling rumahnya. Terdapat kesan tompokan air pada siling. Saya telah memanjat bumbung dan mendapati tiada atap genting yang pecah mahupun tidak betul kedudukkannya.
Oleh itu, saya terpaksa mencari punca permasalahan itu dari dalam rumah. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


Saya terpaksa membuat satu ruangan bagi membolehkan saya memasukki
ke bahagian siling. Untuk pengetahuan, keseluruhan rumah ini telah di tutupi
dengan plaster siling dan tidak ada ruang bagi memasukki ke kawasan bumbung.


Setelah itu barulah dapat dilihat keadaan bumbung rumah tersebut dari bahagian
dalam. Dapat dilihat kesan tompokan basah di beberapa tempat pada atap genting.

Saya telah menyapu silikon dibahagian-bahagian yang terdapat tompokan air.

Setelah siap siling yang dibuka tadi telah dipasang semula. Ia kemudiannya,
disapu dengan filler joint bagi menutup bahagian yang terbuka. Setelah itu
ia dicat semula dengan warna putih.

Telah siap dibaiki.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 10 Jun 2014

BUMBUNG BOCOR DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG, SELANGOR

Dibawah ini adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membaiki bumbung rumah seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Pelanggan ini memberitahu, setiap kali hujan air akan masuk melalui siling rumahnya dengan banyak sekali. Oleh itu, beliau meminta saya mencari punya kenapa air boleh masuk ke dalam siling rumahnya. Dibawah ini saya terangkan puncanya.

Beginilah keadaan bumbung rumah pelanggan ini.

Terdapat beberapa bahagian atap genting  yang pecah dan rabongnya pula telah retak. Manakala susunan atap gentingnya juga tidak disusun dengan teratur. Kontraktor yang dipanggil sebelum ini hanya menutup atap genting itu dengan sekeping plastik yang tidak diketahui jenisnya. Penggunaan penutup plastik ini hanya bersifat sementara kerana plastik akan mudah mereput apabila terdedah kepada cuaca panas dan hujan.

Keadaan siling yang telah mula mengembang akibat dari air hujan 
yang masuk ke dalamnya.

Saya telah membuka dan membuang plastik yang menutupi atap genting itu.
Kemudian atap genting yang tidak betul susunannya, telah disusun semula dengan
betul barulah atap genting dan rabong yang retak dan pecah itu disapu dengan sealant.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 8 Jun 2014

CUCI TANGKI AIR DI BANDAR SG. WAY, PETALING JAYA

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Sg. Way telah menghubungi saya bagi mencuci tangki air dirumah beliau. Beliau khuatir akan kebersihan air ditangki simpanan tersebut kerana telah lama tidak dibersihkan. Tangki air ini terletak diatas bilik mandi kedua. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Air yang berkeladak didalam tangki.

Ini adalah proses mencuci tangki air. Setelah bahagian atasnya dicuci
barulah bahagian dasar tangki dicuci dan kemudiannya dibilas beberapa 
kali bagi mempastikan tangki air ini betul-betul bersih.

Tangki yang telah siap dicuci. Ia kelihatan bersih.

Gambar sebelah kiri adalah 1 unit bola tangki/ball valve.
Gambar sebelah kanan bola tangki/ball valve telah dipasang.

Ini adalah proses mengisi air ke dalam tangki dan menguji
semula bola tangki/ball valve.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 6 Jun 2014

MEMBAIKI SILING BOCOR DAN WATER PUMP JENAMA GRUNDFOS DI BANDAR TUN HUSIN ONN, BATU 9, CHERAS, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Tun Husin Onn, Cheras, Selangor yang memberitahu air sentiasa menitis melalui siling rumahnya. Beliau mengesyakki air yang menitis itu datang dari tangki air yang bocor. Oleh itu, beliau telah meminta saya memberi anggaran kasar kos membaiki dan menukar tangki air tersebut.   

Sebelum seseorang memilih untuk menukar tangki, terlebih dahulu saya akan bertanya beberapa perkara mengenai tangki itu. Ini bagi memastikan tangki itu memang perlu untuk ditukar. Ini bagi mengurangkan kos pelanggan. Jika sekiranya tangki itu bocor dibahagian dasarnya ataupun bocor itu bergaris melintang dan menegak ini bermakna ia tidak boleh dibaiki. Namun, jika ia merupakan satu bulatan pada bahagian dinding tangki ia boleh dibaiki. 

Saya telah meminta izin untuk melihat sendiri keadaan tangki air tersebut. Saya dapati tangki air yang dikatakan bocor itu masih dalam keadaan yang baik.Air yang menitis itu sebenarnya berpunca dari salur air masuk ke water pump yang longgar. Sila lihat penerangannya dibawah ini.


Ini adalah water pump yang terletak bersebelahan tangki air diatas siling rumah.

Water pump ini berjenama Grunfos. Dapat dilihat air yang menitis dari
water pump tersebut dan  telah menyebabkan kayu pelapik water pump ini
sentiasa basah. Oleh kerana ia sentiasa basah, ini telah membolehkan air
menitis terus ke bahagian siling rumah.

Setelah mengenalpasti puncanya, barulah proses membaikinya dilakukan.

Salur air masuk ke water pump telah dibuka bagi membaikinya semula.

Setelah salur air masuk dibaiki, tiada lagi air yang menitis keluar.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com