facebook

Sabtu, 25 Mei 2013

MENCUCI TANGKI AIR DI BUKIT ANTARABANGSA

Hari ini saya diminta untuk mencuci tangki air di rumah Puan Salmah yang tinggal Bukit Antarabangsa . Setelah beliau melihat entri saya sebelum ini yang memaparkan tangki air yang sangat kotor dirumah pelanggan saya, beliau berasa was-was tentang tangki air dirumah beliau. Ini adalah kerana semenjak mendudukki rumah tersebut tangki air tidak pernah dicuci.


Gambar 1
Tangki air yang dipenuhi keladak.


Gambar 2
Tangki air yang telah dicuci dan kelihatan baru.


Gambar 3
Bola tangki dan ball valve yang rosak dan telah diganti baru.


Gambar 4
Sekeliling tangki telah disapu dengan sealant memandangkan ada tempat-tempat yang mengalami kebocoran.


Gambar 5
Dibahagian penyambungan paipnya juga disapu dengan sealant.


No. Tel: 012-6379460




Khamis, 23 Mei 2013

PENYAMBUNGAN SEMULA PAIP YANG PATAH

Saya dihubungi oleh Puan Mariam yang tinggal di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Saluran paip air (pvc) di bahagian luar rumahnya telah patah. Ia telah menyebabkan air melimpah keluar dengan banyak. Oleh itu, beliau telah meminta saya membuat penyambungan saluran paip air yang baru.

Gambar 1
Bahagian yang bertanda anak panah itu adalah saluran paip air (pvc) yang telah terpatah 2.


 Gambar 2
Satu penyambungan saluran paip air yang baharu telah dilakukan, namun saya telah meletakkan saluran paip air itu ke bahagian belakang tembok batu. Ia bertujuan memudahkan untuk disimen kerana Puan Mariam  mahu ianya disimen.

 Gambar 3
Saluran paip air pvc yang telah disimen.


 Gambar 4
Puan Mariam  meminta saya memasang satu unit stock cork dibahagian luar paip rumahnya. Ia bagi memudahkan beliau menyiram pokok bunga dan sebagainya.



No. tel : 012-6379460





Isnin, 20 Mei 2013

SALURAN KUMBAHAN 'GULLY TRAP' TERSUMBAT DI SUBANG JAYA

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membersihkan saluran kumbahan yang tersumbat di Subang Jaya, Selangor. Rumah yang didiami oleh pelanggan ini selama lebih 20 tahun mengalami masalah floor trap yang tersumbat. Menurut pemilik rumah, bilik air dan ruang dapurnya seringkali  mengalami masalah air kumbahan dari sinki dapur dan tandas bertakung di lantai dan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Beliau telah memanggil beberapa orang tukang paip bagi membaiki saluran kumbahan yang tersumbat itu, namun masih lagi mengalami masalah yang sama.

Setelah diperiksa saya dapati saluran kumbahan ini, terdapat banyak lelemak keras yang tersalut disekeliling saluran kumbahan itu. Ini bermakna lelemak tersebut telah lama terkumpul di situ. Gambar-gambar yang diambil ini mungkin menjijikkan bagi sesetengah orang. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan beberapa entri mengenai saluran kumbahan tersumbat di SINI dan SINI.

Gambar 1
Ini adalah floor trap yang terdapat dilantai dapur.

 Gambar 2
Apabila dibuka penutup floor trap tersebut kelihatan saluran itu dipenuhi dengan lelemak yang keras dan membeku. Manakala gambar disebelahnya pula adalah floor trap di tandas. Kelihatan air yang bertakung.

 Gambar 3
Ini adalah 'gully trap' yang terletak dibahagian belakang rumah/dapur. Air kumbahan ini melimpah dan tidak memasuki ke bahagian mainhole. Ini adalah salah satu punca rumah ini berbau busuk.

 Gambar 4
Ini adalah mainhole yang berada dibahagian laluan pejalan kaki dibelakang rumah. Setelah saya membuka penutup mainhole, tiada aliran air disitu. Ini bermakna air kumbahan tidak melalui/memasukki mainhole. 

 Gambar 5
Ini adalah proses mengepam bagi menghancurkan lelemak tersebut. Setelah disiram dengan air panas saya menggunakan rotan/rodding bagi menghancurkan lelemak itu.

 Gambar 6
Setelah proses mengepam lelemak itu dilakukan beberapa kali, lelemak itu mengalir keluar ke gully trap. Kelihatan ketulan-ketulan lelemak yang tidak cair.

 Gambar 7
Mainhole tadi yang tiada aliran air telah mula dimasukki air.

 Gambar 8
Floor trap yang tersumbat dipenuhi lelemak keras telah tidak kelihatan disekeliling saluran kumbahan itu. Ini adalah proses membersih semula lantai yang dilimpahi lelemak cair.

 Gambar 9
Telah siap sepenuhnya.


No. Tel: 012-6379460



Jumaat, 17 Mei 2013

PUNCA BUMBUNG BOCOR DI PUTRA JAYA

Saya dihubungi oleh En. Farid yang tinggal di Presinct 8, Putra Jaya tempohari. Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa bahagian dirumahnya yang mengalami kebocoran. Setiap kali hujan lebat, pasti air mengalir masuk ke dalam rumah dan telah menyebabkan siling didalam rumahnya berkulat. Saya telah memanjat bumbung rumah beliau dan mencari punca yang menyebabkan ia bocor. Terdapat beberapa bahagian yang menjadi punca ia bocor. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.


Gambar 1
Lebihan atap genting yang tidak sepatutnya diletakkan dibumbung. Ia adalah antara punca menghalang pengaliran air hujan.  

Gambar 2

Terdapat rekahan diatas zink flacing

Gambar 3
Zink flacing yang telah renggang

Gambar 4

 Pengikat zink flacing yang telah rosak/renggang dan terdapat daun disitu. Ia telah menyebabkan air hujan yang mengalir disitu akan bertakung dan berpatah balik kerana daun tadi telah menutupi laluan pengaliran air.

Gambar 5
Bumbung yang telah pecah. Ini juga merupakan satu lagi punca air akan mengalir masuk ke siling rumah.

Gambar 6
 Pengikat zink flacing yang rosak.

Gambar 7
Pengikat zink flacing telah dibuka.

Gambar 8
Proses membersih bumbung dan menyapu sealant dibeberapa tempat yang menjadi punca kebocoran itu.

Gambar 9 
Proses mengantikan semula atap genting yang telah rosak .

Gambar 10
Proses membuka atap genting bagi melihat kesan kebocoran.

Gambar 11
Setelah disapu sealant dan atap genting disusun semula.



No. Tel: 012-6379460




Isnin, 13 Mei 2013

TUKAR OUTLET TANDAS JENIS PUSH BUTTON

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang memaklumkan tandasnya rosak. Apabila dipam tiada air yang keluar dari tandas tersebut. Setelah diperiksa outlet didalam tangki itu telah rosak. Saya perlu menukar 1 unit outlet  itu. Untuk makluman, outlet yang rosak itu tidak boleh diperbaiki kerana komponen didalamnya telah hancur.


Gambar 1
Bahagian dalam tangki, yang berwarna hijau itu adalah inlet yang telah rosak dan outletnya pula tiada.

Gambar 2
Bahagian dalam tangki yang telah dicuci dan outlet/inlet yang baru telah dipasang semula.

Gambar 3
Setelah siap dipasang dan telah diuji penutup tangki dipasang 
semula. Tandas ini adalah jenis 'close couple (one piece).

Gambar 4
Apabila dipam, air mengalir dengan lancar.

Gambar 5
Tandas jenis 'close couple' jenama "LAFONZA".



No. tel : 012-6309460





Rabu, 8 Mei 2013

CUCI TANGKI DAN TAMBAH TANGKI

Saya telah dihubungi oleh Puan Ros yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tujuan beliau menghubungi saya adalah kerana, beliau mahu menambah 1 unit tangki air lagi. Menurut beliau tangki yang sedia ada seringkali tersumbat dan air yang mengalir dari tangki tersebut kadangkalanya tidak lancar/tersekat-sekat. Saya naik keatas bumbung rumah beliau untuk melihat keadaan tangki tersebut dan mendapati ia dipenuhi dengan najis musang. Itulah sebabnya tangki yang sepatutnya menampung air tadahan menjadi tersumbat dan tidak lancar pengaliran airnya.

Gambar 1
Gambar ini menunjukkan najis musang yang terdapat didalam tangki rumah Puan Ros. Tangki ini telah tidak ditutup dan dibiarkan terbuka. Oleh itu, musang yang memakan buah-buahan dipokok telah membuang najisnya kedalam tangki tersebut.

Gambar 2
Disamping tangki yang dipenuhi dengan najis musang, bola tangkinya pun rosak.

Gambar 3
Penyambungan paipnya kelihatan telah usang dan terdapat beberapa bahagian yang  bocor.

Gambar 4
Penyambungan paip yang telah usang itu dibuka bagi membolehkan penyambungan paip baru dilakukan.

Gambar 5
Proses menyambung paip baru setelah tangki yang dipenuhi najis musang dibersihkan.

Gambar 6
Telah siap untuk dilakukan penyambungan paip yang baru.

Gambar 7
Gambar ini menunjukkan proses membuka bumbung dengan memotong kayu kerangka bagi membolehkan tangki air yang baru dimasukkan. Sepertimana yang telah dimaklumkan Puan Ros meminta saya menambah 1 unit lagi tangki air.

Gambar 8
Tangki air yang telah siap dipasang fitting dan  disisi setiap bahagian telah diikat dengan 'steel band'. Tujuan ia diikat dengan 'steel band' agar penutup tangki itu tidak boleh dibuka oleh binatang, ditiup angin dan sebagainya.




No. tel : 012-6379460




Khamis, 2 Mei 2013

PAIP AIR PATAH DALAM DINDING

Paip air patah didalam dinding seringkali juga berlaku. Kadangkala kita tidak dapat mengenal pasti punca ianya patah. Hari ini saya dihubungi seorang pelanggan yang meminta saya membaiki semula paip air yang patah itu. Paip air yang patah telah menyebabkan air meleleh di tepi dinding. Walaupun telah ditutup paip tersebut dengan ketat air masih lagi mengalir keluar. Ini adalah satu pembaziran. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar sebelum dan selepas ianya dibaiki.



Ini adalah saluran paip air yang telah pecah. Paip airnya telah saya buka. Terdapat keretakan/pecahan didalam saluran tersebut.



Saya telah menyambung paip air tadi dengan menggunakan 
PT socket yang baru.



Setelah penyambungan itu dipastikan kekuatannya  barulah saya memasang semula paip air tersebut.



No. tel : 012-6379460