facebook

Ahad, 9 Disember 2012

MENGGANTI SILING YANG BOCOR

Dibawah ini adalah gambar-gambar sewaktu saya menukar siling yang bocor di rumah En. Salleh. Saya hanya menggantikan sekeping siling dan kemudiannya disapu dengan cat putih semula.



No. tel : 012 - 6379460



Isnin, 3 Disember 2012

ATAP BOCOR TUKAR ATAP JENIS METAL DECK

Gambar-gambar dibawah ini adalah gambar bahagian hadapan rumah En. Khairul yang tinggal di Taman Permata, Kuala Lumpur. Beliau menghubungi saya tempohari bagi membaiki bumbung garajnya yang telah lama reput dan bocor di merata tempat. Atap bumbung garaj sebelum ini adalah jenis asbestos. Sila lihat gambar-gambar sebelum dan selepas membaiki/menggantikan atap bumbung garaj di rumah En. Khairul.



GAMBARI 1
Gambar 1 - Gambar-gambar ini menunjukkan proses membuka dan menggantikan struktur kerangka bumbung. Proses menambah semula kerangka kayu ini dibuat dengan teliti supaya kedudukkan atap yang akan dipasang nanti akan kukuh.

GAMBAR 2
GAMBAR 2 -  Setelah kerangka kayu dipasang dengan teliti mengikut susun atur yang betul barulah atap yang baru dipasang. En. Khairul telah memilih untuk memasang atap zink jenis METAL DECK. (SILA LIHAT DIBAWAH PERINCIAN MENGENAI ATAP JENIS METAL DECK)

GAMBAR 3
GAMBAR 3 - Di ruang garaj rumah En. Khairul telah tersedia ada dipasang siling. Satu daripada siling tersebut telah pecah dan beliau meminta saya menukarnya. Gambar-gambar ini adalah gambar sebelum dan selepas diganti baru.

KEBAIKAN ATAP METAL DECK

Metal Deck atau bumbung logam - mempunyai kepelbagaian kegunaannya seperti atap bumbung, pagar dan dinding. Ia telah direka penggunaannya samada ditempat yang rata mahu pun tempat yang melengkung dan boleh digunakan pada hampir semua jenis bangunan. Ia juga boleh digunakan secara menegak ataupun melintang.  Telah menjadi trend masa kini dimana banyak rumah kediaman menggunakan metal deck memandang ia sangat kuat, ringan, murah dan mudah dipasang.

Metal deck telah dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dengan menggunakan HIGH TENSILE CORROSION RESISTANT GALVANISED STEEL  yang mana ia boleh diregangkan. Ia berfungsi sebagai  penebat. Ini bermakna ia tidak menyebabkan pertumbuhan kulat dan tahan daripada serangan serangga mahupun burung. Ia tidak mengeluarkan bahan-bahan toksik mahupun gas. Ia juga kalis terhadap pelbagai bahan kimia dan minyak. 

No. tel : 012 - 6379460




Khamis, 29 November 2012

MEMBUANG POKOK RENEK DIATAS BUMBUNG

En. Ainuddin rakan lama yang tinggal di Jalan P, Taman Melawati telah memanggil saya tempoh hari bagi membersihkan pokok renek yang tumbuh diatas bumbung rumahnya. Disamping itu saya juga dikehendaki menyelenggara water filter.(Untuk makluman, water filter yang digunakan oleh En. Ainuddin adalah rekaan saya sendiri SAYA AKAN TUNJUKKANNYA DI ENTRI AKAN DATANG). Hari ini saya hanya tunjukkan gambar-gambar sewaktu saya membersih/membuang pokok renek sahaja.

Pokok renek yang masih kecil.


Tiada lagi pokok renek.


Pokok renek yang sudah besar dan merimbun diatas bumbung, manakala akarnya pula menjalar kedalam siling rumah yang menyebabkan siling rumah rosak dan pecah.

MAKLUMAN
Pembuangan pokok renek yang tumbuh diatas bumbung adalah perlu kerana ia akan membesar dan merosakkan struktur rumah tersebut. Antara kerosakkan yang akan dihadapi ialah retak dan sesalur air tersumbat. Manakala akarnya pula akan menjalar mengikut aliran air. Lama kelamaan pokok renek itu akan merimbun diatas bumbung. Saya mengesyorkan pembuangan pokok renek ini bagi memastikan rumah kediaman anda bebas dari sebarang kerosakkan.

No. tel : 012 - 6379460



Jumaat, 23 November 2012

MEMBAIKI TANDAS RUMAH PEKERJA RESTORAN ARENA CAFE

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang saya ambil sewaktu saya membaiki tandas rumah pekerja 'RESTORAN ARENA CAFE' yang terletak di Seksyen 4, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

SILA LIHAT PERINCIANNYA DIBAWAH INI:


  • Gambar diatas A & B menunjukkan saluran air yang tiada penutup (tidak disimen) ia menyebabkan air melimpah keluar dari saluran dan tidak mengalir terus ke saluran utama.
  • Gambar a & b pula menunjukkan saluran air yang telah disimen dan tiada lagi air yang keluar melaluinya.


  • Gambar ini pula menunjukkan lubang saluran tandas yang tersumbat. Ia menyebabkan air bertakung dan melimpah.Namun ia telah dibaiki dan pengaliran air yang berjalan dengan lancar sekali.



  • Gambar di sebelah kiri menunjukkan pam tandas yang rosak dan telah diperbaiki dengan menukarkan sistem sifon yang rosak itu sepenuhnya.
  • Gambar sebelah kanan pula menunjukkan tandas duduk yang tiada berpenutup. Ia telah dipasang dengan satu penutup tandas yang baru.



    • Gambar-gambar ini pula menunjukkan bilik air yang tiada shower mandi. Saya telah memasang satu unit shower mandi disitu.


No. tel : 012 - 6379460





Rabu, 14 November 2012

PAM TANDAS ROSAK (TUKAR FLEXI HOSE)

Saya dihubungi Puan Salina dari Bukit Setiawangsa, Setiawangsa, Kuala Lumpur tempoh hari. Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah saluran air masuk ke tangki tandas telah rosak. Ia telah menyebabkan tiada air yang masuk ke tangki tandas setelah dipam. Beliau terpaksa menakung air didalam baldi untuk dicurahkan kedalam lubang selepas menggunakan tandas. Setelah di periksa kerosakkan itu berpunca dari flexi hose dan penyambung sistem air masuk ke tangki. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.


Gambar-gambar diatas menunjukkan tangki tandas yang tanpa air dan flexi hose yang telah rosak.


Gambar-gambar ini pula menunjukkan flexi hose yang telah diganti baru.


Flexi hose yang lama.


Beginilah penyambung sistem air masuk yang telah rosak.
No. tel : 012 - 6379460




Sabtu, 10 November 2012

ATAP BOCOR (PROSES PENUKARAN RABONG)

Saya telah dihubungi oleh Dr George dari Klinik Haiwan PETCARE tempoh hari. Beliau menghubungi saya kerana terdapat aliran air yang mengalir melalui dinding. Apabila hujan turun dengan lebat, air hujan itu akan mengalir masuk kedalam klinik haiwan dan menyebabkan lantai basah. Ini merupakan satu masalah yang besar kerana didalam klinik terdapat pelbagai barangan yang sensitif kepada air dan terdapat juga haiwan seperti kucing dan anjing yang menerima rawatan disitu.

Dr George meminta saya membuat pemeriksaan apakah puncanya air boleh mengalir melalui dinding tersebut.Setelah dibuat pemeriksaan saya dapati rabong atap genting telah bocor (rosak).Oleh itu Dr George  meminta saya membaiki dan menggantikan sahaja rabong atap yang rosak itu.


Gambar diatas ini, menunjukkan rabong atap yang belum dibaiki. Terdapat sepihan atap yang telah pecah dan tercabut. Terdapat juga atap-atapnya yang  telah reput. 

Gambar ini menunjukkan proses membuka dan memasang semula rabong atap.

  • Gambar 1 dan 2 - adalah proses membuka rabong atap.
  • Gambar 3 dan 4 - proses melapisi zink dan atap genting.
  • Gambar 5 dan 6 - proses melapis zink sekali lagi.
  • Gambar 7 dan 8 - rabong atap tadi telah di sendal dengan atap-atap yang telah pecah bagi mengelakkan dari ditiup angin.

NOTA/PUNCA:
  • Angin - angin yang kuat boleh mencabut mana-mana bahagian atap yang tidak disusun dengan sempurna. Ia juga boleh menyebabkan atap bergerak sedikit dari kedudukkan asal.

  • Hujan - hujan yang lebat dan kerap boleh menyebabkan atap bergerak dari kedudukkan asal.Ia juga boleh mengumpul bendasing seperti daun-daun kering, batu-batuan dan serpihan kaca ke satu tempat dan akhirnya ia boleh menyebabkan pengaliran air tersumbat.
  • Atap - atap yang telah lama/usang, penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan penyusunan atap yang tidak betul.



No. tel : 012 - 6379460





Selasa, 6 November 2012

SKRU PENGIKAT TAP YANG ROSAK

Hari ini saya nak tunjukkan kepada semua permasalahan yang dihadapi oleh Puan Masyitah yang tinggal di Taman Melati, Gombak. Beliau telah memanggil saya bagi membaiki paip air disinki dapur rumahnya yang rosak. Setelah diperiksa ia berpunca dari skru pengikatnya yang telah pecah. Oleh itu saya telah menggantikan dengan 1 unit SKRU TAP yang baru.


Tap sinki ini longgar, apabila hendak memusing pemegang ke kanan atau ke kiri, tap pasti akan terpusing sekali. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk membasuh pinggan dan sebagainya. Kerap kali kita akan menukar satu unit tap tersebut padahal kita boleh menukarkan bahagian yang rosak sahaja.




Gambar diatas menunjukkan tap sudah dibaiki dan tidak lagi terpusing ke kanan dan ke kiri. Manakala gambar dibawah        sebelah kiri menunjukkan skru pengikat yang telah pecah dan gambar disebelah kanan pula skru pengikat yang baru. 




012 - 6379460