012 - 6379460
Isnin, 16 Julai 2012
'WATER TAP' (kepala paip) ada pelbagai jenis
Hari ini saya nak tunjukkan pelbagai jenis kepala paip (water tap) yang saya perolehi dari pembekal.
Selasa, 10 Julai 2012
LORI UNTUK DISEWA
Hari ini saya nak promote sikit tentang LORI UNTUK DISEWA. Disamping kerjaya tetap saya sebagai plumber, saya juga menjalankan perkhidmatan sewaan lori bagi yang mahu berpindah rumah, pejabat dan sebagainya. Sekiranya ada pelangan yang memerlukan khidmat pembungkusan juga disediakan.
Hari minggu yang lepas, saya dipanggil oleh Puan Lily dari Taman Seri Gombak yang berpindah ke rumah barunya di Bukit Permata, Gombak. Disini saya masukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu proses memindahkan barangan dari rumah beliau.
Saya mengecaj perkhidmatan sewaan lori ini dengan harga yang amat berpatutan. Dan sekiranya pelanggan memerlukan khidmat buruh/pengangkat barang juga dapat disediakan.

![]() |
| 012 - 6379460 |
Selasa, 3 Julai 2012
SALURAN AIR MASUK DI BAWAH SINGKI PECAH
Jam 11.00 malam kelmarin, saya menerima panggilan dari Mr. John yang tinggal di Riverdale, Taman Melawati. Beliau amat panik apabila melihat air yang banyak melimpah dari bilik air di bilik tidur utama. Beliau membuka kabinet yang terdapat dibawah singki dan mendapati saluran air masuk ke singki telah pecah. Mr. John telah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi gagal. Akhirnya beliau menghubungi saya. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah saya ambil sewaktu membaiki saluran air tersebut.
Gambar ini menunjukkan air yang melimpah keluar dari kabinet yang terdapat dibawah singki.
Beginilah rupanya saluran air yang telah pecah yang menyebabkan air memancut keluar.
Beginilah rupanya saluran air yang telah diganti baru.
Setelah ditukar saluran air masuk tiada lagi masalah air yang melimpah.
Nota :
Mr. John merupakan pelanggan tetap saya. Beliau kerap memanggil saya apabila ada masalah mengenai paip dan perkara-perkara lain yang berkenaan dengan rumah beliau. Malam kelmarin beliau berasa amat lega kerana saya sudi datang kerumahnya walaupun dihubungi pada waktu malam.

| No. tel : 012 - 6379460 |

Ahad, 1 Julai 2012
METER AIR DICURI
Gambar kiri - menunjukkan meter air yang telah dicuri.
Gambar kanan - menunjukkan penyambungan sementara bagi mendapatkan bekalan air.
PENUKARAN SHOWER MANDI AIR PANAS KEPADA AIR BIASA
Hari ini saya telah dipanggil oleh Puan Lela yang tinggal di Taman Melawati untuk menukarkan shower mandi air panas kepada air biasa. Puan Lela tidak lagi mahu menggunakan air panas. Beliau mahu mengeluarkan sistem air panas yang telah tersedia ada dan ditukarkan kepada air biasa. Ini adalah kerana punca air dikawasan ini bertekanan tinggi. Beliau inginkan kepuasan untuk menggunakan air biasa.
Gambar kiri menunjukkan set shower mandi air panas yang tersedia ada.
Gambar kanan atas menunjukkan set shower mandi air panas telah dikeluarkan.
Gambar kanan bawah menunjukkan shower mandi air biasa telah dipasang dengan menggunakan 'copper pipe' sebagai saluran airnya.

No. tel : 012 - 6379460
Rabu, 20 Jun 2012
PAIP AIR PECAH DALAM DINDING
Masalah paip air pecah dalam dinding seringkali terjadi. Kita hanya akan melihat lelehan air itu melalui dinding dan tanpa mengetahui punca sebenar mengapa air itu meleleh . Ia meleleh kerana beberapa faktor seperti telah lama dan berkarat (bagi yang menggunakan saluran paip besi), saluran yang bocor, patah atau terlubang bagi yang menggunakan paip pvc. Saya tunjukkan paip air yang pecah itu dibawah ini.
Nota :
Saya telah dihubungi oleh En. Mazrul dari Bukit Permata, Taman Seri Gombak tempohari. Beliau menghadapi masalah air yang meleleh melalui dinding. Setelah dikenalpasti puncanya saya dapati ia berpunca dari paip air pecah dalam dinding. Selepas dibaiki tiada lagi lelehan air.
| Inilah rupanya punca air yang pecah didalam dinding |
| Ini pula adalah kesan pecahan paip air |
| Gambar ini pula menunjukkan segala kesan pecahan yang telah dikeluarkan. |
| Gambar ini pula menunjukkan paip air pecah dalam dinding telah dibaiki dan disimen semula |
![]() |
| 012 - 6379460 |
Nota :
Saya telah dihubungi oleh En. Mazrul dari Bukit Permata, Taman Seri Gombak tempohari. Beliau menghadapi masalah air yang meleleh melalui dinding. Setelah dikenalpasti puncanya saya dapati ia berpunca dari paip air pecah dalam dinding. Selepas dibaiki tiada lagi lelehan air.
Khamis, 14 Jun 2012
FLEXI SEAL - PROSES MEMBAIKI BUMBUNG YANG MENYERAP AIR/BOCOR MENGGUNAKAN....
Kali ini saya paparkan keadaan dan cara-cara untuk membaiki bumbung simen yang menyerap air (bocor). Ia kerap berlaku diatas lantai simen, lantai bilik air dan lantai balkoni. Proses pembaikan bumbung ini adalah rumit kerana terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan. Langkah pertama ialah dengan membersihkan dan membuang segala kekotoran yang terdapat diatas bumbung tersebut. Langkah seterusnya menyapu 2 lapisan FLEXI SEAL dan dibiarkan kering selama 2 jam bagi memastikan lantai tersebut benar-benar kering. Proses pengeringan ini perlu bagi memastikan penyerapan air tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
![]() |
| Gambar 1 |
![]() |
| Gambar 2 |
![]() |
| Gambar 3 Gambar ini menunjukkan bumbung simen yang telah disapu dengan 2 lapisan FLEXI SEAL dan sedang dalam proses pengeringan. |
![]() |
| 012-6379460 |
Gambar-gambar ini telah saya ambil sewaktu saya melakukan kerj-kerja membaiki rumah Dr. George yang tinggal di Taman Melawati. Dr George adalah pemilik Pet Care (Klinik haiwan) di Taman Melawati. Beliau adalah pelanggan tetap saya. Beliau berpuas hati dengan hasil kerja yang telah saya lakukan dan telah pun menyuruh saya melakukan kerja-kerja yang lain dirumahnya dimasa akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)