Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang bagi membaiki bumbung yang bocor. Bumbung pada bahagian dapur rumah ini adalah dari jenis atap metal deck. Atap metal deck yang digunakan telah lebih dari 20 tahun dan terdapat beberapa bahagian yang telah bocor. Oleh kerana pelanggan ini hanya mempunyai bajet yang kecil untuk membaiki bumbung, maka pelanggan ini meminta saya menggantikan atap metal deck kepada atap asbestos. Sila lihat proses-prosesnya dibawah ini.
Ini adalah bumbung metal deck yang terdapat didapur rumah pelanggan ini. Bumbung metal deck yang dipasang ini adalah terlalu rendah kedudukkannya. Kedudukkan yang terlalu rendah akan menyebabkan ruang dapur ini terasa bahang panas apabila memasak. Bahang panas dapur dan juga panas matahari telah menyebabkan ruangan dapur dua kali ganda panasnya. Disamping itu tiada ruang pengaliran udara disini.
Gambar yang diambil dari bahagian atas/luar. Terdapat beberapa kesan karat yang menyebabkan atap ini bocor.
Atap metal deck yang telah dibuka sepenuhnya.
Gambar ini menunjukkan ruang dapur dimana keseluruhan atap metal deck telah dibuka.Gambar yang diambil adalah dari pandangan hadapan.
Ini adalah proses memasang kerangka kayu. Kerangka kayu ini dinaikkkan 4 kaki lebih dari asal. Tujuan kerangka kayu ini dinaikkan supaya apabila atap asbestos dipasang nanti, ia akan lebih tinggi dan terdapat pengedaran udara agar bahang panas boleh keluar.
Ini juga adalah gambar bagaimana kerangka kayu dipasang. Susun atur kayu kerangka hendaklah tepat seperti pengiraannya. Di keliling kerangka kayu ini dipasang jaring.
Setelah kerangka kayu hampir siap dipasang, cat alas/undercoat disapu pada kerangka kayu tadi.
Proses menyapu cat alas/undercoat dibahagian luar dan dalam kerangka kayu. Disamping itu siling board juga dipasang disekeliling dinding dapur tersebut. Tujuan ia dipasang adalah bagi menutup dinding batu dan mencantikkan lagi ruang dapur ini.
Ini adalah proses memotong dan memasang zink flacing. Ia adalah untuk menghalang air hujan dari mengalir masuk ke ruang dapur.
Ini adalah proses mengecat kerangka kayu. Pemilik rumah memilih cat berwarna coklat jenama ICI untuk disapukan dibahagian kerangka kayu.
Bumbung asbestos yang telah dipasang. Disini juga telah dipasang sekeping atap PVC lutsinar (clear roof). Ia bertujuan untuk pencahayaan.
Disekeliling ruang dapur ini telah dipasang dengan siling 'board'. Ia bagi menutupi dinding dan juga siling yang kelihatan batu-bata. Ini adalah proses menyapu filler/joint compound bagi menutup mana-mana bahagian penyambung yang terbuka. Manakala bahagian grill/bingkai besi di sapu dengan cat minyak berwarna coklat.
Ini pula adalah proses memasang sesalur air yang baru.
Gambar pemasangan atap asbestos yang telah siap sepenuhnya. Keseluruhan ruang dapur ini telah disapu cat berwarna putih. Ruang dapur ini kelihatan lebih luas.
No. Tel : 012-6379460