facebook

Jumaat, 11 Januari 2013

TEKANAN AIR RENDAH - PEMASANGAN PAM DAN TANGKI AIR

Saya telah dihubungi oleh Puan May yang tinggal di Taman Nirwana, Ampang, Selangor tempohari. Beliau telah meminta saya memasang pam dan tangki air tambahan bagi keperluan rumahnya memandangkan  bekalan air di negeri Selangor terutamanya dikawasan Ampang amat terhad sekarang ini. Saya pernah memasang water pump dirumah Puan May sebelum ini. Lihat entrinya di sini. Pemasangan pam dan tangki air tambahan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pemasangan pam dan tangki air tersebut bertujuan untuk menyalurkan air naik ke tangki utama  memandangkan tekanan air yang terlalu rendah. Dibawah ini saya tunjukkan bagaimana ia dilakukan.


GAMBAR 1
Pertama sekali, sebelum proses pemasangannya  dilakukan saya harus mengenalpasti dibahagian manakah yang sesuai untuk diletakkan pam dan tangki air itu. Setelah itu, barulah dibina tapak yang diperbuat dari kayu dan papan.


GAMBAR 2
Saya menggunakan pam jenama Hitachi jenis automatik yang diperbuat di Jepun. Sila lihat perincian mengenai pam ini dibawah.

 GAMBAR 3
 Gambar ini menunjukkan bagaimana proses penyambungan air dari water filter ke tangki dan dari water pump ke tangki utama. Saya juga menggunakan 'one way valve'. Ia bertujuan menghalang air daripada masuk semula ke water filter.

GAMBAR 5
Setelah proses penyambungan pam dan salurannya dilakukan, proses pemasangan tangki serta fitting pula dilakukan. Gambar yang keempat menunjukkan ball valve sedang diuji bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran. 

GAMBAR 6
Ini adalah gambar setelah kesemua proses siap dilakukan. Tangki air dan pam yang telah diuji tidak mengeluarkan bunyi yang bising.

NOTA

'Geganti pam air' (Water pump relay) akan berhenti beroperasi buat sementara waktu apabila kepala pam (pump heads) menjadi panas. Ia bertujuan mencegah kepala pam (pump heads) dari rosak/cacat. Tangkinya pula diperbuat dari keluli tebal dan disalut dengan 3 lapisan agen anti karat. Manakala badan tangki telah diperbuat dari logam yang telah diwarnakan. Ia bertujuan untuk mengekalkan ketahanannya dari sinaran matahari serta kelihatan menarik. Pam ini diperbuat dari tembaga yang tahan karat dan hakisan. Selain itu terdapat 3 pilihan saluran air 'output' dimana pemasangan yang lebih meluas dan flesibel.

Sumber rujukan : http://hitachiconsumer.com.my


No. tel : 012 - 6379460




4 ulasan:

  1. berapakah anggaran kos untuk memasang sebuah tangki air di rumah flat?sebelum ini tiada tangki dan hanya direct shaja.

    BalasPadam
  2. Salam,,,nk tanya,,jenis pam yg sesuai untuk menyedut air dari bwh tanah utk kegunaaan rumah

    BalasPadam
  3. Berapa cost nya tuan utk sistem pam sebegini?

    BalasPadam
  4. Kami ( 013-2461083 Mr Loh )menawarkan 24 Jam Service di KL and Selangor
    *tandas sumbat
    *baiki paip
    *sebarang saluran Sumbat
    *Atap Bocor
    *kerja-kerja eletrikal
    *mengecat
    dan macam2 lagi. boleh buat pada hari sabtu ahad atau lepas waktu pejabat mengikut kesesuaian masa anda.

    For enquries kindly whatapps / SMS / call number 0132461083 Loh

    sila simpan no ini tersebut mungkin suatu hari anda memerlukan perkhidmatan kecemasan dari kami .
    perkhidmatan setiap hari 7:00am - 9.30pm termasuk cuti umum .

    BalasPadam