Jumaat, 12 April 2013

SALURAN AIR KUMBAHAN TERSUMBAT DI PUTRA MAHKOTA, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Seorang pelangan dari Putra Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya. Masalah yang dihadapi oleh beliau ialah saluran air kumbahan tersumbat. Air dari sinki dibilik air juga tidak boleh mengalir keluar dengan lancar kerana floor trap utama tersumbat. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan beberapa entri mengenai saluran air kumbahan tersumbat  di sinisini dan sini.

GAMBAR 1

Gambar 1 - sinki di tandas tersumbat. Proses mengeluarkan air dari sinki menggunakan baldi sebagai bahan tadahan.

GAMBAR 2

Gambar 2 - apabila air dipasang floor trap dipenuhi air dan lambat mengalir. Walaupun beberapa kali ia dipam menggunakan rotan namun masih belum mengalir keluar dengan lancar.

GAMBAR 3

Gambar 3 - proses ini agak rumit kerana lelemak yang terdapat dalam floor trap agak tebal. Pekerja saya terpaksa menggunakan batang saluran paip bagi  menghancurkan lelemak tersebut. Setelah itu air panas dicurahkan ke lubang floor trap tadi bagi mencairkan lelemak tersebut.

GAMBAR 4

Gambar 4 - setelah melakukan proses tadi berulang kali barulah segala kekotoran dan lelemak cair itu keluar. Ia juga mengeluarkan bau-bauan yang amat busuk. 

GAMBAR 5
Gambar 5 - ini adalah proses membersihkan lantai yang tadinya dipenuhi kekotoran dan lelemak cair.

GAMBAR 6

Gambar 6 - lantai dapur yang sudah dibersihkan.

TIPS:
 Floor trap hendaklah selalu di siram dengan air panas sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Jangan membuang minyak kedalam sinki. Ia akan membeku apabila  sejuk dan akan menyempitkan saluran kumbahan itu. Pastikan floor trap sentiasa tertutup supaya benda-benda keras seperti cawan plastik, sabun mandi dan  sebagainya tidak terjatuh kesitu.



No. tel : 012-6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan