Khamis, 25 April 2013

MENGENALPASTI PUNCA SALURAN KUMBAHAN BOCOR DI BAWAH LANTAI

Saya telah dihubungi oleh En. Azmi yang tinggal di Saujana Impian, Kajang, Selangor. Beliau meminta saya memeriksa dibahagian manakah rumahnya yang mengalami kebocoran. Ini adalah kerana, jiran bersebelahan  mengadu bahawa air kumbahan dari rumah beliau mengalir ke rumahnya. Rumah jirannya sentiasa mengalami gangguan bau-bauan yang amat busuk. Ini telah menyebabkan rasa tidak senang hati jirannya.

Setelah dibuat pemantauan, saya berpendapat berkemungkinan ia berpunca dari saluran kumbahan utama yang terdapat didalam dinding. Oleh itu saya meminta keizinan En. Azmi bagi memecah dinding dimana saluran kumbahan itu terletak. Untuk makluman, saluran kumbahan utama itu terletak dibahagian hujung diruang tamu rumah beliau.

Gambar 1 

Gambar 1 - Ini adalah bahagian ruang tamu rumah En. Azmi. Dibahagian dinding ini terdapat saluran kumbahan utama. Saya akan memecahkan dinding tersebut bagi melihat keadaan saluran kumbahan itu.


Gambar 2

Gambar 2 - proses memecah dinding bagi melihat keadaan saluran kumbahan tersebut.


Gambar 3

Gambar 3 - setelah dinding dipecah, kelihatan terdapat air yang mengalir melalui saluran kumbahan tersebut. Saya dapati terdapat beberapa bahagian yang telah bocor/pecah.


Gambar 4

Gambar 4 -  bagi memudahkan mengenal pasti bahagian yang bocor/pecah itu pekerja-pekerja menggunakan mesin grinder bagi memotong  jejari besi dan hacker bagi memecah lantai simen.  Terdapat beberapa bahagian yang bocor/pecah itu dipotong dan diganti dengan saluran kumbahan jenis UPVC.

Gambar 5

Gambar 5 - ini adalah saluran kumbahan yang bocor/pecah yang gambarnya diambil dari dekat.

Gambar 6

Gambar 6 - beberapa bahagian saluran kumbahan yang telah dipotong.

Gambar 7

Gambar 7 - saluran kumbahan yang telah disambung semula dan kemudianya disapu dengan water proofing. Penyapuan water proofing ini perlu dilakukan supaya ia tahan lama.

Gambar 8

Gamabr 8 - setelah water proofing betul-betul kering barulah bahagian lantai disimen semula.

Gambar 9

Gambar 9 - dinding yang tadinya dipecahkan telah disimen semula.

Gambar 10

Gambar 10 - proses pemasangan semula jubin lantai yang telah dipecahkan.

Gambar 11

Gambar 11 - keadaan dinding dan lantai yang telah siap.


No. tel : 012-6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan