Ahad, 21 April 2013

MEMBEKAL DAN MEMASANG WATER PUMP, DI KLINIK HAIWAN PETCARE, TAMAN MELAWATI

Saya telah diminta untuk membekal dan memasang water pump oleh Dr George pemilik klinik haiwan 'PETCARE SHOP' yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tujuan beliau meminta saya memasang water pump ini adalah kerana tekanan air yang rendah telah menyukarkan kerja-kerja memandi haiwan-haiwan dan membersihkan kawasan klinik tersebut.

Gambar 1
Gambar 1 - Dr. George meminta water pump itu diletakkan di sini kerana bahagian ini tidak digunakan.

Gambar 2


Gambar 2 - setelah kawasan tadi dibersihkan, water pump dan  lapik kayu dipasang.

Gambar 3

Gambar 3 - proses memasang 'fitting'.Memasang saluran paip pvc yang disambung ke tangki air.

Gambar 4

Gambar 4 - Water pump yang telah siap dipasang dengan penyambungan saluran paip air.

Gambar 5

Gambar 5 - apabila diuji air mengalir dengan laju dikedua-dua paip (bahagian luar dan dalam)


NOTA
Klinik haiwan ini mengalami tekanan air yang rendah kerana tangki air diklinik tersebut terletak dibahagian yang tidak tinggi. Ia terletak disiling bilik mandi yang berketinggian 10 kaki. Dengan ketinggian itu,  air dari tangki tidak mendapat tekanan yang secukupnya bagi membolehkan air mengalir dengan laju. Untuk makluman, saya telah menggunakan water pump jenama Hitachi berkapasiti 100 watt.




No.tel : 012-6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan