Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu menukar tangki air di Puncak Jalil, Kuala Lumpur. Kerja-kerja ini telah dilakukan pada bulan April tahun lalu. Tangki air yang berkapasiti 300 gelen ini masih boleh digunakan lagi. Namun begitu, akibat daripada catuan air yang berterusan diwaktu itu, pelanggan ini telah meminta untuk menukar tangki air yang lebih besar kapasitinya bagi menampung keperluan harian keluarganya yang besar. Tangki air baru berkapasiti 600 gelen. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Ini adalah tangki air yang berkapasiti 600 gelen.
Tangki air sedia ada yang masih boleh digunakan lagi.
Proses membersih dan membuang air didalam tangki. Sistem perpaipannya
juga dibuka.
Gambar ini menunjukkan bagaimana tangki air ini dibawa turun dengan berhati-hati
kerana ia masih boleh digunakan lagi.
Setelah itu, tangki air yang baru dibawa naik dan akan diletakkan diatas tapak
asal yang telah dibersihkan.
Ini adalah proses menyambung semula sistem perpaipan.
Proses yang terakhir adalah memasukkan air ke dalam tangki baru. Disamping itu
menguji semula ball valve dan tangki air yang dibekalkan bagi memastikan tiada
kebocoran berlaku.
No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan