Rabu, 7 Januari 2015

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DAN MENUKAR TANGKI AIR DI SETIA ALAM, SELANGOR

Pelanggan yang tinggal di Setia Alam, Shah Alam, Selangor, meminta saya menukar tangki air dirumahnya yang telah bocor. Terdapat kesan basah pada siling ditingkat atas. Beliau mengesyakki air yang membasahi siling itu berpunca dari tangki air yang bocor. Setelah mencari punca kenapa siling dirumah ini sentiasa lembap, didapati beberapa keping  atap genting telah pecah. Tangki airnya juga telah bocor. Sila lihat perinciannya dibawah ini.

Atap genting yang pecah. Ia berpunca dari angin yang kuat dan telah mengalihkan
beberapa keping atap genting dari bahagian atas dan jatuh ke atasnya. Saya telah menukar
beberapa keping atap genting yang baru namun gambar-gambarnya tiada dalam simpanan.

Ini adalah proses membuka atap genting dan kerangka besi. Untuk makluman, 
kawasan perumahan ini kerangka bumbungnya adalah dari besi. Oleh itu, proses
membukanya adalah rumit sedikit kerana kerangka besi tidak boleh dipotong.
Ia perlu dibuka hampir keseluruhan bahagian dan perlukan ketelitian.

Ini adalah tangki air yang terdapat didalam bumbung tersebut.

Terdapat kesan tampalan pada tangki air (berwarna biru/hitam). Namun air
masih lagi mengalir melaluinya.

Ini adalah proses membawa naik tangki air yang baru. Tangki air yang
baru berkapasiti 300 gelen, ia lebih besar dari tangki air yang lama. 

Setelah itu proses penyambungan paip dilakukan dengan menggunakan
paip ABS (warna biru).

Ini adalah proses mengisi air ke dalam tangki disamping itu dapat menguji
ball valve dan tangki air yang dibekalkan berfungsi dengan baik dan tiada
kebocoran.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan