Rabu, 29 Januari 2014

PUNCA FLOOR TRAP TERSUMBAT DI CHERAS, KUALA LUMPUR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Cheras memberitahu tandas dirumahnya tersumbat. Air sering bertakung dengan banyaknya dilantai tandas selepas digunakan. Air juga akan mengalir dengan perlahan melalui floor trap ke mainhole. Terlebih dahulu saya akan mencari punca kenapa air bertakung dengan banyaknya dilantai tandas tersebut. Sila lihat dibawah ini punca air ditandas ini tidak mengalir dengan lancar. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mengenai floor trap tersumbat di sini, sini dan sini.

 Ini adalah sesalur air dari sinki dapur yang disambung terus ke floor trap didalam tandas.

 Floor trap yang telah dibuka. Kelihatan sesalur air yang kotor dan air bertakung disitu.

 Sesalur air yang kehitaman telah dibersihkan dan terdapat penutup floor trap didalam sesalur tersebut.

 Ini adalah proses mengeluarkan penutup floor trap. Setelah diambil dengan pengepit bukan hanya 1 sahaja penutup floor trap yang terdapat disitu tetapi 3 unit yang telah jatuh kedalam sesalur air tersebut. Ini adalah punca kenapa air sentiasa bertakung dilantai tandas.

 Sesalur air yang telah dibersihkan.

Ini adalah proses menguji sesalur air bagi mempastikan air akan mengalir dengan lancarnya ke mainhole.



No. Tel : 012-6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan