Khamis, 29 Ogos 2013

BUMBUNG BOCOR (MENUKAR RABONG JENIS 3 WAY APEX)

Saya dihubungi oleh En. Faizal yang tinggal di Taman Kinrara, Puchong. Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah bumbung bocor. Air akan masuk melalui bumbung ke siling rumah apabila hujan. Saya telah memanjat bumbung dan telah menjumpai tempat yang bocor itu. Ia terletak di hujung rabong. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mengenai rabong sebelum ini di sini dan sini.

GAMBAR 1
Gambar ini menunjukkan bahagian bucu rabong yang menjadi punca kenapa air hujan mengalir masuk ke dalam siling. Gambar ini diambil dari bahagian dalam bumbung (atas siling).

GAMBAR 2
Ini adalah proses membuka bucu rabong yang telah pecah. Proses membuka semula rabong ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana bumbung ini adalah curam. Disamping itu juga, harus memastikan tiada atap genting yang pecah semasa memijaknya.

GAMBAR 3
Beginilah keadaannya rabong yang pecah itu. Rabong ini pecah berkemungkinan dari angin yang kuat yang telah membawa sekali batu-batu dan telah tercampak ke rabong tersebut.

GAMBAR 4
Ini adalah proses memasang semula rabong. Rabong dan atap genting yang telah pecah   dikeluarkan dan selepas itu di simen semula sebelum rabong dipasang.

GAMBAR 5
Beginilah keadaan rabong yang telah dipasang semula. Gambar kanan semasa proses membuka dan menyimen manakala gambar kiri setelah rabong siap dipasang.

GAMBAR 6
Ini adalah  rabong yang telah dipasang tadi. Rabong ini dipanggil "3 WAY APEX" atau rabong penyambung 3 aliran. Kegunaannya adalah untuk menutup 3 persilangan diantara bumbung. 



No. Tel : 012-6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan