Sabtu, 19 Januari 2013

SALURAN KUMBAHAN PECAH - (JENIS CAST IRON)

Saya telah dihubungi oleh Kolonel (B) Bob yang tinggal di Taman Zooview, Ampang, Selangor. Beliau telah meminta saya membaiki saluran kumbahan yang telah pecah. Sebelum ini saya pernah siarkan entri menukar tangki air di rumah beliau. Sila lihat di sini.  Kolonel (B) Bob telah mendiami rumah ini selama  25 tahun. Terdapat banyak kerosakkan yang berlaku dirumah beliau. Hari ini saya tunjukkan saluran kumbahan yang pecah dibawah lantai bilik air ditingkat atas. 

GAMBAR 1
GAMBAR 1 - ini adalah saluran kumbahan yang telah ditutup dengan simen putih. Kol (B) Bob telah menyimen sendiri saluran yang pecah itu dengan tujuan ia tidak akan bocor/menitis ke bilik bawah. Namun ia masih lagi menitis. Saluran kumbahan yang  lama dan reput telah menyebabkan ia bocor. Saluran ini adalah jenis cast iron.

GAMBAR 2
GAMBAR 2  - saya telah memotong saluran kumbahan tersebut bagi membina satu laluan saluran yang baru.

GAMBAR 3
Setelah dibuang bahan-bahan yang telah menyebabkan saluran kumbahan bocor, saluran  jenis UPVC yang baharu dipasang.


No. Tel : 012-6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan