Saya telah dihubungi oleh Cik Salbiah dari Taman Putra Perdana, Putrajaya. Beliau memberitahu terdapat kebocoran dibeberapa bahagian dipejabatnya. Saya telah memanjat bumbung pejabatnya dan mendapati terdapat beberapa bahagian bucu lantai bumbungnya yang menyerap air. Begitu juga saluran air yang dipasang tidak panjang mengikut spesifikasinya. Saya akan menyiarkan saluran air di entri akan datang.
Walaupun pejabat yang didudukinya merupakan satu bangunan yang baru disiapkan, namun ia masih mengalami masalah kebocoran.
GAMBAR 1
Ini adalah proses pertama saya menyapu water proofing.
GAMBAR 2
Saya telah menyapu dibeberapa bahagian sudut bucu lantai dimana terletaknya tangki air. Saya dapati dibahagian ini terdapat keretakkan yang menjadi punca air itu menyerap masuk ke siling pejabat.
Ini adalah produk yang saya gunakan sebagai water proofing bagi menghalang kebocoran berlaku.
Sila lihat video mengenai jenama SIKA ini.
NOTA
SIKA - adalah satu jenama unggul dunia yang terbukti keberkesanannya kepada penyelesaian masalah penyerapan air. Syarikat ini telah beroperasi semenjak tahun 1910 dan mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti selain dari waterproofing. Hampir seluruh dunia menggunakan produk jenama SIKA ini.
SIKA WATERPROOFING - dicipta bagi menyelesaikan masalah penyerapan air. Ia diperbuat dengan mengguna pakai teknologi seperti :
- berkonsepkan 'white box' iaitu menyatupadukan konkrit kedap air dan sendi-sendi pengalisan air.
- PVC fleksibel yang berkualiti tinggi dan membran FPO dengan sistem kompartmen Polyurea yang unik dan bersalut poliuretana dan epoksi.
- mengandungi sistem injeksi yang lengkap.
Waterproofing jenama SIKA ini boleh digunakan dibeberapa tempat seperti :
- balkoni
- tingkat bawah tanah (basement)
- geladak anjungan (bridge deck)
- terowong
- kolam renang dan lain-lain lagi
Jenama SIKA juga diiktiraf oleh JKR.
|
No. tel : 012 - 6379460 |