Khamis, 27 April 2017

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI RESIDENSI BISTARIA, TAMAN UKAY BISTARI, AMPANG, SELANGOR

Saya dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di Apartmen Residensi Bistaria, Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor tempohari. Beliau meminta saya membaiki gully trap yang bocor. Beliau tinggal di tingkat 8 apartmen tersebut. Pelanggan ini memberitahu saya  pernah seorang kontraktor yang membaiki floor trap  tersumbat ditingkat atas apartmen (tingkat 9) membuka gully trap tersebut. Kontraktor yang membaiki gully trap ditingkat 9 itu membukanya kerana berpendapat ianya perlu dibuka dari bawah bagi melepaskan air/bahan-bahan lain yang menyebabkan floor trap itu tersumbat.

Sila lihat penerangan yang saya berikan dibawah ini.

Membuka gully trap.

Membuang air yang terdapat pada gully trap.


Memasang   penutup gully trap yang baharu.

Setelah siap dipasang semula.


No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel: normalplumbing@gmail.com

NOTA:

Gully Trap jenis UPVC ini selalunya terdapat di Apartmen, Kondominium dan sebagainya.
Mengikut pengalaman saya jika berlaku floor trap tersumbat terutamanya dibahagian dapur, kontraktor yang dipanggil tidak boleh membuka gully trap tersebut. Ini adalah kerana terdapat getah didalamnya. Getah tersebut berfungsi sebagai pengetat untuk menghindari dari berlakunya air menitis keluar dari gully trap. Apabila gully trap dibuka dengan objek yang keras(spanar) getah yang terdapat didalamnya akan terpusing dan mengembang.  Setelah dipasang semula air boleh menitis keluar melaluinya. 

Kaedah membaiki semula floor trap ini adalah dengan mengantikan penutup gully trap. Penutup gully trap mesti sama dengan penutup gully trap asal.

1 ulasan: