Seorang pelanggan menghubungi saya meminta saya membaiki bumbung bocor. Beliau tinggal di Kelana Jaya. Apabila hujan, air akan menitis masuk ke dalam bilik tidur utama. Saya dan krew telah memanjat bumbung dan mengenalpasti bahagian mana yang bocor itu. Untuk makluman, pelanggan ini menggunakan atap "lamina-galvanized". Atap ini di import dari luar negara.
Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Diatas bumbung dan dibawah zink flacing ini dipenuhi dengan daun-daun kering. Bumbung jenis ini dipasang selapis demi selapis dan ia dipasang dari bawah ke atas. Air yang menitis itu berpunca dari daun-daun yang telah tersangkut pada zink flacing tersebut. Ia telah menyebabkan ada ruang diantara zink flacing dan bumbung itu. Oleh itu, air hujan akan mengalir masuk ke situ.
Ini adalah proses membersih bumbung dengan menyapu daun-daun kering dan dikumpulkan disatu tempat. Daun-daun yang terdapat dibawah zink flacing itu juga akan disapu keluar.
Gambar ini menunjukkan bahagian bawah zink flacing yang telah dibersihkan.
Ini adalah proses memasang tar aluminium diantara zink flacing dan bumbung.
Selepas tar aluminium itu dipasang ia akan dibakar. Tujuan ia dibakar adalah untuk melekatkan tar aluminium tersebut.
Apabila tar aluminium itu cair ia digelek dengan roller supaya melekat.
Ini adalah proses menyapu flexi seal pada tar aluminium dan juga bahagian tepi dinding.
Menyapu flexi seal pada dinding yang merekah.
Bumbung yang telah siap dibaiki.
No. Tel/Whats App: 012-6379460
Emel: normalplumbing@gmail.com