Isnin, 1 Jun 2015

MEMBAIKI BUMBUNG YANG BOCOR DI RAWANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Rawang, Selangor telah meminta saya membaiki bumbung yang bocor. Bumbung yang bocor itu telah menyebabkan air masuk ke dalam bilik tidurnya. Setelah diperiksa terdapat 2 faktor yang menyebabkan air boleh masuk ke dalam bilik tidur tersebut. Faktor pertama adalah simen pada rabong telah pecah dan menyebabkan rabong renggang. Apabila ia renggang air akan mengalir masuk melaluinya. Faktor kedua pula adalah atap genting yang terjungkit sedikit dari kedudukkan asalnya. Ia terjungkit dari kedudukkannya kerana batu dibawah kayu kekuda yang terlebih sedikit tidak dipotong. Oleh itu, air boleh masuk melaluinya. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Simen pada rabong yang telah pecah dan terdapat ruang 
dimana air boleh mengalir masuk.

Menyapu sealant pada setiap ruangan yang terbuka pada rabong.

Atap genting yang terjungkit sedikit menyebabkan air masuk ke dalam.

Batu yang terlebih itu dipotong sedikit kemudian atap genting disusun semula.

Membuka beberapa keping atap genting kerana zink flacing yang
dipasang terdahulu terlalu pendek. Apabila ia pendek, air akan menitis
masuk ke dalam.

Memasang tar gulung pada atap genting yang retak.

Zink flacing disambung supaya air akan mengalir terus ke salur air hujan.

Atap genting yang bocor telah siap dibaiki.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan