Saya telah dihubungi oleh En. Faizal yang tinggal di Jalan BK 9/3, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor bagi membaiki bumbung yang bocor di rumah sewaan beliau. Bumbung bocor ini telah menyebabkan air masuk ke dalam siling rumah dan membasahi bilik tidur utama dan juga ruang rehat di tingkat atas rumah tersebut. Oleh kerana jadual kerja yang padat, kerja-kerja bagi mencari punca bumbung bocor ini telah ditangguh beberapa kali. Kerja-kerja membaiki bumbung ini saya lakukan pada bulan Februari yang lalu.
Setelah saya memanjat bumbung dan mendapati beberapa tempat dibumbung itu yang menyebabkan air boleh masuk ke dalam siling rumah. Yang pertama adalah rabong yang telah terkopak simennya. Yang kedua, terdapat ketulan simen didalam sesalur air hujan. Ia telah menutup aliran air dan menyebabkan ia bertakung di bumbung. Terdapat pokok-pokok renek yang telah menjalar diatas bumbung.
Saya teleh memberitahu En. Faizal bahawa kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan dengan segera atas faktor keselamatan. Faktor keselamatan ini amat penting kerana memanjat bumbung dirumah beliau amat merbahaya. Kedudukkan bumbung yang sangat curam iaitu lebih kurang 60 darjah kecuraman. Bagi memanjat bumbung, jentera kren terpaksa digunakan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.
Gambar-gambar ini menunjukkan bagaimana saya mencari punca air boleh masuk ke dalam siling. Saya terpaksa berada betul-betul diatas rabong yang sangat curam agar saya dapat melihat bahagian yang bocor. Sapuan simen pada rabong telah merekah, beberapa ketul simen masih berada didalam sesalur air hujan dan beberapa keping atap genting yang lari dari kedudukkannya.
Gambar ini pula menunjukkan kayu kekuda yang telah reput dimakan anai-anai.
Simen yang telah merekah dari rabong. Gambar disebelah kanan pula dapat dilihat cahaya dari dalam bumbung. Ini bermakna atap genting telah terenggang dari kedudukkan asalnya.
Jentera kren digunakan bagi membawa krew naik ke atas bumbung. Krew dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan. Ini adalah proses membuang simen yang terkopak pada rabong. Ia perlu dibersihkan terlebih dahulu barulah proses seterusnya dilakukan.
Setelah simen dibuang barulah sekeping tar gulung dilapiskan pada setiap rabong yang renggangannya agak besar sebelum ia disapu dengan sealant.
Ini adalah proses menyapu sealant. Sealant disapu pada setiap ruangan yang terbuka.
Kerja-kerja membaiki rabong yang bocor ini dilakukan selama 4 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan