Selasa, 8 Julai 2014

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI BANDAR SRI PUTRA, KAJANG, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar sewaktu saya membaiki floor trap tersumbat di Bandar Sri Putra, Kajang, Selangor. Pelanggan ini memberitahu air kumbahan dari sinki dapur tidak dapat mengalir ke manhole dan sentiasa bertakung di floor trap. Ini telah menyebabkan bahagian dapur rumah ini sentiasa berbau busuk. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Floor trap ini sentiasa ditakungi air kumbahan dari sinki dapur.

Ini adalah proses mengepam saluran floor trap bagi memecahkan lelemak beku yang terdapat disekeliling saluran floor trap. Setelah beberapa kali dipam barulah lelemak tadi mula memecah dan air kumbahan telah mula mengalir ke manhole.

Sebelum dipam  manhole ini kering. Ini kerana air kumbahan tersebut tidak mengalir masuk ke manhole. Setelah proses mengepam dan memecahkan lelemak beku dilakukan barulah air kumbahan mula memasukki ke saluran manhole.

Lantai dapur yang dipenuhi dengan lelemak beku telah dibersihkan.

Floor trap yang telah bersih dan tiada lagi air bertakung disitu.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan