Sabtu, 14 Jun 2014

TUKAR TANGKI DI BANDAR SERI MAHKOTA, BANGI, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Seri Mahkota, Bangi, Selangor telah meminta saya menukar tangki air dirumah beliau. Tangki air sedia ada telah lama tidak digunakan kerana ia bocor. Manakala sistem perpaipannya juga bocor. Rumah pelanggan ini adalah jenis 'townhouse'. Proses untuk membuka dan memasang tangki air di rumah jenis ini agak sukar sedikit kerana kawasan tangki air ini adalah sangat terhad. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Perkara pertama yang dilakukan adalah membuka sistem perpaipan yang menyambung
ke tangki air. 

Setelah itu proses membuka tangki air dilakukan.

Ini adalah proses membawa turun tangki air tersebut.

Gambar diatas menunjukkan bahagian tangki air yang bocor.

Ini pula adalah lantai tapak tangki. Lantai tapak tangki ini telah mereput 
Lantai tapak tangki ini adalah jenis plywood. Gambar disebelah kanan 
adalah saluran paip yang telah bocor.


Tapak tangki telah dibersihkan dan akan dipasang dengan pelapik baru  jenis papan.

Papan pelapik tangki telah siap dipasang.

Ini adalah proses pemasangan sistem perpaipan yang baru dan juga
memasang ball valve.

Paip yang lama telah dibuang dan diganti dengan paip jenis PVC.

Tangki air telah siap dipasang dan di uji. Tiada kebocoran pada tangki dan 
juga sistem perpaipan yang baru.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan