Jumaat, 20 Jun 2014

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Baru Bangi, memberitahu saya bumbung di rumahnya bocor. Apabila hujan, air akan mengalir masuk ke siling rumahnya. Terdapat beberapa kesan tompokan air disitu. Bagi mengenalpasti puncanya saya telah memanjat bumbung rumah tersebut. Atap genting tersusun dengan baik. Hanya terdapat sekeping atap genting yang telah lari sedikit dari kedudukkan asalnya. Sila lihat gambar dibawah ini.


Atap genting ini lari sedikit dari kedudukkan asalnya. Ini telah menyebabkan
terjadinya satu ruangan kosong di situ (anak panah disebelah kanan). Air hujan
akan bertakung disitu dan telah menyebabkan ia menitis masuk ke bahagian 
siling rumah.

Beberapa atap genting dibuka dan dapat dilihat bahagian siling rumah.
Atap genting ini disusun semula mengikut aturannya.

Selepas siap disusun semula atap genting tersebut.



No. Tel : 012-6379460
Emel: normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan