Khamis, 8 Mei 2014

MENGILAT/POLISHING LANTAI MARBLE DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan proses mengilat lantai (polishing) dirumah Cikgu Noraini. Proses mengilat lantai ini dilakukan dengan 9 proses bermula dengan membersih lantai (grinding) dari segala kekotoran dan juga kesan-kesan calar yang terdapat dipermukaan lantai barulah proses mengilat lantai (polishing) dilakukan.

Lantai marble yang terdapat di ruang tamu, makan dan bilik tidur utama.
Lantai marble kelihatan kusam.


Ini adalah proses 'grinding dan polishing'.

Lantai yang telah di polish kelihatan berkilat.



Nota:
1. Proses 'grinding' lantai menggunakan 'Diamond Abrassive Disc'.
2. Terdapat 6 gerigi pada disc yang setiap satunya mempunyai berbiji-biji mata berlian
3. Proses 'grinding' ini bermula dengan grit 100, 200, 400, 800, 1500, 2000 hingga ke 3000.
4. Proses ini dilakukan sebanyak 7 langkah agar segala kekotoran dan kesan calar dapat dibersihkan.
5. Proses 'polishing' menggunakan serbuk pengilat bagi memperbaiki semula permukaan lantai.
6. Proses ini menggunakan mesin yang mesra persekitaran dan ia amat berbeza dari mesin yang menggunakan sistem konvensional.

Kelebihan menggunakan mesin ini :
- kurang penggunaan air- lebih jimat dan tiada pembaziran berlaku.
- air tidak bertakung dikawasan yang sedang dibaiki.
- mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat (senyap).
- mesin ini menggunakan sistem separa kering dan tidak menghasilkan debu.
- air yang terdapat dikawasan kerja akan disedut ke dalam bekal vakum dan tidak mengalir ke perpaipan. (water trap). Ia tidak akan menyebabkan saluran paip tersumbat.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





2 ulasan:

  1. brp kah harga utk polish lantai ye

    BalasPadam
  2. berapakah harga utk polish lantai rumah yg keluasan 1000 kp dan adakah agen atau org yg membuatnya di sekitar negeri perlis.

    BalasPadam