Rabu, 23 April 2014

MEMBINA TABLE TOP DI TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari saya tunjukkan proses membina table top di rumah Cikgu Noraini, di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor. Table top lama berbentuk L yang berukuran 4' x 6' dengan ketinggian 2 1/2'. Beliau telah meminta untuk menaikkan sedikit ketinggiannya menjadi 3'. Dibawah ini adalah proses memecah dan membina semula table top.

Table top yang lama berbentuk L dengan ukuran 4' x 6'.

Ini adalah proses memecah table top yang lama.

Sebahagian dari jubin dinding juga dibuka kerana table top yang
baharu akan dinaikkkan sedikit ketinggiannya.

Ini adalah proses membina tapak table top yang baru. Dibentuk
dengan kayu dan papan plywood.

Sebelum simen konkrit dituang kedalam acuan, besi brc dipasang terlebih dahulu.

Setelah simen konkrit kering, kayu dan papan plywood dibuka.


Kemudian barulah proses pemasangan jubin dilakukan. Cikgu Noraini
memilih jubin berwarna hitam berkilat yang bersaiz 2' x 2' untuk dipasangkan
di atas table top.

Setelah jubin siap dipasang, sinki dan dapur memasak telah dicuba
padankan dengan acuan/lubang yang telah dibuat. Selepas itu tap sinki
dipasang. Tap sinki ini adalah jenama MOCHA - (Pillar mounted sink tap
(DOUBLE) M123.

Table top yang telah diubahsuai dengan menggunakan 2 tona warna, hitam
dan merah jambu.

Dapur yang telah dibina dengan table top yang baru dan telah ditransformasi
menjadi lebih kemas dan menarik.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan