Isnin, 3 Mac 2014

PEMASANGAN WATER PUMP JENAMA HITACHI DI TAMAN MELAWATI

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur telah menghubungi saya dan mahu memasang water pump. Tekanan air di rumah beliau amat rendah. Beliau tinggal di rumah jenis 'town house' 3 tingkat. Dibawah ini saya tunjukkan bagaimana saya memasang water pump tersebut.

Ini adalah tapak/ruang yang akan diletakan water pump tersebut.

Tapak/ruang yang akan ditempatkan water pump itu di tebuk lubang terlebih dahulu. Ini adalah 
laluan paip air untuk masuk ke water pump.

Ini adalah water pump jenama HITACHI yang berkapasiti 150 watts. Unit ini
adalah sesuai untuk sebuah keluarga yang sederhana besar. Saya juga sering mengesyorkan
penggunaan jenama ini kerana tahap getaran/gegaran dan bunyi adalah kurang.

Water pump yang telah dilakukan penyambungan perpaipannya.

Ini adalah proses pemasangan tangki air. Pelanggan ini meminta tangki air diletakkan
diatas bumbung.

Tangki air yang telah siap dipasang sistem perpaipannya.

Proses yang terakhir adalah menguji bola tangki dan mempastikan tangki air yang dibekal
tidak bocor. Setelah tangki di isi dengan air kita dapat melihat bahawa air yang ditadah ini
tidak jernih dan ia kelihatan kehijauan.




No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan