Isnin, 8 Julai 2013

MENUKAR TANDAS DUDUK YANG PECAH

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu melakukan kerja-kerja menukar tandas duduk yang telah pecah. Tandas duduk ini  pecah akibat dari hentakan yang kuat oleh satu objek yang keras. Saya dihubungi oleh En. Hazim yang tinggal di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Selangor bagi menukar tandas tersebut. Sila lihat proses-proses pemasangannya dibawah ini.

Ini adalah tandas yang telah pecah.

Gambar tandas yang pecah telah diambil dari jarak dekat.

Ini pula proses membuka tandas yang pecah tadi. Bahagian bawah tandas yang telah disapu dengan simen, dipahat dengan teliti bagi membolehkan tandas yang pecah itu dibuka. Sekiranya ini tidak dilakukan dengan teliti berkemungkinan besar tandas tadi akan pecah dan lebih banyak kerja yang akan dilakukan.

Setelah  tandas itu dibuka, kawasan itu dibersihkan. Ini bagi memastikan tiada simen-simen kecil ataupun habuk yang melekat disitu. Adalah penting bagi memastikan tiada simen yang masuk kedalam lubang tandas. Ini dikhuatiri akan berlaku saluran tandas tersumbat di kemudian hari.

Ini adalah tandas baru yang akan dipasang.

Ini adalah proses memasang tandas. Gambar diatas menunjukkan tandas ini dibetulkan kedudukkannya terlebih dahulu. Selepas itu barulah proses penyimenan dilakukan. Proses penyimenan ini juga perlu dilakukan dengan teliti kerana jika tidak ia akan mengalami kebocoran. Air yang dipam akan mengalir ke lantai tandas.

Setelah proses penyimenan dilakukan, pemasangan saluran air yang disambung dari cistern ke tandas dilakukan.

Gambar dibahagian kanan adalah proses menguji saluran air yang telah disambung dari cistern ke tandas (menguji saluran inlet/outlet). Gambar dibahagian kiri pula menunjukkan tandas yang telah siap di ganti baru.



No. Tel : 012-6379460




5 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan
    Saya nak tanya tandas rumah sy saluran hose dari cistern ke tandas tu tercabut. Bila pasang die tanggal semula. Dlm gmbr tuan sy tgk ada component warna hitam tu apa ya? Sbb sy punya warna putih shj.. harap dpt bantu. Trima kasih...
    -juliah-

    BalasPadam