Rabu, 8 Mei 2013

CUCI TANGKI DAN TAMBAH TANGKI

Saya telah dihubungi oleh Puan Ros yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tujuan beliau menghubungi saya adalah kerana, beliau mahu menambah 1 unit tangki air lagi. Menurut beliau tangki yang sedia ada seringkali tersumbat dan air yang mengalir dari tangki tersebut kadangkalanya tidak lancar/tersekat-sekat. Saya naik keatas bumbung rumah beliau untuk melihat keadaan tangki tersebut dan mendapati ia dipenuhi dengan najis musang. Itulah sebabnya tangki yang sepatutnya menampung air tadahan menjadi tersumbat dan tidak lancar pengaliran airnya.

Gambar 1
Gambar ini menunjukkan najis musang yang terdapat didalam tangki rumah Puan Ros. Tangki ini telah tidak ditutup dan dibiarkan terbuka. Oleh itu, musang yang memakan buah-buahan dipokok telah membuang najisnya kedalam tangki tersebut.

Gambar 2
Disamping tangki yang dipenuhi dengan najis musang, bola tangkinya pun rosak.

Gambar 3
Penyambungan paipnya kelihatan telah usang dan terdapat beberapa bahagian yang  bocor.

Gambar 4
Penyambungan paip yang telah usang itu dibuka bagi membolehkan penyambungan paip baru dilakukan.

Gambar 5
Proses menyambung paip baru setelah tangki yang dipenuhi najis musang dibersihkan.

Gambar 6
Telah siap untuk dilakukan penyambungan paip yang baru.

Gambar 7
Gambar ini menunjukkan proses membuka bumbung dengan memotong kayu kerangka bagi membolehkan tangki air yang baru dimasukkan. Sepertimana yang telah dimaklumkan Puan Ros meminta saya menambah 1 unit lagi tangki air.

Gambar 8
Tangki air yang telah siap dipasang fitting dan  disisi setiap bahagian telah diikat dengan 'steel band'. Tujuan ia diikat dengan 'steel band' agar penutup tangki itu tidak boleh dibuka oleh binatang, ditiup angin dan sebagainya.




No. tel : 012-6379460




Tiada ulasan:

Catat Ulasan