Isnin, 18 Mac 2013

TUKAR BOLA TANGKI (BALL VALVE)

Hari ini saya  tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu menukar ball valve (bola tangki) dirumah Dr Maznah yang tinggal di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ball valve boleh rosak walaupun ia diperbuat dari tembaga. 


Kerosakkan itu mungkin berpunca dari air yang berkeladak dan telah menyebabkan ia tersumbat dan lama kelamaan  air tidak dapat mengalir masuk kedalam tangki seperti biasa. Untuk makluman, ball valve berfungsi mengawal pengaliran air ke dalam tangki simpanan yang selalunya terletak diatas siling rumah.



Ini adalah satu unit ball valve yang akan diganti kepada yang lama/rosak.


Setelah diganti dan diuji semula inilah hasilnya. Air mula memasuki tangki dengan laju.



No. tel : 012 - 6379460





Tiada ulasan:

Catat Ulasan