Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.
GAMBAR 1
GAMBAR 2
Setelah saya periksa, terdapat beberapa bahagian lantai tandas yang bocor. Saya memaklumkan kepada beliau cara penyelesaian jangka panjang ialah dengan menyapu semula 2 lapisan water proofing. Apabila water proofing hendak disapu, jubin lantai serta tandas duduk perlu dibuka. Setelah itu ia akan dibiarkan kering sepenuhnya sebelum jubin lantai dipasang semula.
GAMBAR 3
GAMBAR 4
Apabila jubin lantai siap dipasang, tandas duduk beserta fittingnya dipasang semula. Beginilah hasil daripada kerja-kerja membaikpulih lantai tandas yang telah dilakukan.
Ada pelbagai cara bagi membaiki lantai tandas yang bocor ini. Sesetengah orang menggunakan silikon . Ia hanya perlu disapu ke bahagian lantai yang bocor itu. Silikon berfungsi seperti gam. Silikon yang telah disapu tadi akan mengembang apabila terkena air. Ini akan menyebabkan kebocoran berlaku semula. Walaupun kosnya lebih murah namun ketahanannya tidak akan kekal lama.
No.Tel : 012-6379460 |
Kalo mcm ni brp kos?
BalasPadam