Khamis, 28 Februari 2013

FLOOR TRAP TERSUMBAT


Saya telah dihubungi oleh En. Hashim yang tinggal di Taman Samudera, Gombak bagi memeriksa saluran air yang tersumbat dan telah menyebabkan lantai di dapurnya melimpah dengan air basuhan. Setelah diperiksa, saya dapati ia berpunca daripada floor trap di bahagian dapur rumah beliau telah tersumbat. Saya pernah menyiarkan masalah floor trap di sini  dan sini  sebelum ini.                        


 

Ini adalah  floor trap yang tersumbat itu, terdapat air yang bertakung didalamnya.



Ini adalah proses  mengepam air bagi membolehkan air basuhan mengalir dengan lancar ke dalam saluran air/floor trap.


Setelah dipam tiada lagi air yang bertakung di floor trap.



No. tel : 012-6379460





Selasa, 19 Februari 2013

KERJA-KERJA MEMBAIKI LANTAI TANDAS BOCOR

Hari ini saya tunjukkan kerja-kerja yang telah saya lakukan sewaktu membaiki lantai tandas yang bocor di rumah En. Murshidi, yang tinggal di Kondominium Angsana Hilir, Ampang, Selangor. Lantai tandas yang bocor ini telah menyebabkan air menitis kebawah.  Ia telah menjadi satu masalah kepada jiran di tingkat bawah kondominium beliau. Beliau telah menghubungi saya bagi melihat keadaan lantai tandas dirumahnya. (Sebelum ini saya pernah siarkan entri membaiki lantai tandas dirumah Puan Huda di sini).
Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.


GAMBAR 1

Beginilah gambar yang saya ambil dirumah jiran beliau akibat air tandas yang menitis kerumahnya. Terdapat beberapa tempat yang mengalami kebocoran itu. Jiran En. Murshidi terpaksa menadah air menggunakan baldi setiap kali En. Murshidi dan keluarganya menggunakan tandas tersebut.



GAMBAR 2

Setelah saya  periksa, terdapat beberapa bahagian lantai tandas yang bocor. Saya memaklumkan kepada beliau cara penyelesaian jangka panjang ialah dengan menyapu semula 2 lapisan water proofing. Apabila water proofing hendak disapu,  jubin lantai serta tandas duduk perlu dibuka. Setelah itu ia akan dibiarkan  kering sepenuhnya sebelum jubin lantai dipasang semula.


GAMBAR 3

Setelah lantai yang disapu dengan water proofing itu kering sepenuhnya, barulah jubin lantai dipasang semula. Gambar-gambar ini menunjukkan jubin baru yang telah dipasang dan dalam proses pengeringan.



GAMBAR 4

Apabila  jubin lantai siap dipasang, tandas duduk beserta fittingnya  dipasang semula. Beginilah hasil daripada kerja-kerja membaikpulih lantai tandas yang telah dilakukan.


NOTA
Ada pelbagai cara bagi membaiki lantai tandas yang bocor ini. Sesetengah orang  menggunakan silikon . Ia hanya perlu disapu ke bahagian lantai yang bocor itu. Silikon berfungsi seperti gam. Silikon yang telah disapu tadi akan mengembang apabila terkena air. Ini akan menyebabkan kebocoran berlaku semula.   Walaupun kosnya lebih murah namun ketahanannya tidak akan kekal lama.



No.Tel : 012-6379460





Jumaat, 15 Februari 2013

MEMBERSIH DAN MEMBAIKPULIH KAWASAN TANGKI AIR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaikpulih kawasan atas bumbung dimana letaknya tangki air. En. Faisal yang tinggal di SS 2, Petaling Jaya  mengalami masalah air yang menitik ke dalam rumah dari  atas  bumbungnya. Beliau tidak dapat mengenalpasti apakan puncanya. Oleh itu beliau telah memanggil saya bagi mencari punca dan membaiki semula tempat itu.


GAMBAR 1

Ini adalah kawasan dimana terdapatnya tangki air. Dikawasan ini terdapat pelbagai bahan buangan yang diletakkan disitu. Selain dari itu, terdapat pokok-pokok renek yang tumbuh dimerata-rata tempat.


GAMBAR 2

 Beginilah kesan daripada  kebocoran itu. Ia telah menyebabkan cat di dinding merekah dan berkulapuk.


 GAMBAR 3
 Saya telah membersihkan kawasan tangki air tersebut. Setelah itu dibina tembok sempadan yang memisahkan antara rumah jiran sebelah. Ia adalah bertujuan mengelakkan air yang mengalir dari rumah jiran tidak akan memasukki ke rumah beliau.


GAMBAR 4
 Setelah siap dibersihkan kawasan tadi, baharulah diketahui punca kebocoran itu terletak di lantai yang menjadi laluan  saluran air.


GAMBAR 5
Saya telah membaikpulih  kawasan yang bocor itu dengan menyimen semula lantai tersebut. Selepas itu ia disapu dengan water proofing. Setelah kesemua proses-proses tadi dilakukan beginilah hasilnya, tiada lagi kebocoran.



No. tel : 012-6379460






Rabu, 6 Februari 2013

PAM TANDAS ROSAK DI TUKAR BARU

Saya telah dihubungi oleh En. Fuad dari Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur tempohari. Beliau memaklumkan tandas dirumah beliau tidak dapat mengeluarkan air walaupun telah dipam sedangkan air didalam tangkinya masih penuh. Setelah diperiksa saya dapati masalah ini berpunca dari sifonnya yang telah rosak. Sebelum ini saya pernah siarkan perincian mengenai fungsi sifon didalam tangki tandas di sini.


GAMBAR 1

Ini adalah gambar tangki air dan sifon yang rosak sebelum  ia dikeluarkan dan ditukar baharu. Kelihatan air masih penuh didalam tangki tersebut.


GAMBAR 2


Saya telah menukar sifon lama yang telah rosak itu dan telah mencuci sekali bahagian dalam tangki air tersebut. Kelihatan ianya lebih bersih dari sebelumnya. Setelah diuji, air dari tangki telah mengalir dengan lancar apabila ia dipam.


GAMBAR 3

Ini adalah satu unit sifon yang telah rosak. Sifon ini  terbahagi kepada beberapa bahagian didalamnya dengan masing-masing mempunyai fungsi tersendiri. Saya dapati bahagian yang rosak itu adalah dibahagian injap gegendang (diaphragm valve).



Maklumat

Injap gegendang (diaphragm valve) ini berfungsi mengawal air masuk ke tiub sifon apabila tuil (lever handle) ditarik. Injap gegendang akan menaik dan membenarkan air masuk ke tiub sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.


No. tel : 012 - 6379460





Sabtu, 2 Februari 2013

MENUKAR TAP (KEPALA PAIP) BARU

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar menukar tap baru. Saya telah dihubungi Puan Nonee yang tinggal di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor bagi membaiki dan mengganti tap lama yang telah rosak. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.

GAMBAR 1

Gambar ini menunjukkan tap lama yang telah rosak. Masalah kerosakannya ialah, ia akan terpusing ke kiri dan kanan (bergoyang-goyang) apabila di pulas pemusingnya dan pemusing sebelahnya juga telah tertanggal.  Puan Nonee juga meminta saya menukar saluran air PVC itu kepada tembaga.


GAMBAR 2


Gambar ini pula menunjukkan saluran air telah diganti dengan tembaga dan tapnya pula telah diganti baru.


GAMBAR 3

Gambar 3 - ini adalah gambar yang telah diambil sewaktu saya menukarkan tap baru dirumah Puan Nora yang tinggal di Taman Kosas, Ampang, Selangor tempohari. Beliau juga menghadapi masalah yang sama iaitu tap air yang telah patah/rosak. Beliau meminta saya menukarnya kepada yang baharu.


GAMBAR 4

Gambar ini menunjukkan tap yang telah ditukar baharu. Setelah diuji airnya mengalir dengan lancar.


GAMBAR 5

Beginilah rupanya tap yang baharu itu.




NO. TEL : 012 - 6379460