Rabu, 29 Ogos 2012

Sifon lama tukar baru - penutup tandas lama tukar baru

Hari ini saya dipanggil oleh Miss Liena dari  Robson Height, Taman Seputeh, Kuala Lumpur bagi membaiki tandas dirumahnya. Beliau memberitahu kepada saya air dari tandas tidak  keluar apabila dipam. Setelah diperiksa saya dapati  sistem sifon didalam tangki tidak berfungsi. Oleh itu saya telah menukar satu set sistem sifon yang baharu bagi mengantikan yang lama. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.



  1. Gambar A menunjukkan sistem sifon didalam tangki air telah rosak dan patah.
  2. Gambar a1 pula menunjukkan satu set lengkap sistem sifon dan bola tangki telah dipasang.
  3. Gambar B menunjukkan tiada air didalam tangki.
  4. Gambar b1 pula menunjukkan air sedang diisi dan ini menunjukkan proses pemasangan ini adalah betul.


Dibawah ini pula saya tunjukkan secara terperinci bagaimana dan fungsi-fungsi ia beroperasi.




1. Paip alur masuk (paip agihan)

  • membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
2. Paip alur keluar (paip simbah)
  • menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
3. Paip limpah
  • menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
4. Injap bebola
  • mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
5. Pelampung
  • terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
6. Injap gegendang
  • mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
7. Tuil tarik/tangkai pelepas
  • tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.
8. Tiub sifon
  • menyalurkan air ke paip simbah

sumber maklumat dari http//:panitia_kh_tigs.blogspot




Selepas menggantikan satu set lengkap sistem sifon, saya dikehendaki memasang penutup tandas yang baharu dibeli oleh Miss Liena dari BALISYA TRADING di Batu Caves, Selangor. Penutup tandas yang dibeli beliau adalah jenis solid bamboo (100% buluh). Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.



  1. Gambar A penutup tandas lama jenis plastik yang belum ditukar.
  2. Gambar B dan C adalah penutup tandas jenis solid bamboo yang telah dipasang.




No. tel : 012 -6379460






1 ulasan: