Rabu, 31 Oktober 2018

MEMBAIKI TANGKI YANG BOCOR DI BANDAR BARU SALAK TINGGI, NILAI, NEGERI SE...

Hari ini saya tunjukkan video membaiki tangki yang bocor di Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Negeri Sembilan. Diposting sebelum ini, saya pernah memberitahu sekiranya tangki bocor pada bahagian lantai ataupun bucu ia tidak boleh dibaiki. Namun begitu, kini terdapat beberapa jenis bahan yang telah dikeluarkan oleh pengilang samada dalam atau luar negara yang membolehkan tangki yang mempunyai bocor sebegitu boleh dibaiki. Terdapat banyak jenis dan jenama dipasaran. Di video ini saya menggunakan flex tape untuk menampal bahagian yang bocor itu. Manakala kontraktor yang sebelum ini menggunakan white paste. Sila lihat video dibawah ini.


Ingin saya beritahu juga, penggunaan bahan-bahan begini hanya bersifat sementara. Tiada jaminan untuk jangkamasa panjang. Kebocoran mungkin boleh berlaku semula.




NO. TEL : 012-6379460
WHATS APP : 012-6379460




Isnin, 29 Oktober 2018

BUMBUNG BOCOR DAN TUKAR TANGKI U5, SHAH ALAM, SELANGOR

Saya dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di Sekyen U5, Shah Alam, Selangor tempohari. Beliau memberitahu bumbung rumahnya bocor kerana siling berdekatan kipas angin terdapat kesan berkulat. Oleh itu, beliau meminta saya membaiki bumbung yang bocor itu. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Kesan berkulat pada siling.

Ini adalah proses membuka atap dan mencari punca air masuk kedalam siling.

Bocor berpunca dari rabong yang telah lari dari kedudukkan asal dan simen pada rabong kebanyakkannya telah lekang. Ini adalah proses membuang simen dan membuka rabong yang telah lari dari kedudukkan asal.

Gambar ini pula menunjukkan proses pemasangan semula rabong. Terdapat beberapa rabong yang telah pecah diganti dengan yang baru. Rabong dipasang mengikut susunan yang betul dan selepas itu sealant disapu pada setiap penyambung rabong.

Pelanggan ini juga meminta kami menukar tangki yang lama kerana ia bocor dan telah lama tidak digunakan.

Ini adalah proses memotong penyambungan paip ke tangki dan membawa keluar tangki yang bocor ini.

Membuka dan membuang kayu lapik tangki yang sudah reput.

Pada bulatan ini adalah bahagian yang bocor.

Memasang kayu lapik tangki yang baharu sebelum tangki diletakkan disitu.

Tangki baru telah dinaikkan dan diletakkan pada tapaknya. Selepas itu proses penyambungan sistem perpaipan dan juga memasang bola tangki. Kemudian air dimasukkan semula disamping menguji bola tangki itu. Bola tangki berfungsi dengan baik.



NO. TEL : 012-6379460
WHATS APP : 012-6379460





Ahad, 28 Oktober 2018

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI SEMENYIH, SELANGOR

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang meminta saya membaiki bumbung rumah yang bocor. 3 bulan dahulu beliau telah memanggil kontraktor untuk membaikinya. Namun begitu, ia bocor kembali. Saya dan krew membuat pemeriksaan dan mendapati ada sedikit retakan pada rabong. Inilah punca kenapa air boleh mengalir masuk semula. Sila lihat penerangan lanjut dibawah ini.

Gambar diatas menunjukkan terdapatnya retakan pada rabong. Gambar sebelahnya pula menunjukkan air memasukki bahagian dalam bumbung.

Gambar ini diambil dari bahagian dalam bumbung.

Ini adalah proses menyapu sealant pada bahagian rabong. Krew saya menyapu sealant pada setiap sambungan rabong itu bagi memastikan tiada bahagian yang bocor dikemudian hari.

Setelah siap disapu sealant ia dibiarkan kering.



NO. TEL : 012-6379460
WHATS APP : 012-6379460





Jumaat, 26 Oktober 2018

MEMBAIKI LANTAI KONKRIT YANG BOCOR DI TAMAN SUPREME, CHERAS, KUALA LUMPUR

Seorang pelanggan telah menghubungi saya dan memberitahu ada kebocoran pada bumbung rumahnya. Bocor itu telah menyebabkan air hujan mengalir masuk melalui dinding dan mengenai kotak suiz utama (main switch). Beliau telah memanggil kontraktor untuk membaikinya sebelum ini. Namun apabila hujan lebat air masih mengalir masuk malahan dengan lebih banyak lagi. Air hujan yang mengalir masuk dengan banyak itu telah menyebabkan beliau berasa bimbang perkara buruk akan berlaku. Saya telah melakukan penyiasatan dan mendapati ada rekahan pada lantai konkrit. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan dinding yang basah.

Ini adalah proses membersih lantai konkrit. Menyapu dan membuang lumut-lumut yang terdapat dilantai konkrit. Setelah dibersihkan barulah bahagian-bahagian yang bocor/merekah dapat dikenalpasti.

Kontraktor yang terdahulu hanya meletakkan sekeping zink  dibelakang sesalur air bagi menghalang air dari masuk melaluinya.

Zink dibelakang sesalur air dan juga sesalur air yang rosak dibuka.

Gambar ini menunjukkan terdapatnya lubang dibelakang sesalur air. Kontraktor yang dahulu hanya menutup bahagian yang berlubang ini dengan sekeping zink sahaja. Menutup bahagian ini dengan zink tidak dapat mengurangkan air mengalir masuk ke dalam rumah malahan air akan mengalir masuk dengan lebih banyak lagi kerana apabila hujan lebat air akan bertakung dilantai konkrit dan ia akan berpatah balik lalu memasukki ruang terbuka itu.

Dibahagian dinding ini terdapat retakan. Retakan ini juga boleh menyebabkan air mengalir masuk.

Ini adalah proses menyapu SIKA107 pada lantai konkrit, dinding dan juga bahagian yang berlubang dibelakang sesalur air. Proses ini dilakukan berulangkali agar kesemua bahagian dilitupi dengannya.

Setelah disapur SIKA107 lantai tadi dibiarkan kering.



Sila tonton video membaiki lantai konkrit ini agar anda dapat melihat dengan lebih jelas lagi.




No, Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460




Isnin, 1 Oktober 2018

MEMBAIKI SINKI TERSUMBAT DI TAMAN KELAB UKAY, AMPANG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Kelab Ukay, Ampang, Selangor tempohari. Pelanggan ini memberitahu air dari sinki dapur mengalir keluar dengan perlahan. Ini menyukarkan beliau untuk mencuci pinggan mangkuk. Air akan memenuhi sinki sekiranya ia digunakan. Beliau memberitahu berkemungkinan ada bahan-bahan asing yang telah tersumbat didalamnya. Sila lihat video dibawah ini.




No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460



Sabtu, 29 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN MENYAMBUNG DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - memasang sliding door

Hari ini saya tunjukkan bahagian terakhir mengubahsuai dan menyambung dapur di rumah pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor ini. Dibahagian akhir ini saya tunjukkan gambar-gambar dimana krew sedang memasang sliding door dan tingkap. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Memasang sliding door.

Memasang cermin pada tingkap naco.

Bahagian dapur yang telah siap diubahsuai.



No. Tel : 012-6379460
No. Whats App: 012-6379460



Jumaat, 28 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - tukar tangki

Setelah 80% bahagian dapur di rumah pelanggan ini siap, kerja-kerja menukar tangki air pula dilakukan. Tangki air yang lama ini bocor dibahagian outlet. Oleh itu, pelanggan yang tinggal di Seri Kembangan ini meminta saya menukar tangki, membaiki semula sistem perpaipan dan juga water proofing lantai itu. Dibawah ini saya terangkan dengan lebih lanjut.

Ini adalah tangki air yang lama. Gambar disebelah kanan menunjukkan outlet yang bocor. Air sentiasa menitis melaluinya.

Ini adalah proses memotong sistem perpaipan yang menyambung ke tangki dan juga mengeluarkan airnya.

Tapak tangki yang lama dibersihkan terlebih dahulu sebelum melakukan water proofing.

Gambar ini menunjukkan tangki yang lama dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menaikkan tangki yang baharu.

Gambar ini pula menunjukkan krew sedang melakukan water proofing. Setelah itu, ia dibiarkan kering selama 24 jam.

Kayu manis berketebalan 1" x 8"lebar diletakkan atas tetulang konkrit sebelum tangki baru diletakkan keatasnya.

Gambar ini menunjukkan penyambungan paip baharu telah dilakukan. Begitu jugak dengan bola tangki dan ia telah diuji dengan sepenuhnya. Ia berfungsi dengan baik.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460


Khamis, 27 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN MENYAMBUNG DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - baiki bumbung metal deck

Hari ini kerja-kerja membaiki bumbung metal deck dilakukan. Pelanggan ini meminta saya memeriksa atap kerana apabila hujan air akan mengalir masuk kedalam siling dibilik anaknya dibahagian belakang. Setelah diperiksa atap metal deck yang terdapat dibahagian itu bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan bahagian yang bocor.  Silikon pada bahagian itu telah lekang akibat dari terdedah pada panas dan hujan.

Ini adalah proses membuang dan membersihkan silikon yang melekat diatap tersebut.

Setelah silikon dibuang sealant dimasukkan kedalam kelonsong silikon dan ditembak kebahagian yang bocor tadi. Tujuan ia dilakukan agar sealant dapat masuk kebahagian dalam yang bocor itu. Kemudian sekali lagi sealant disapu dibahagian atasnya.

Bahagian yang bocor telah siap ditampal.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460


Rabu, 26 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN MENYAMBUNG DAPUR DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR - memasang kotak siling dan salur

Pelanggan ini meminta saya menutup bahagian siling yang terbuka ini. Menurut beliau, siling pada bahagian ini telah jatuh akibat dari air yang menitis dari atas. Untuk makluman, rumah pelanggan ini jenis teres 2 tingkat. Air yang menitis itu berpunca dari tangki air yang bocor. Saya akan tunjukkan proses menukar tangki dientri akan datang. 

Ruangan ini dahulunya bersiling. Pelanggan ini meminta dipasangkan kotak siling kerana ia menganggu pandangan mata.

Gambar sebelah kiri sebelum kotak siling dipasang dan sebelah kanan setelah dipasang dan disapu cat.

Gambar ini menunjukkan kesan dari lantai yang bocor. 

Gambar ini menunjukkan lantai yang bocor telah dibaiki. Salur yang lama dicat semula begitu juga dinding dan silingnya.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460

Selasa, 25 September 2018

MENGUBAHSUAI DAN PENYAMBUNGAN DAPUR DI SERI KEMBANGAN - memecah dapur dan pemasangan jubin

Mengubahsuai dan penyambungan dapur dirumah pelanggan di Seri Kembangan, Selangor ini diteruskan dengan proses memecah dinding dapur lama. Setelah itu, pemasangan jubin dan dinding dapur lama disimen rata semula. Sila lihat peneranganya dibawah ini.


Ini adalah ruang dapur yang lama. Ini adalah proses membuang jubin dinding. 

Jubin lantai juga dibuka dan dirender.

Ini adalah proses pemasangan jubin  yang berukuran 8" x 36".


Gambar ini menunjukkan jubin lantai dapur yang telah siap dipasang dan dindingnya juga telah disapu cat.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460