Saya dihubungi Pengetua Sekolah Menengah Desa Mahkota yang meminta saya membaiki saluran paip kantin sekolah yang tersumbat. Beliau telah menunjukkan keadaan kantin sekolah dimana sinki dan lantainya dipenuhi dengan air basuhan. Pengusaha kantin tidak dapat memasak dan menjual makanan dikantin itu. Selain dari itu, kawasan kantin juga berbau amat busuk. Pengetua telah meminta saya memeriksa dari manakah punca yang menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar. Setelah diperiksa, saya dapati manhole kantin yang terletak dibahagian belakangnya dipenuhi dengan lelemak dan air basuhan tidak mengalir ke manhole IWK. Sila lihat penerangan yang lebih lanjut dibawah ini.
Ini adalah manhole kantin. Apabila penutup besi dibuka didapati lelemak beku dan degil memenuhi manhole tersebut. Krew saya sedang mengeluarkan lelemak beku itu menggunakan penyodok.
Proses membawa keluar lelemak terus dilakukan sehingga sebahagiannya telah dibawa keluar.
Setelah itu, water jet yang berkapasiti tinggi digunakan bagi memecahkan lelemak beku itu.
Proses menyodok keluar dan meyembur dilakukan berulang-ulang kali agar lelemak beku itu boleh mengalir keluar.
Gambar ini menunjukkan lelemak beku yang berada didalam manhole kantin dan yang berjaya dibawa keluar.
Beginilah keadaan manhole kantin yang dipenuhi dengan lelemak beku. Gambar tengah pula menunjukkan lelemak yang dikeluarkan dari manhole.
Gambar disebelah kiri menunjukkan manhole kantin. Dibawahnya terdapat grease trap. Didalam grease trap itu terdapat batu-batu besar dan juga pasir. Gambar tengah pula menunujukkan air kumbahan telah mula mengalir masuk ke manhole IWK. Krew saya terpaksa menggunakan jaring agar batu-batu yang mengalir kesitu dapat dibawa keluar.
Gambar ini menunjukkan setelah proses membuang lelemak beku, batu-batu dan pasir. Manhole kantin ini dicuci dengan bersih.
Manhole IWK yang telah dibersihkan. Air telah mula mengalir masuk ke manhole tersebut melalui manhole kantin dengan lancar.
No. Tel/Whats App : 012-6379460
NOTA:
Manhole kantin ini perlu selalu di selenggara agar lelemak tidak membeku di grease trap. Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali ia diselenggarakan.