Selasa, 12 Januari 2016

MEMBAIKI SALURAN PAIP BOCOR DI DALAM DINDING DI PUTRAJAYA

Seorang pelanggan telah menghubungi saya tempohari. Beliau memberitahu terdapat kesan basah/tompokan air pada dinding dapur. Beliau mengesyakki saluran paip didinding itu bocor kerana beliau telah mengetuk paku pada dinding tersebut untuk memasang peralatan dapur disitu. Melihat daripada kesan tompokan air itu saya pasti ketukkan itu telah mengenai saluran paip. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Bahagian yang bertanda bulat itu dimana saluran paipnya bocor.

Setelah mengenalpasti tempat yang bocor itu,  jubin dinding akan dipotong
supaya saluran paip yang bocor tadi dapat dibaiki semula.

Setelah jubin dibuka, simen keras pada saluran paip akan dipecahkan.
Ini bagi membolehkan mengenalpasti bahagian mana yang bocor.

Bahagian bertanda hitam ini adalah dimana saluran paip itu bocor.

Saya telah membuka saluran paip yang berlubang itu dan digantikan
dengan  saluran paip pvc.

Setelah itu, ia akan ditutup semula. Ini adalah proses menyimen dinding
dan memasang semula jubin pada dinding dapur.

Jubin yang dipasang berlainan sedikit warnanya kerana sukar untuk
mencari jubin yang sama coraknya. Saya mendapat persetujuan dari pelanggan
ini agar jubin yang berwarna dipasang disitu.


No. Tel/Whats App: 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com

Soal & jawab

Melihat pada gambar ini, didapati saluran paip yang bocor itu berwarna biru. Kenapa tuan mengantikan/memasang saluran paip berwarna kelabu disitu? Apakah perbezaan diantara kedua-dua jenis paip ini?

Pemasangan saluran paip berwarna kelabu pada biru tidak menjadi satu permasalahan. Kita boleh menyambung saluran paip itu dengan syarat penggunaan gamnya menggunakan gam untuk saluran paip berwarna biru.

Perbezaan saluran paip biru & kelabu

Saluran paip biru - disebut saluran paip ABS
Saluran paip kelabu - disebut saluran paip PVC

Saluran paip ABS selalu digunakan oleh pemaju yang membina taman-taman perumahan. Paip jenis ini telah mendapat kelulusan dari JKR untuk penggunaan/pemasanganya. Namun begitu, paip jenis ini sangat rapuh dan harganya juga 10% - 15% lebih tinggi dari paip PVC. Selepas pemasangan paip jenis ini dilakukan, ia memerlukan tempoh semalaman untuk gam mengering. (Gam berwarna biru).

Saluran paip PVC sangat liat. Ia tidak mudah pecah atau patah. Ia juga tahan pada ketukan objek yang keras. Paip jenis ini dikeluarkan dalam berbagai jenis ketebalannya. Selepas pemasangannya pengguna akan boleh terus memasang air dan tidak perlu menunggu ia kering. Harganya pula lebih murah berbanding paip ABS.

Untuk rumah pelanggan ini saya menggunakan paip PVC Class 6/7. Apa yang saya nyatakan diatas adalah dari pengalaman saya yang sering membaiki paip-paip yang bocor dirumah pelangaan.

Ahad, 10 Januari 2016

MEMASANG TANGKI AIR DAN WATER PUMP DI TAMAN KELAB UKAY, AMPANG, SELANGOR,

Pemasangan tangki air dan water pump ini telah dilakukan di rumah seorang pelanggan yang tinggal di Taman Kelab Ukay, Ampang, Selangor tempohari. Pelanggan ini meminta tangki air yang hendak dipasang itu diletakkan pada hujung halaman rumahnya manakala tangki air yang lama yang terletak didalam bumbung dibiarkan kosong. Ini kerana tangki air yang lama telah berkarat dan reput. (Tangki lama adalah dari jenis fibre). Oleh itu, sistem perpaipannya juga dimatikan. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah proses pemasangan water pump. Water jenama Tsunami ini
diletakkan pada satu sudut diluar ruang tamu.

Ini adalah proses membuat penyambungan saluran paip
pada water pump.

Stock cork juga dipasang. Ia bertujuan untuk mengawal aliran air
keluar masuk ke tangki air.

Membuat penyambungan sistem perpaipan ke tangki air.

Memotong lebihan paip yang tidak diperlukan.

Membuat penyambungan wayar pada water pump dan mengujinya
samada ia berfungsi dengan baik.

Membuat penyambungan pada meter air.

Meter air yang telah dipasang semula dan berfungsi dengan baik.

Water pump pada asalnya diletakkan  dihujung ruang tamu rumah telah
dibuka semula dan diletakkan dihujung halaman rumah. 

Sistem perpaipan yang lama juga telah dimatikan.

Tangki air dan water pump yang telah siap dipasang.


No. Tel/Whatsapp : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com

Soal & jawab

Kenapa water pump yang pada asalnya telah dipasang dihujung ruang tamu dibuka semula dan dipasang ditempat lain?

Water pump yang pada asalnya telah dipasang dihujung ruang tamu dibuka semula kerana ia akan mengeluarkan bunyi yang bising setiap kali proses penyedutan air dilakukan. Penyedutan air bermakna setiap kali paip air digunakan. Samada membasuh pinggan didapur, mencuci pakaian menggunakan mesin basuh, mandi dan sebagainya.

Isnin, 4 Januari 2016

MEMBAIKI LANTAI TANDAS BOCOR DI TAMAN UKAY BISTARI, ULU KLANG, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membaiki lantai tandas yang bocor di rumah seorang pelanggan yang tinggal di Taman Ukay Bistari, Ampang/Hulu Kelang, Selangor pada bulan Oktober yang lalu.

Pelanggan ini telah menghubungi saya dan memberitahu terdapat tompokan air pada siling rumahnya. Beliau mengesyakki lantai tandas di tingkat atas bocor. Setelah mencari puncanya, memang benar lantai tandas di tingkat atas telah bocor. Cara untuk mengenalpasti lantai tandas ini bocor adalah dengan memasang air dan dibiarkan air memenuhi lantai tandas tersebut. Setelah itu, saya akan melihat dibahagian siling. Bahagian siling mula lembap dan membentuk tompokan-tompokan dan sekiranya dibiar begitu sahaja ia akan berkulat. Sila lihat penerangan selanjutnya dibawah ini.

Ini adalah tandas dibahagian atas dimana lantainya bocor.

Ini adalah proses membuka jubin lantai yang lama. Setelah itu 
jubin yang lama dibuang dan lantai ini dibersihkan.

Ini adalah proses menyapu 'water proofing' pada lantai tandas. Ini adalah
sapuan yang pertama.

Kemudian ia dibiarkan kering. Ia akan dibiarkan kering semalaman.

Ini adalah proses menyimen kasar dan ia akan dibiarkan kering sebelum
proses yang seterusnya dilakukan.

Setelah simen kasar tadi kering, lantai tandas ini akan disapu dengan
'water proofing' sekali lagi. 'Water proofing' akan disapu juga pada bahagian dinding
dimana jubin telah dikeluarkan. 

'Water proofing' yang disapu buat kali kedua ini akan dibiarkan kering sekali lagi
sebelum proses pemasangan semula jubin dilakukan.

Apabila jubin yang dipasang telah kering, barulah proses pemasangan
semula tandas dan sistem perpaipan dilakukan.

Lantai tandas yang telah siap dibaiki.


No. Tel./Whatsapp : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com


Soal & jawab

Soalan   -    
Saya tinggal di satu kawasan perumahan yang baharu. Rumah yang didiami juga adalah rumah yang
 baru disiapkan oleh pemaju. Soalannya, kenapa rumah saya mempunyai  masalah lantai tandas bocor?

                   
Jawapan   - 
 Lantai tandas bocor boleh berlaku walaupun pada rumah yang baharu dibina. Faktor utama yang menyebabkan ia berlaku adalah kerana sewaktu pemasangan jubin  berkemungkinan besar 'water proofing' tidak disapukan terlebih dahulu pada lantai simen.

Fungsi water proofing:
Water proofing - ia disapu pada lantai tandas bertujuan air tidak dapat menembusi bahagian bawah lantai ataupun ia disebut sebagai kalis air.
                      
Terdapat pelbagai jenama water proofing yang ada dipasaran. Setiap satu jenama itu   mempunyai  kelebihan dan kekurangan. Harganya juga berbeza-beza. Pengguna harus bijak memilih yang mana lebih sesuai untuk  digunakan. Untuk rumah pelanggan ini, saya menggunakan 'water proofing' jenama SIKA.