Sabtu, 26 Julai 2014

MEMBAIKI DAN MEMASANG JUBIN LANTAI DI BANDAR KINRARA, PUCHONG, SELANGOR

En. Faizal yang tinggal di Bandar Kinrara, Puchong telah meminta saya membaiki semula lantai garaj yang rosak. Beberapa jubin lantai telah pecah. Disamping itu, beliau juga mahu lantai pesiar kaki dibahagian belakang rumah disimen. Beliau mahu lantai pesiar kaki sentiasa kemas dan bersih. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah jubin dibahagian garaj yang telah pecah.

Ini adalah proses membuka dan membuang jubin lantai yang rosak.

Jubin lantai yang telah dibuka. Proses membersihkan semula kawasan ini
sebelum proses seterusnya dilakukan.

Bahagian tepi garaj yang sebelum disimen dan dipasang jubin. Bahagian ini akan
disimen dan pemasangan sesalur air dilakukan bagi membolehkan air hujan dari atas
dialirkan melalui sesalur ini.

Proses pemasangan jubin dibahagian tengah dan juga tepi garaj.

Gambar ini menunjukkan jubin lantai di bahagian garaj telah siap dipasang.

Ini adalah lantai pesiar kaki dibahagian belakang rumah.

Sebelum ini, kawasan ini dipenuhi oleh rumput dan lalang. Kawasang ini telah
dibersihkan sebelum disimen semula.

Ini adalah proses membancuh simen. Sebelum itu sesalur air akan dipasang.
Ini kerana bahagian longkang ini akan disimen.

Ini adalah proses menyimen lantai.

Lantai pesiar kaki dibahagian belakang rumah telah siap disimen.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 24 Julai 2014

PAIP BOCOR DI KERAMAT PERMAI

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang meminta saya membaiki semula saluran paip poly yang telah bocor didalam tanah. Saluran paip ini bocor secara tidak sengaja apabila beliau tercangkul saluran paip itu. Ini telah mengakibatkan air memancut keluar. 

Saluran paip poly yang bocor.

Bahagian yang bocor telah dipotong dan akan disambung semula 
dengan penyambung poly yang baru.

Penyambung  poly yang bersaiz 3/4" telah dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Rabu, 16 Julai 2014

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR, TANDAS TERSUMBAT DAN PAIP AIR BOCOR DI TAMAN PUTRA PRIMA PUCHONG, SELANGOR

Pelanggan yang tinggal di Taman Putra Prima, Puchong ini menghubungi saya tempohari. Beliau mahu saya membaiki bumbung bocor, tandas tersumbat dan juga paip air yang bocor dirumah beliau. Bumbung bocor telah menyebabkan air memasukki ke siling rumah. Terdapat tompokan-tompokan air di bahagian siling. Tandas yang tersumbat pula telah menyebabkan beliau tidak dapat lagi menggunakan tandas tersebut. Manakala lantai di bilik stor bahagian garaj rumahnya sentiasa basah. Beliau berasa musykil kerana dibahagian stor rumah itu tidak ada paip. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah kesan tompokan air hujan pada siling rumah.

Air hujan boleh memasukki siling adalah kerana atap genting yang lari dari kedudukkannya/renggang.

Atap genting yang lari dari kedudukkannya telah dibuka dan didapati kayu kekuda yang menyokong atap genting tidak disambung sehingga ke hujungnya. Kayu yang tidak disambung ke hujung itu adalah 8 inci panjangnya. Bagi membetul semula kedudukkan atap genting ini, saya menggunakan paku panjang yang berukuran 4 inci yang dipaku pada kayu kekuda dibahagian kiri dan kanan.

Atap genting yang telah siap dibaiki.

Tandas ini telah tersumbat selama 7 hari.

Proses mengepam tandas dilakukan beberapa kali sehingga air kumbahan mengalir keluar.

Tandas yang telah bersih setelah ia dipam. Tiada lagi bahan buangan didalam tandas.

Gambar ini menunjukkan air yang sentiasa bergenang diatas lantai bilik stor di bahagian garaj.

Ini adalah proses memecah dinding di bilik stor bagi melihat bahagian manakah yang bocor.
Setelah dinding dipecahkan dapat dilihat saluran paip yang bocor itu. Saluran paip ini adalah dari tangki air simpanan dibahagian atas rumah yang menyalurkan air ke bahagian garaj.

Stop valve ditutup supaya air tidak mengalir dan saluran paip boleh dipotong dan diganti baru.

Paip yang telah dipasang dan diuji. Setelah  pasti  ia tidak bocor barulah dinding disimen semula. Dinding dibiarkan kering beberapa hari barulah ia dicat.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Isnin, 14 Julai 2014

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI MERU, KLANG, SELANGOR

Pelanggan yang tinggal di Meru, Klang, Selangor telah menghubungi saya tempohari. Beliau mahu membaiki bumbung rumahnya yang bocor. Setelah diperiksa, saya dapati ada beberapa punca yang menyebabkan bumbung di rumah beliau bocor. Bumbung bocor ini telah menyebabkan air hujan masuk ke dalam siling rumah. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Terdapat kesan basah pada kayu kekuda manakala tangki air tiada kebocoran.

Kesan retak pada rabong. Simen yang lama pada rabong telah merekah.


Terdapat pokok yang tumbuh diatas slab. Akarnya telah mula menjalar ke sesalur air.

Akar pokok yang telah menjalar ke sesalur air dan menyebabkan air bertakung di situ. Air yang bertakung itu akan berpatah balik (reverse) dan inilah punca kenapa air hujan boleh memasukki siling rumah.

Ini adalah proses menyapu sealant pada rabong dan juga bahagian-bahagian yang retak dan bocor.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





Sabtu, 12 Julai 2014

MEMBAIKI FLOOR TRAP TERSUMBAT, ATAP BOCOR DAN MENUKAR TANDAS CANGKUNG DI LESTARI PUTRA, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Saya dihubungi Puan Emy yang tinggal di Lestari Putra, Seri Kembangan, Selangor yang meminta saya membaiki floor trap yang tersumbat. Selain dari itu, beliau mahu menukar tandas lama jenis 'front lever handle' (tandas simbahan) kepada tandas jenis push button serta membaiki bumbung rumahnya yang bocor.
Dibawah ini ada perinciannya.


 Ini adalah floor tap yang terdapat dibilik air bawah serta didapur. Air sentiasa bertakung di floor trap tersebut.


Punca floor trap ini tersumbat adalah kerana air kumbahan tidak dapat mengalir ke gully trap. Apabila gully trap dibuka saya dapati ia kering. Ini menunjukkan air kumbahan tidak mengalir ke situ. Gully trap juga dipenuhi dengan batu-batuan yang banyak. Batu-batu ini telah menutup laluan air kumbahan.

Bagi membolehkan air kumbahan mengalir ke gully trap batu-batu dan pasir yang terdapat disitu haruslah dibuang. Ini adalah proses mengorek keluar batu-batu dan pasir.


 Setelah batu-batu dan pasir dikeluarkan, saya telah mengepam floor trap dan air kumbahan dapat mengalir dengan lancar ke gully trap. Gambar disebelah kanan menunjukkan batu-batu yang terkumpul di gully trap.

 Ini adalah tandas jenis front lever handle (tandas simbahan). Puan Emy mahu ia diganti kepada tandas jenis push button.

 Proses membuka tandas lama telah dilakukan dan kemudiah tandas yang baru telah dipasang.

Ini adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki bumbung bocor. Atap genting yang pecah dibeberapa bahagian, simen pada rabong yang telah merenggang serta zink flacing yang sudah terangkat dari kedudukkannya adalah punca kenapa air boleh memasukki siling.


 Terdapat ruangan yang kosong di sesalur air. Ia juga menjadi punca air boleh memasukki ke bahagian siling rumah.

Di bahagian dinding terdapat kesan aliran air. Ini berpunca dari  zink flacing yang telah terangkat dari kedudukkan asalnya.

 Atap genting yang pecah telah dibuka dan diganti baru.

 Zink flacing yang terangkat telah dibaiki dan kemudiannya disapu dengan sealant. Ruangan kosong yang terdapat pada sesalur air juga disapu dengan sealant. Simen pada rabong yang telah merenggang juga disapu sekali lagi dengan sealant.


No. Tel : 012-6379460
normserin@gmail.com



Khamis, 10 Julai 2014

PAIP PATAH DALAM DINDING DI PUTRAJAYA

Seorang pelanggan yang tinggal di Putrajaya meminta saya membaiki semula saluran paip yang bocor. Paip ini bocor secara tidak sengaja apabila pelanggan ini men'drill' dinding dibahagian dapur rumahnya. Sila lihat gambar-gambar ini dibawah.

Kelihatan lubang pada saluran paip.

Ini adalah proses membuka jubin pada dinding. Ia dilakukan dengan
berhati-hati agar jubin dibahagian lain tidak terkopak.

Paip yang bocor telah diganti dengan saluran paip yang baru.

Setelah saluran paip baru dipasang, ia akan disimen semula. Setelah itu
jubin baru dipasang. Simen yang terdapat pada dinding akan dibersihkan
terlebih dahulu dan kemudian ia akan dibiarkan kering.

No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com