Khamis, 29 Mei 2014

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya  telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan tempohari. Beliau memberitahu bumbungnya bocor dan telah menyebabkan air hujan masuk ke siling rumahnya. Terdapat beberapa kesan tompokkan basah dibahagian siling tersebut. Sebelum ini beliau telah memanggil kontraktor bagi membaiki bumbung yang bocor itu. Namun kebocoran pada bumbung masih lagi berlaku.
Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau bagi mencari punca kebocoran itu. Apa yang mengejutkan adalah terdapat kesan retakan pada rabong dan pecah pada atap genting. Namun kesan-kesan pecah dan retak itu hanya ditutup dengan masking tape. Saya tunjukkan gambar-gambar tersebut kepada pemilik rumah dan beliau berasa amat kecewa dan terkejut. Silat lihat gambar-gambarnya dibawah ini.

Rumah bangalow semi-D di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

Ini adalah kesan bocor yang terdapat pada atap genting. Ia hanya
ditutup oleh sejenis silikon yang mudah mencair apabila terkena panas.

Atap bumbung dibuka dan dapat dilihat kesan kulat(basah) pada kayu kekuda.

Yang bertanda itu adalah tompokan air yang telah menyebabkan siling
mulai mengembang.

Renganggan pada rabong hanya ditutup dengan masking tape berwarna hitam sahaja.

Pemasangan rabong yang tidak sempurna. Dapat dilihat kerenggangan
pada setiap rabong. Ini boleh menyebabkan air hujan masuk kedalam siling rumah.

Ini adalah proses menyapu sealant pada setiap rabong yang renggang.

Gambar sebelah kiri- rabong hanya ditutup dengan silikon. Sebelah kanan
pula adalah proses menyapu sealant selepas membuang silikon.

Atap genting yang pecah hanya di tutup dengan masking tape. Masking tape itu
dibuka dan bahagian yang pecah itu disapu dengan sealant.

Atap genting yang retak. Ini juga salah satu daripada punca
kenapa air hujan boleh masuk ke dalam siling rumah.

Atap genting yang renggang susunannya.

Atap genting yang renggang susunannya di tutup dengan silikon jenama SIKA
(Sila lihat penerangannya dibawah ini)

Selepas itu, bahagian yang telah ditutup dengan silikon disapu
sekali lagi dengan sealant.

Bahagian rabong dan atap genting yang pecah dan retak telah
disapu dengan sealant.

Gambar sebelah kiri menunjukkan atap genting yang telah
pecah pada bahagian bucunya hanya ditutup dengan masking tape
pada bahagian dalam. Manakala bahagian luarnya disapu dengan
silikon. Atap genting  yang pecah itu, saya gantikan dengan
sekeping atap yang baharu.


PENERANGAN:
Silikon jenama SIKA ini dipanggil SIKASIL. Ia adalah sejenis silikon yang berkualiti tinggi yang berfungsi sebagai pengedap (sealant) dan pelekat (adhessive). Ia boleh menutup dan memampatkan ruang-ruang yang terbuka. Ia juga mudah digunakan. Penggunaannya pula amat meluas. Ia boleh digunakan pada kenderaan samada laut ataupun darat. Pada rumah kediaman seperti dibahagian pintu, tingkap, bumbung dan sebagainya dan lain-lain lagi kegunaannya. 





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





Isnin, 26 Mei 2014

TUKAR TANGKI AIR DI TAMAN PUTRA PERDANA, PUCHONG, SELANGOR

Saya dihubungi En. Amir yang tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Beliau mahu menukar tangki air yang lama jenis fibre. Tangki air fibre ini telah bocor dibeberapa bahagian. Sila lihat proses menukar tangki air dibawah ini.

Proses pertama yang dilakukan adalah membuka atap genting dan 
memotong kayu kekuda yang menyokong atap genting itu.

Proses ke dua adalah membuka sistem perpaipan  yang telah
disambung ke tangki dan mengeluar/membawa turun tangki tersebut.

Proses ke tiga adalah membersihkan tapak tangki air.

Tangki air jenis poly jenama KOSSAN (N250RA) berkapasiti 300 liter.

Proses ke empat menaikkan tangki poly. Ia dilakukan dengan
berhati-hati agar atap genting tidak pecah. Manakala tangki
tidak akan bocor.

Proses ke lima adalah membuat penyambungan sistem
perpaipan.

Proses ke enam adalah menguji bola tangki dan mempastikan ia
berfungsi dengan baik. Tangki air  juga di periksa
bagi memastikan tiada kebocoran pada tangki yang dibekalkan.

Proses yang ke tujuh adalah memasang semula kayu kekuda
dan atap genting. Atap genting disusun semula dengan betul
agar ia tidak bocor di kemudian hari.




Sabtu, 24 Mei 2014

PAIP BOCOR DI BUKIT RIMAU, SHAH ALAM, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor telah menghubungi saya dan memberitahu siling dirumahnya sentiasa basah. Beliau mengesyaki tangki air di dalam bumbung rumahnya bocor. Bagi mengelak air dari terus menitis ke siling beliau telah menutup paip utama yang menyalurkan air ke tangki tersebut. Oleh itu, beliau mahu menukar tangki air yang dikatakan bocor itu.
Sebelum menukar tangki tersebut, terlebih dahulu saya mencari punca kenapa air menitis ke siling rumahnya. Setelah saya melihat sendiri keadaan tangki air itu, saya dapati ia tidak bocor. Hanya saluran paip yang membekalkan air ke tangki yang bocor. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki air yang kering kerana paip utama ditutup agar air tidak masuk
ke dalam tangki.

Saluran paip yang bocor.

Saluran paip yang bocor telah ditukar baru yang
bersaiz 3/4".

Setelah pasti saluran paip tadi tidak bocor barulah air disalurkan
semula ke dalam tangki. Ini adalah proses memenuhkan tangki air.

NOTA:
Saya berprinsip bahawa setiap permasalahan ada penyebabnya. Bermakna setiap kerosakkan yang berlaku di setiap rumah pasti ada puncanya. Oleh itu, saya terpaksa mencari punca kepada setiap permasalahan terlebih dahulu barulah saya mengesyorkan apakah yang sepatutnya pemilik rumah lakukan. Saya tidak akan mencari keuntungan semata-mata.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 22 Mei 2014

MEMBAIKI LANTAI/SLAB BOCOR DI SHAH ALAM, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Shah Alam telah menghubungi saya dan memberitahu siling di bilik tidur utama rumahnya sentiasa basah. Sekiranya hujan turun dengan lebat keadaan akan menjadi lebih serious lagi kerana air akan turun tanpa henti dan beliau terpaksa menadahnya dengan baldi. Kesan dari itu, lantai parquet di bilik tidur telah mulai terkopak. Terlebih dahulu saya perlu mencari punca kenapa siling dibilik tidur utama itu sentiasa basah. Untuk itu, saya telah melihat kawasan tangki air dan mendapati lantai/slab digenangi air. Tangki air juga diperiksa namun tiada kebocoran pada tangki air. Ini bermakna terdapat bahagian pada lantai/slab yang bocor. Sila lihat proses membaiki lantai/slab dibawah ini.

Keadaan lantai/slab yang sentiasa basah dan lapisan simen telah
pecah. Pokok renek telah tumbuh di situ dan akarnya pula telah 
mula menjalar ke saluran air.

Mendapan keladak pada dasar tangki.

Proses membuka tangki air dan sistem perpaipannya.

Lantai/slab yang sentiasa basah.


Proses memecah simen yang terkopak dan membersihkan
semula lantai/slab sebelum proses menyapu water proofing dilakukan.

Water proofing jenama SIKA

Menyapu water proofing dan batu tapak tangki dan dibiarkan kering.
Proses ini dilakukan berulang kali bagi mempastikan lantai/slab ini tidak
bocor semula.

Setelah lantai/slab betul-betul kering barulah tangki air dan
sistem perpaipan dipasang semula.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 20 Mei 2014

MEMBAIKI FLOOR TRAP TERSUMBAT

Hari ini saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki floor trap yang tersumbat di 2 rumah pelanggan yang berlainan. Seorang tinggal di Bandar Baru Bangi dan seorang lagi di Sentul, Kuala Lumpur. Permasalahan yang dihadapi adalah sama iaitu floor trap tersumbat. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini.

RUMAH 1 (SENTUL, KUALA LUMPUR)
 Ini adalah floor trap yang tersumbat. Floor trap ini dipenuhi
air dari sinki dapur yang tidak dapat mengalir ke lubang
manhole kerana tersumbat.

 Ini adalah lubang manhole yang terdapat dibahagian belakang rumah.

 Ini adalah proses mengepam saluran floor trap.

 Setelah dipam berulang kali barulah air dapat mengalir dengan lancar
ke lubang manhole.

RUMAH 2 (BANDAR BARU BANGI)
 Ini adalah lubang manhole yang telah dipasang jubin. Lubang manhole
ini terdapat dibahagian dapur rumah.

 Beginilah keadaannya apabila air dari sinki tidak dapat mengalir
 ke dalam lubang manhole. Ia akan sentiasa bertakung
di floor trap. Ini akan menyebabkan ruang dapur berbau busuk.

 Proses mengepam dilakukan beberapa kali sehingga
air akan mengalir dengan lancar ke lubang manhole.

 Telah siap sepenuhnya dan air telah mengalir dengan lancar ke 
lubang manhole.

No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Khamis, 15 Mei 2014

MEMASANG TANGKI AIR JENIS STAINLESS STEEL JENAMA LSL, WATER PUMP HITACHI DAN WATER PUMP TSUNAMI DI FISKE STEAKHOUSE, TAMAN SRI KERAMAT, KUALA LUMPUR

Saya dihubungi oleh En. Syamsul pemilik FISKE STEAKHOUSE yang sangat terkenal di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur pada awal Januari yang lalu. Beliau mahu memasang 1 unit tangki stainless steel bagi menampung keperluan air di restoran milik beliau. Oleh itu, saya telah mengesyorkan untuk memasang 1 unit tangki air stainless steel jenama LSL. Pemasangan tangki air stainless steel dan water pump jenama HITACHI telah dibuat pada bulan Januari yang lalu. Dibawah ini saya tunjukkan proses-proses pemasangan tangki dan water pump tersebut.

Pada awal bulan April yang lalu pula, En. Syamsul telah menghubungi saya sekali lagi kerana beliau mahu menambah lagi tangki air. Tangki air yang ada adalah 3 unit, iaitu 1 unit tangki stainless steel dan 2 unit tangki poly. Kali ini beliau mahu menambah tangki poly yang berkapasiti 600 gelen sebanyak 2 unit. Penambahan tangki ini perlu dibuat kerana kawasan Lembah Kelang telah mengalami catuan air. Adalah sukar untuk menjalankan perniagaan makanan sekiranya bekalan air tidak mencukupi. 

 Tangki air stainless steel yang telah mendapat pengiktirafan dari
IKRAM dan SIRIM.

 Pemasangan tapak tangki air dengan menggunakan panel besi.

 Setelah itu tangki dinaikkan dan barulah papan disusun pada rangka besi.
Kemudian water pump dipasang termasuk penyambungan sistem perpaipannya.

 Water pump jenama HITACHI GX series dengan 150 watts.

 2 unit tangki poly baharu jenama KOSSAN yang 
berkapasiti 600 gelen setiap unit.

 Pemasangan water pump jenama HITACHI dan sistem perpaipannya.
Water pump ini dipasang bagi mengepam air dari tangki poly dan dipam
masuk ke tangki simpanan stainless steel.

 2 unit tangki poly yang telah siap dipasang dan sedang diuji.
Tiada kebocoran pada tangki, serta ball valve berfungsi dengan baik.

 Ini adalah proses mencuci 2 unit tangki poly yang sedia ada.

Water pump jenama HITACHI ini dibuka semula kerana ia sentiasa terhenti secara
tiba-tiba dan tidak dapat mengepam air ke tangki simpanan (stainless steel) secara
berterusan. Water pump HITACHI akan berfungsi dengan baik sekiranya ia di
pasang mengikut tekanan graviti iaitu mengepam air dari atas dan disalurkan kebawah.
Sekiranya pengepaman air dari bawah dan disalurkan ke atas, ia memerlukan
satu daya yang lebih tinggi. Oleh itu, saya telah menukar water pump tersebut
kepada water pump jenama TSUNAMI dimana penggunaannya yang lebih efektif.

 Water pump jenama TSUNAMI. Sila lihat penerangan mengenai water pump
jenama ini dibawah.


Nota;
Water pump jenama TSUNAMI adalah satu produk dari Jepun. Produk ini telah dinaiktaraf dengan sistem pam automatik yang berteknologi tinggi. Ia mempunyai sistem pengawalan kering PCB ditambah dengan sistem kawalan kebocoran. Ciri-ciri tambahan yang lain ialah kawalan permulaan secara elektronik, sistem perlindung masa, elektrik, kejutan dan pelbagai ciri lagi.
Water pump jenama TSUNAMI ini sangat luas pengunaannya. Ia termasuk mengepam air dari telaga/perigi, sungai, air paip samada air panas atau sejuk dan ia sangat sesuai untuk mengepam air bersih seperti dari tangki tadahan. Selain dari itu penggunaan pam ini juga sangat praktikal, ekonomik dan mudah untuk digunakan. 
Apabila water pump TSUNAMI ini dipasang, pengguna hanya perlu memusing tapnya sahaja dan ia akan beroperasi dan berhenti secara automatik apabila paras air didalam tangki itu sudah mencapai paras yang dikehendaki (level).

KELEBIHAN WATER PUMP TSUNAMI:
- penjimatan penggunaan air dan penyelenggaraan.
- penjimatan penggunaan tenaga elektrik.
- mempunyai sistem kawalan kepanasan (over heating protection).
- penutup yang mempunyai anti karat.
- kurang bunyi (adakalanya tiada bunyi langsung).
- kuat dan tahan lasak.
- kapasiti aliran yang maksimum adalah 34 liter seminit.

KEKURANGAN WATER PUMP TSUNAMI:
Water pump jenama TSUNAMI ini hanya memberi waranti selama 1 tahun sahaja manakala produk-produk yang lain memberi waranti sehingga 5 tahun atau lebih bergantung cara pemasangan dan penggunaannya.





No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com