Jumaat, 28 Februari 2014

PAIP AIR TERSUMBAT DI BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya tempohari bagi mencari dan mengenalpasti apakah puncanya air di bilik mandi mengalir dengan perlahan. Tap airnya juga tidak boleh ditutup dengan rapat. Air sentiasa meleleh keluar. Tuan rumah terkejut apabila saya membuka tap air dan mendapati saluran tap air dipenuhi dengan sarang semut. Sila lihat perinciannya dibawah ini.

Air yang sentiasa meleleh dari tap. Walaupun telah ditutup
dengan rapat namun ia masih meleleh.

Apabila tap air dibuka, air mengalir dengan kuat. Ini bermakna
tekanan air dikawasan ini adalah tinggi.

Setelah dibiarkan air mengalir dalam 10 minit, barulah dapat
dilihat banyak semut yang keluar dari saluran tersebut. Ini bermakna
semut-semut itu telah membuat sarangnya disaluran air.

Setelah pasti tiada lagi sarang semut di saluran air, barulah
tap air dipasang semula.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 27 Februari 2014

SINKI TERSUMBAT DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR

CikAnis dari Seri Kembangan, Selangor telah menghubungi saya dan meminta saya membaiki sinki dapur yang tersumbat. Air di sinki telah bertakung selama seminggu dan tidak mengalir keluar ke gully trap. Walaupun telah dipam beberapa kali air di sinki masih tidak mengalir keluar. Sila lihat punca permasalahannya dibawah ini.

Ini adalah sinki yang masih dipenuhi air.

Ini adalah proses membuka bottle trap dan membuang air yang bertakung disinki.
Saluran paip juga di bersihkan dengan memasukkan getah paip kedalamnya.

Gully trap yang dipenuhi lelemak beku. Ini adalah proses memecah 
lelemak beku dengan menggunakan rotan.

Air telah mula mengalir ke manhole.

Bottle trap yang telah dibersihkan dan dipasang semula.

Air mula mengalir dengan lancar dan tiada lagi bertakung disinki.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Rabu, 26 Februari 2014

TUKAR TANGKI DI TAMAN SEPUTIH, KUALA LUMPUR

Saya telah dihubungi oleh Cik Nadia dari Taman Seputih, Kuala Lumpur. Beliau mahu menukar tangki air yang telah lama tidak digunakan. Tangki itu tidak digunakan kerana telah bocor dibeberapa bahagian dan usang. Tangki ini adalah jenis fibre glass empat segi yang berkapasiti 200 gelen. Proses-proses menukar dan memasang tangki baru diterangkan dibawah ini.

Ini adalah tangki jenis fibre glass yang dibekalkan oleh pemaju. Ia telah 
bocor dan usang.

Ini adalah tangki poly yang berkapasiti 200 gelen. Ia akan diletakkan 
ditempat asal tangki fibre.

Ini adalah proses menaikkan tangki poly. Agak sukar untuk menaikkan
tangki ini kerana bentuk rumah yang agak tinggi.

Ini adalah proses penyediaan tapak tangki poly. Saya menggunakan 
kayu papan sebagai tapaknya.

Ini adalah proses menguji  keluar masuk air dan bagi mempastikan 
tangki poly yang dibekal tidak bocor.

Tangki poly yang telah siap dipasang dan diuji.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 25 Februari 2014

LANTAI TANDAS BOCOR DI TAMAN MULIA, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS (MENCARI DAN MENGENALPASTI PUNCANYA)

Seorang pelanggan yang tinggal di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur telah menghubungi saya tempohari. Permasalahan yang dihadapi oleh beliau ialah lantai tandas yang sering berair/bocor. Apabila dilihat dengan mata kasar lantai tandas ini seperti tiada kebocoran. Sila lihat proses membaiki kebocoran lantai dibawah ini.

Dua gambar ini menunjukkan kesan bocor yang berlaku. Ia dapat 
dilihat ditingkat bawah. (Rumah ini adalah rumah teres 2 tingkat).

Apabila dilihat dengan mata kasar tandas ini seperti elok sahaja.

Untuk mengetahui punca kenapa terdapat kesan bocor ditingkat bawah,
maka tandas ini terpaksa dipecahkan sedikit. Tujuannya, untuk mencari dimanakah
punca lelehan air berlaku. Ini adalah proses memecah sebahagian jubin lantai
dan dinding tandas.

Sebahagian jubin didinding dan lantai yang telah dipecah.

Gambar yang ditunjukkan diatas (yang ditanda berwarna hitam) adalah puncanya.
Air telah meresap melalui besi BRC yang terlalu hampir dengan simen render.

Ini adalah water proofing jenama SIKA. Bahan ini akan disapukan keatas besi BRC.
Tujuan ia disapukan adalah untuk menutup besi BRC dari terkena terus ke lantai simen render.
Ini adalah proses membancuh water proofing.

Setelah itu, keseluruhan lantai dan dinding tandas disapu dengan water proofing.
Ini bagi mempastikan air yang meresap/bocor tidak berulang lagi.

Ini adalah proses pengeringan. Ia akan dibiarkan kering sepenuhnya terlebih dahulu
barulah proses seterusnya dilakukan.

Lantai dan dinding yang telah disapu dengan water proofing telah kering sepenuhnya.
Ini adalah proses pemasangan jubin lantai dan dinding.

Gambar kiri menunjukkan jubin dinding telah siap dipasang dan lantai telah 
disimen sebelum jubin dipasang. Gambar sebelah kanan menunjukkan jubin
lantai yang telah siap dipasang dan ini adalah proses membersih lantai.

Jubin dinding dan lantai yang telah siap dipasang sepenuhnya. Untuk makluman,
saya terpaksa menggunakan jubin lantai yang berwarna biru lembut kerana jubin yang
berwarna sedia ada tiada lagi dipasaran. 


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Rabu, 19 Februari 2014

FLOOR TRAP TERSUMBAT DI BANDAR SERI PUTRA,BANGI, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh Puan Noraini yang tinggal di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor tempohari. Permasalahan yang dihadapi oleh beliau adalah floor trap di bilik air tersumbat. Air sentiasa bertakung dilantai tandas dan akan mengalir dengan perlahan ke floor trap. Beliau memberitahu saya terdapat cawan plastik yang telah termasuk ke dalam saluran  floor trap tersebut.

Ini adalah lantai tandas yang sentiasa bertakung dengan air.

Ini adalah proses mencari cawan plastik yang dikatakan oleh Puan Noraini. Proses mencari cawan plastik ini dilakukan dengan memasukkan tangan ke saluran floor trap tersebut. Namun cawan plastik masih tidak ditemui.

Tangan terpaksa disarungkan dengan plastik sehingga ke lengan kerana cawan plastik telah masuk ke bahagian bawah saluran floor trap.

Setelah beberapa kali dicuba barulah ditemui cawan plastik tersebut. Bukan hanya satu tetapi terdapat 2 cawan plastik yang telah termasuk ke saluran floor trap tersebut.

Inilah 2 cawan plastik tadi.

Air di lantai tandas telah mengalir dengan lancarnya ke saluran floor trap.

NOTA:
Penutup floor trap hendaklah sentiasa ditutup agar tiada benda-benda yang keras seperti plastik, batu, kaca dan sebagainya boleh masuk ke saluran floor trap. Bahan-bahan tadi boleh menyebabkan floor trap tersumbat dan air tidak dapat mengalir  dengan lancar.


NO. TEL : 012-6379460
EMAIL : normserin@gmail.com




Ahad, 16 Februari 2014

TUKAR TAP SINKI DI SAUJANA KAJANG

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Saujana Kajang, Kajang, Selangor untuk menukar tap sinki yang telah patah dirumahnya. Tap sinki yang patah dibahagian bawahnya telah menyebabkan ia tidak stabil dan akan terpusing dengan sendirinya apabila tap dibuka. 

Ini adalah tap yang telah patah tadi dan ini adalah proses membuka tap tersebut.

Tap sinki yang telah dibuka dan dipasang yang baru.

Ini adalah tap sinki jenis 'double flexible' yang ringan dan mudah dikendalikan.



NO. TEL : 012-6379460
EMAIL: normserin@gmail.com