Isnin, 29 Oktober 2012

PROJEK MENGUBAHSUAI PEJABAT DI BANDAR BARU NILAI


Gambar-gambar ini adalah projek mengubahsuai rumah kedai 4 tingkat di Bandar Baru Nilai, untuk dijadikan pejabat.








No. tel. :  012 - 6379460





MEMBAIKI PAM TANDAS DAN MENUKAR PENUTUP TANDAS JENAMA MONZA

Hari ini saya tunjukkan gambar-gambar yang saya ambil sewaktu membaiki pam tandas yang rosak. Saya telah dihubungi oleh Cik Wani dari Wangsa Melawati  Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Masalah yang dihadapi oleh beliau hampir serupa dengan masalah En. Husni dari Desa Melawati (permasalahnya pernah saya siarkan di entri yang terdahulu).

Saya dapati sistem sifon didalam tangki tandas telah rosak dan tidak dapat mengalirkan air apabila ia dipam. Oleh itu saya telah mengantikan satu sistem sifon yang baru.


Gambar-gambar dibawah pula menunjukkan tandas rumah Cik Wani yang tiada penutupnya.Cik Wani menggunakan tandas duduk berjenama MONZA.Saya telah menggantikan penutup tandas yang baru berjenama sama.Untuk makluman, tandas duduk jenama MONZA sukar didapati  dan harganya pula lebih tinggi berbanding jenama-jenama lain yang ada dipasaran. Sekiranya ada yang mempunyai masalah untuk mendapatkan alat ganti untuk jenama ini bolehlah menghubungi saya.




No. tel. : 012 - 6379460





Ahad, 21 Oktober 2012

Tandas duduk tersumbat

Saya telah dihubungi oleh En. Fuad di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang tempohari. Masalah yang beliau hadapi adalah tandas duduk yang tersumbat serta pengaliran air amat perlahan apabila dipam.Ini ada kalanya menyebabkan najis tidak mengalir ke dalam saluran dan masih bertakung di mangkuk tandas. Ia juga menyebabkan bau yang amat busuk keluar dari tandas.


Gambar 1, 2 dan 3 menunjukkan pengaliran air yang amat perlahan dan gambar 4 pula menunjukkan air mengalir dengan lancar setelah ia dibaiki.


Gambar ini pula menunjukkan saluran paip yang tersumbat itu sedang dibaiki.


012 - 6379460





Membuka dan memasang semula lantai kayu


Projek di bawah ini telah dilakukan di rumah En. Razak di Taman Permata, Kuala Lumpur. En. Razak adalah kenalan lama saya yang telah meminta saya membaiki lantai loteng  yang telah reput dimakan anai-anai.Di bawah ini adalah gambar-gambar sewaktu proses membuka dan memasang semula lantai tersebut.

Gambar diatas menunjukkan lantai yang reput dan disebelah kanan lantai yang telah siap diganti dengan lantai baru.


Gambar ini menunjukkan penukaran lantai kayu telah siap sepenuhnya.

No. tel. : 012 - 6379460



Sabtu, 6 Oktober 2012

Saluran Air Kumbahan Tersumbat (2)

Hari ini saya dihubungi oleh En. Salleh yang tinggal di Saujana Impian, Kajang. Beliau memaklumkan saluran   air kumbahan dari bilik air dan saluran air kumbahan dari sinki dapur tersumbat. Setelah saya membuat pemeriksaan saya dapati masalah En. Salleh adalah sama seperti yang berlaku di rumah En. Halim di Wangsa Melawati, tempoh hari.

Sebelum ini saya pernah menyiarkan saluran air kumbahan yang tersumbat di rumah En. Halim. Tapi kali ini masalah yang dihadapi oleh En. Salleh hampir sama tapi tak serupa. Maksud saya, saluran kumbahan yang mengalirkan air kumbahan telah ditutup dengan lapisan jubin sepenuhnya. Oleh itu adalah sukar bagi saya untuk mencari dimana letakknya floor trap itu.



Walaupun saya telah mencuba beberapa kali mengepam air kumbahan agar ia keluar namun tidak berjaya. Bagi menyelesaikan masalah itu, saya harus memecah jubin lantai bagi mencari floor trap tersebut.



Saya telah mengesyorkan En. Salleh menghubungi semula kontraktor yang mengubahsuai rumahnya bagi mencari dimana letaknya floor trap tersebut. Hanya itulah caranya untuk menyelesaikan masalah disamping ia dapat mengurangkan kos yang bakal dikenakan kerana saya harus memecah lantai jubin tersebut.


Saya tunjukkan gambar-gambar yang telah saya ambil sewaktu membaiki saluran air kumbahan yang tersumbat itu. Nasihat saya sekiranya  anda ingin membuat ubahsuai rumah, pastikan floor trap tidak ditutupi oleh jubin. Tujuannya bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sekiranya berlaku semula saluran air kumbahan tersumbat.


No. tel : 012 = 6379460