Ahad, 23 September 2012

Membaiki semula saluran air yang tersumbat


Gambar-gambar dibawah ini menunjukkan pengaliran air dari sinki adalah perlahan. Setelah diperiksa saya dapati ianya tersumbat dan telah menyebabkan pengaliran air yang perlahan. Saya telah membaikinya dan air telah mengalir dengan lebih lancar. Saya telah dipanggil oleh En. Husni dari Taman Desa Melawati, Ampang bagi membaiki pengaliran air di bilik mandi beliau.





Dibawah ini pula En. Husni telah cuba membaiki sistem tangki yang telah lama rosak. Setelah tidak dapat membaikinya beliau telah membuang sistem sifonnya dan beliau telah menggunakan curahan air dari takungan baldi bagi menyiram mangkuk tandas setelah digunakan. Kemudian saya telah menggantikan satu set sistem sifon yang baru. Sila lihat dibawah ini.


Gambar 1 - beginilah rupanya apabila sistem sifon telah dikeluarkan.


Gambar-gambar ini saya ambil setelah siap dipasang satu set sistem sifon yang baru dan telah diuji serta ia telah berfungsi dengan baik. 



No. tel : 012 -6379460





Penukaran 'bottle trap' jenis PVC kepada STAINLESS STEEL


Hari ini saya hanya ingin menunjukkan gambar-gambar yang telah saya ambil sewaktu dan selepas menukarkan bottle trap di rumah Dr Azizan yang terletak di Taman TAR, Ampang.Beliau mahu menukar bottle trap jenis PVC kepada Stainless steel.




Lihatlah perbezaan sinki  kaca yang menggunakan PVC bottle trap dan Stailess steel. Sinki kaca yang menggunakan bottle trap Stainless steel kelihatan lebih menarik dan bersesuaian .

No. tel : 012 - 6379460






Khamis, 13 September 2012

SALURAN AIR KUMBAHAN DARI SINKI DAPUR TERSUMBAT

Saluran air kumbahan dari sinki dapur ke mainhole sering kali tersumbat. Ini adalah satu permasalah yang sering  berlaku di kawasan kediaman kita.Satu sikap negatif  masyarakat Malaysia apabila lelemak/minyak selalu dialirkan kesaluran paip. Apabila lelemak/minyak yang dialirkan ke sinki itu sejuk  pembekuan akan berlaku. Sekiranya sering kita melakukan  perkara sebegini lama kelamaan lelemak/minyak tersebut akan menebal dan menutupi saluran pengaliran air  paip ke mainhole. 

Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang mungkin menjiikkan. Namun begitu, pada saya kita harus sedar perkara yang sering kita lakukan itu akan menjadi satu impak yang besar kepada kediaman kita. 


Saya telah dihubungi oleh En. Halim dari Wangsa Melawati, Kuala Lumpur tempohari. Permasalah yang beliau hadapi ini telah lama berlaku dan ramai plumber yang di panggil oleh beliau untuk membantu menyelesaikannya. Masalah itu selesai tapi berulang semula dan akhirnya beliau menghubungi saya.


SILA LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH  DAN PERINCIANNYA.


GAMBAR (1)

Gambar-gambar diatas adalah floor trap dilantai dapur yang dipenuhi dengan lelemak. Air kumbahan dari sinki tidak dapat mengalir melaluinya untuk ke mainhole. Ini telah menyebabkan air dari sinki tadi memenuhi floor trap tersebut dan mengeluarkan bau-bauan yang amat busuk. Lalu En. Halim memasang pita pelekat diatas penutup floor trap tersebut.



GAMBAR (2)

Gambar yang kedua ini pula (gambar 1) lubang floor trap yang dipenuhi lelemak beku yang telah kehitaman dan tebal disekelilingnya. Sewaktu gambar ini diambil saya telah beberapa kali menyiram air panas kedalam lubang tersebut bagi mencairkan lelemak. Selepas lelemak yang degil itu agak berkurangan dan air telah mula mengalir sedikit demi sedikit saya mula menggunakan rotan/rodding. Apabila proses mengepam ini bermula terkeluarlah lelemak yang telah mencair ini di floor trap tersebut. (gambar 2 & 3)



GAMBAR (3)

Gambar 3 ini pula saya tunjukkan sekali lagi limpahan lelemak cair diatas lantai. Amat menjijikkan dengan baunya yang sangat busuk menusuk kehidung. Setelah beberapa kali dipam dan disiram dengan air panas, jelas kelihatan floor trap yang tadinya berlemak telah hilang dan bersih disekelilinnya.



GAMBAR (4)

Gambar 4 ini saya tunjukkan lantai yang tadinya dilimpahi dengan lelemak cair telah dibersihkan dan air dari sinki pula telah mengalir dengan lancarnya ke lubang mainhole. Gambar (1) ini adalah peralatan yang saya gunakan dan saya sebut tadi 'rotan/rodding'.

Saya berasa amat gembira apabila dapat menyelesaikan masalah ini. Dan lebih gembira lagi apabila tuan rumah iaitu En. Halim yang turut melihat apa yang telah saya lakukan tadi tersenyum lebar tanda berpuashati.




no. tel : 012 6379460

Khamis, 6 September 2012

PROSES PEMASANGAN 'WATER PUMP'

Hari ini saya tunjukkan lagi pemasangan/installation water pump. Kali ini water pump  dipasang di rumah Puan May/En.Elias di Taman Nirwana, Ampang. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambarnya.

GAMBAR  (1)
 Inilah rupanya  tangki air yang kotor dan belum dibersihkan. Air ditangki kelihatan berkeladak dan dasar  tangki pula terdapat kotoran yang terhasil dari air paip yang telah lama mendap didasarnya.


GAMBAR (2)

 Tangki air yang telah dibersihkan dan jelas kelihatan airnya yang jernih.


GAMBAR (3)
Setelah dikenalpasti tempat untuk meletak water pump tersebut,  proses penyediaan tapak pula dimulakan. Selain tapak untuk meletakkan water pump, penyambungan saluran air dan penyambungan punca elektrik juga perlu dilakukan.


GAMBAR (4)

Setelah siap melakukan perkara-perkara yang dinyatakan tadi, water pump pun diletakkan diatasnya. Inilah rupanya water pump yang telah siap dipasang. 




No. tel. : 012 - 6379460