Rabu, 20 Jun 2012

PAIP AIR PECAH DALAM DINDING

Masalah paip air pecah dalam dinding seringkali terjadi. Kita hanya akan melihat lelehan air itu melalui dinding dan tanpa mengetahui punca sebenar mengapa air itu meleleh . Ia meleleh kerana beberapa faktor seperti telah lama dan berkarat (bagi yang menggunakan saluran paip besi), saluran yang bocor, patah atau terlubang bagi yang menggunakan paip pvc. Saya tunjukkan paip air yang pecah itu dibawah ini.

Inilah rupanya punca air yang pecah didalam dinding
gambar ini menunjukkan kesan pecahan
Ini pula adalah kesan pecahan paip air 
Gambar ini pula menunjukkan segala kesan pecahan yang telah dikeluarkan.
Gambar ini pula menunjukkan paip air pecah dalam dinding telah dibaiki dan disimen semula




012 - 6379460



Nota :
Saya telah dihubungi oleh En. Mazrul dari Bukit Permata, Taman Seri Gombak tempohari. Beliau menghadapi masalah air yang meleleh melalui dinding. Setelah dikenalpasti puncanya saya dapati ia berpunca dari paip air pecah dalam dinding. Selepas dibaiki tiada lagi lelehan air.

Khamis, 14 Jun 2012

FLEXI SEAL - PROSES MEMBAIKI BUMBUNG YANG MENYERAP AIR/BOCOR MENGGUNAKAN....



Kali ini saya paparkan keadaan dan cara-cara untuk membaiki bumbung simen yang menyerap air (bocor). Ia kerap berlaku diatas lantai simen, lantai bilik air dan lantai balkoni. Proses pembaikan bumbung ini adalah rumit kerana terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan. Langkah pertama ialah dengan membersihkan dan membuang segala kekotoran yang terdapat diatas bumbung tersebut. Langkah seterusnya menyapu 2 lapisan FLEXI SEAL dan dibiarkan kering selama 2 jam bagi memastikan lantai tersebut benar-benar kering. Proses pengeringan ini perlu bagi memastikan penyerapan air tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Gambar 1 
Gambar ini menunjukkan atas bumbung yang dipenuhi sampah dan daun-daun kering yang telah dikumpul untuk dibuang.

Gambar 2
Gambar yang kedua ini pula menunjukan bumbung simen yang telah disapu dan dibersihkan.

Gambar 3
Gambar ini menunjukkan bumbung simen yang telah disapu dengan 2 lapisan FLEXI SEAL dan sedang dalam proses pengeringan.


012-6379460


Nota :
Gambar-gambar ini telah saya ambil sewaktu saya melakukan kerj-kerja membaiki rumah Dr. George yang tinggal di Taman Melawati. Dr George adalah pemilik Pet Care (Klinik haiwan) di Taman Melawati. Beliau adalah pelanggan tetap saya. Beliau berpuas hati dengan hasil kerja yang telah saya lakukan dan telah pun menyuruh saya melakukan kerja-kerja yang lain dirumahnya dimasa akan datang.