facebook

Rabu, 7 Mac 2018

MEMBAIKI RABONG YANG BOCOR DI JALAN KEBUN, KLANG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Jalan Kebun, Klang telah menghubungi saya  dan meminta saya membaiki bumbung yang bocor dirumahnya. Apabila hujan lebat air akan mengalir masuk dan telah menyebabkan siling dirumah lembab dan berkulat. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu saya dan krew membaiki bumbung bocor itu.

Ini adalah rabong. Terdapat beberapa kesan basah disitu. Ini bermakna air hujan
mengalir masuk melaluinya.

Gambar 1 menunjukkan rabong yang telah dibuka. Gambar 2 menunjukkan terdapatnya
aluminium foil yang telah koyak. Gambar 3 terdapat air yang bertakung di aluminium foil dan
gambar 4 menunjukkan keseluruhan rabong telah dibuka.

Ini adalah proses memasang pelapik rabong. Pelapik rabong ini dipasang bagi menghalang
kebocoran berlaku semula.

Pelapik rabong ini mempunyai gam dan akan melekat pada atap genting. Ia lebih tahan
lama daripada menggunakan simen.

Gambar ini menunjukkan pelapik rabong yang telah siap dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460


NOTA:
Pemasangan atap genting dirumah pelanggan ini berjarak agak jauh sedikit pada bahagian rabong. Oleh itu, terdapat ruang-ruang yang membolehkan air masuk ke dalam. Disebabkan itu, keliling rabong telah disimen bagi menghalang air masuk. Namun begitu, atas faktor cuaca lama-kelamaan simen akan merekah dan air hujan boleh masuk ke dalam. Bagi mengatasi masalah itu, pelapik rabong digunakan bagi menutupi bahagian itu. Selepas itu barulah rabong dipasang semula. 
Kos penggunaan pelapik rabong ini lebih mahal daripada simen dan ketahanannya lebih lama.


4 ulasan:

  1. Salam,berapa harga kalau bubuh pelapik rebung

    BalasPadam
  2. BERGABUNGLAH BERSAMA DENGAN B O L A V I T A . WIN

    BANYAK BONUS & PROMO DI SETIAP HARINYA!!!

    WA : +62812-22-22-995
    Line : cs_bolavita
    Wechat : Bolavita

    BalasPadam
  3. Pm number ni kalau ada ape 2 nak baiki area kl :0192698184

    BalasPadam