facebook

Jumaat, 16 Mac 2018

MEMBAIKI BOLA TANGKI YANG ROSAK DI BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Enstek. Beliau memberitahu air tangki tidak mengalir keluar apabila dia membuka paip untuk mandi dan sebagainya. Beliau mengesyakki saluran paip itu tersumbat . Oleh itu, beliau meminta saya mencari punca kenapa air dari tangki tidak mengalir keluar. Saya telah memeriksa dan mendapati punca air tidak keluar adalah kerana bola tangki tersumbat. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Bola tangki yang rosak. Air yang mengalir masuk ke dalam tangki amat perlahan dan menyebabkan air ditangki tidak penuh. Apabila paip dibuka, air tidak dapat mengalir masuk ke bilik mandi.

Satu set bola tangki dibuka dan terdapat white tape yang telah reput didalamnya. White tape tersebut telah menutupi laluan air masuk. Ini adalah punca kenapa air tidak dapat mengalir dengan lancar ke dalam tangki.

Bahagian yang tersumbat tadi telah dicuci dengan bersih dan ia tidak berkarat lagi.

Ini adalah proses memasukkan semula air ke dalam tangki.



No. Tel/Whats App : 012-6379460



Tiada ulasan:

Catat Ulasan