facebook

Rabu, 29 Julai 2015

MENUKAR TANGKI POLY DI USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang tinggal di USJ, Subang Jaya tempohari. Beliau mahu menukar tangki poly (tangki air simpanan) yang telah bocor. Pada mulanya tangki poly ini hanya bocor sedikit sahaja. Lama kelamaan bocor pada tangki poly menjadi semakin besar dan air sentiasa mengalir keluar.  Tangki poly ini terletak diatas slab dibahagian dalam bumbung rumah. Limpahan air pada lantai (slab) telah mengalir masuk ke bahagian siling rumah. Akibat terlalu lama dibiarkan begitu, siling kapur menjadi kembang dan ia terjatuh. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Rumah pelanggan di USJ, Subang Jaya.

Proses pertama membuka atap genting satu persatu dan juga aluminium foil.
Selepas itu kayu kerangka akan dipotong bagi membolehkan tangki poly
yang lama dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum membawa keluar tangki poly ini, punca bekalan air ke
tangki ini ditutup terlebih dahulu.

Tangki poly yang dipenuhi keladak.

Ini adalah proses membuka sistem perpaipan pada tangki poly.

Setelah sistem perpaipan pada tangki ini dibuka, ia dibawa keluar.

Tangki baru yang berkapasiti 300 gelen.

Setelah tangki poly yang lama dibawa turun, tangki yang baharu pula dinaikkan.
Kemudian ia diletakkan pada tapak asal iaitu diatas slab.

Ini adalah proses menyambung semula sistem perpaipan tangki poly baharu.

Tangki poly baharu yang telah siap dipasang dan diuji.
Tiada kebocoran pada tangki dan juga bola tangki berfungsi dengan baik.

Selepas itu, kerangka kayu yang dipotong disambung semula.
Kemudian aluminium foil yang dibuka juga akan dipasang semula
barulah atap genting dipasang. Ia akan disusun mengikut susunannya.

Ini adalah proses memasang semula  2 keping siling kapur yang telah terjatuh.
Setelah dipasang, ia akan di skrew kemudian disapu stopping compound pada
bahagian yang renggang. Ia akan dibiarkan kering. Setelah itu barulah siling
kapur ini di cat semula.


No. Tel : 012-6379460
Whatsapp : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com