facebook

Selasa, 17 Februari 2015

UBAHSUAI FLOOR TRAP DI CYBERIA SMART HOMES, CYBERJAYA

Saya telah dihubungi seorang pelanggan yang meminta saya membaiki floor trap yang tersumbat. Beliau tinggal di Cyberia Smart Homes, Cyberjaya. Saya pernah menukar tangki dirumah pelanggan ini. Lihat entrinya disini. Masalah floor trap yang tersumbat ini telah menyebabkan air kumbahan bertakung di balkoni (bahagian belakang rumah). Beliau tinggal di tingkat atas. 
Saya dan krew telah cuba untuk menyelesaikan masalah floor trap yang tersumbat itu. Namun, ia bukan berpunca dari floor trap. Permasalahan itu berpunca dari sesalur kumbahan selepas floor trap yang tidak dapat mengalirkan air keluar ke manhole. Oleh itu, satu laluan alternatif telah dibuat. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Keadaan air kumbahan yang bertakung di balkoni.

Ini adalah proses membuka floor trap bagi mengeluarkan air kumbahan.
Setelah air kumbahan mengalir keluar,  dapat dilihat ia berpunca 
dari sesalur yang tidak dapat mengalirkan air ke manhole. Oleh kerana itu,
floor trap ini ditutup semula. (Gambar sebelah kanan adalah proses menutup
semula floor trap).


Kerja-kerja membuat laluan air kumbahan yang baru dibuat pada hari yang lain. Ini bagi membolehkan pelanggan ini mendapat persetujuan dengan pihak pengurusan bangunan terlebih dahulu. Saya telah mencadangkan agar air kumbahan ini disalurkan ke saluran air hujan yang mana ia terletak di luar dinding. Ini bermakna, sesalur air kumbahan  disambung dengan sesalur air hujan dan laluan ke saluran kumbahan yang asal ditutup. Air kumbahan ini akan di alirkan terus ke longkang. Kos membuat laluan baru ini adalah lebih murah berbanding memecahkan dinding dimana terdapatnya sesalur air kumbahan dan ia juga akan membabitkan jiran sebelah rumah. Setelah itu barulah kerja-kerja dapat dimulakan.

Ini adalah lakaran gambarajah kedudukkan floor trap dan sesalur air kumbahan yang asal.

Lakaran gambarajah yang dicadangkan dan telah pun dipersetujui.

Ini adalah proses memotong sesalur air kumbahan. Sesalur air ini terletak didalam
dinding dan ia bersambung dengan sesalur air kumbahan jiran sebelahnya.

Air memancut keluar setelah sesalur ini dipotong.

Memotong floor trap. Ia dipotong mengikut
perkiraan yang betul agar penyambungan yang dibuat nanti adalah tepat. Setelah itu,
gam disapu disekeliling sesalur dan dibiarkan kering seketika. Manakala, sesalur
air ke dinding telah ditutup.

Gambar diatas adalah proses menyapu gam pada floor trap yang baru. 
Setelah itu ia di cantum semula pada sesalur air kumbahan dan 
 hendaklah di tekan sedikit  agar ia benar-benar ketat.

Sesalur air yang baru telah disambung. Kemudian satu lubang di sesalur
air hujan dibuat. Setelah lubang dibuat terdapat objek hitam didalamnya. 
Beberapa kali dicuba untuk mengeluarkan objek tersebut.

Didapati objek hitam itu adalah akar kayu yang berada didalam sesalur air hujan.

Bagi mengeluarkan akar kayu tersebut, sesalur air hujan terpaksa dipotong.
Ia dipotong 4 kaki dari bawah. Setelah itu akar kayu tadi ditarik keluar. Panjang
akar kayu itu lebih kurang 6 meter.

Setelah akar kayu tadi dapat dikeluarkan sepenuhnya, sesalur air hujan tadi
di tutup semula.

Ini adalah proses penyambungan sesalur air kumbahan dan sesalur air hujan.
Proses ini dilakukan dengan teliti agar ia tidak bocor di kemudian hari. 

Ini adalah proses menyapu gam sebelum ia dicantum. Gambar
dibawah pula menunjukkan saluran air kumbahan yang baru telah siap dibuat.

Ini adalah proses membuang pokok-pokok renek yang terdapat diatas bumbung
rumah. 

Punca kenapa akar kayu boleh berada didalam sesalur air hujan adalah
kerana pokok-pokok yang terdapat diatas bumbung. Akarnya akan menjalar
ke sesalur air hujan untuk mendapatkan bekalan air.

Ini adalah gambar floor trap.








No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan