facebook

Rabu, 30 September 2015

KURSUS HIASAN DALAMAN (PEMASANGAN LANTAI LAMINA) DI FURNITURE INDUSTRY TECHNOLOGY CENTER

Saya telah dihubungi oleh Tuan Haji Sabri Bin Yaacob dari Furniture Industry Technology Center (FITEC), Batu Caves, Selangor. Beliau telah menjemput saya untuk memberi ceramah tentang pemasangan lantai lamina. Kursus pemasangan lantai lamina ini telah berlangsung pada 14hb dan 15hb September, 2015 yang lalu. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu kursus tersebut dijalankan.

 Hari pertama (14/09/2015) 
Ini adalah sesi pengenalan kepada lantai lamina dan bagaimana lantai ini dipasang.
Memberi penerangan secara teori terlebih dahulu agar para peserta memahami sebelum
pemasangan lantai lamina dilakukan.

 Selepas penerangan secara teori dilakukan, para peserta diberi latihan secara
praktikal. Latihan ini perlu bagi para peserta melatih diri cara mengetuk kayu/
lantai dengan perlahan dan berhati-hati agar tiada kesan ketukan pada lantai.

 Hari kedua (15/09/2015)
Pemasangan lantai lamina dilakukan oleh para peserta. Peserta kursus
pemasangan lantai lamina ini dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap
kumpulan akan memasang lantai lamina di setiap bilik yang berasingan.

 Hasil pemasangan lantai lamina oleh peserta kursus.


 Penyampaian sijil kepada para peserta kursus oleh 
Dato' Abd. Rahim Bin Abd. Ghani - Ketua Pegawai Eksekutif
F.I.T Center Sdn. Bhd. (FITEC)

Bergambar kenangan bersama peserta kursus.

NOTA :

F.I.T Sdn Bhd (FITEC) atau pusat teknologi perabot MARA. Ia adalah  syarikat yang dimiliki penuh oleh MARA, sebuah agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan dibawah tadbir Bahagian Pembangunan Usahawan MARA (BPU). 
Tertubuhnya syarikat ini adalah melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) dan MARA tentang perusahaan perabot di Malaysia.



Mohd Normal Bin Serin
No. Tel/Whatsapp : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 28 Ogos 2015

MEMBAIKPULIH RUMAH DI TAMAN DESA NILAI, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya telah diminta oleh pemilik rumah ini yang tinggal di Taman Desa Nilai, Nilai, Negeri Sembilan untuk membaikpulih rumahnya yang telah lama dibiarkan kosong. Beliau mahu menyewakan rumah tersebut. Sebelum itu, beliau mahu ia dibaikpulih kerana terdapat beberapa tempat yang bocor dirumah tersebut. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Terdapat banyak pokok renek diatas bumbung. Pokok-pokok renek yang
tumbuh diatas bumbung ini boleh menyebabkan kerosakkan pada bumbung
dan juga pada sesalur air.

Ini adalah proses memotong pokok-pokok renek dan membuang daun
-daun kering yang terdapat dibumbung. Daun-daun kering yang menutupi
atap genting ini akan menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir masuk
ke sesalur air. Ia akan bertakung disitu dan air akan mengalir masuk ke 
dalam rumah.

Pokok-pokok renek yang tumbuh di sesalur air hujan.
Akar-akar pokok yang telah memanjang ditarik keluar.

Bumbung dan sesalur air hujan yang telah dibersihkan.

Ini adalah proses menyapu sealant pada rabong. 

Rabong yang telah siap disapu dengan sealant.

Memotong rumput pada halaman rumah.
Gambar sebelah kiri - rumput yang belum dipotong
gambar sebelah kanan pula setelah rumput dipotong.

Pemilik rumah ini mahu sinki dapur ini ditukar kepada sinki
jenis stainless steel (double bowl). Ini adalah proses membuka
sinki lama dan membuat saluran bagi pemasangan tap.

Ini pula proses memasang tap di tandas.

Ini pula proses memasang sinki, bottle trap, flexible hose dan juga
penyambungan paip.

Sinki jenis stainless steel (double bowl) dan tap yang telah siap dipasang.

Sinki ditandas juga telah siap dipasang dan diuji.



No. Tel/Whats App: 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Rabu, 26 Ogos 2015

MENUKAR NON-RETURN VALVE DI PUCHONG LAKE VIEW, PUCHONG, SELANGOR

Seorang pelanggan yang tinggal di Puchong Lake View, Puchong, Selangor telah menghubungi saya tempohari. Beliau memberitahu air sentiasa mengalir dari tangki dan menyebabkan siling di rumahnya sentiasa lembab. Beliau mengesyakki tangki air itu bocor dan meminta saya menukar tangki air tersebut. Sebelum menukar tangki saya telah membuat pemeriksaan pada tangki tersebut. Tiada kebocoran pada tangki dan ianya masih boleh digunakan. Masalah air dari tangki yang sentiasa melimpah/over flow adalah berpunca dari non-return valve yang telah rosak. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Tangki air yang masih boleh digunakan. Manakala 1 unit non-return valve
telah rosak. Non-return valve ini berfungsi mengawal air dari tangki untuk
dibekalkan ke tandas. Apabila ia telah rosak, ia tidak dapat mengawal keluar
masuk air. Ini telah menyebabkan air yang sepatutnya mengalir ke tandas 
berpatah balik dan masuk ke dalam tangki semula. Apabila ini berlaku air
akan sentiasa melimpah/overflow.

Non-return valve yang baharu.

Ini adalah proses membuka non-return vavle yang lama. Sebelum ianya dibuka
tangki air hendaklah dibersihkan dan dibuang airnya  terlebih dahulu. 

Gambar ini menunjukkan non-return valve yang rosak telah dibuka.

Non-return valve yang baharu telah dipasang semula.

Ini adalah proses mengisi semula air ke dalam tangki disamping
menguji non-return valve yang baharu.



No. Tel / Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Isnin, 24 Ogos 2015

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DI TAMAN KENARI, PUCHONG, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Taman Kenari, Puchong. Beliau meminta saya membaiki bumbung rumahnya yang bocor. Terdapat beberapa bahagian yang bocor. Bahagian-bahagian yang bocor adalah pada rabong. Simen dirabong telah merekah dan menyebabkan air hujan akan mengalir masuk ke situ. Terdapat rekahan pada dinding ditingkat atas rumah tersebut. Zink pada sesalur air telah mereput. Lantai slab yang menempatkan tangki air juga telah bocor dan juga bocor dibahagian garaj.
Saya menggunakan kaedah menyapu sealant pada bahagian-bahagian yang bocor tersebut. Manakala bahagian tepi bumbung itu saya letakkan zink agar air hujan boleh mengalir keluar melaluinya. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar ini menunjukkan simen pada rabong yang telah tertanggal dari rabong.
Apabila simen ini tertanggal ia akan membentuk lubang. Air hujan akan mengalir
masuk ke dalamnya.

Ini adalah proses menyapu sealant pada bahagian rabong. Setelah simen
yang tertanggal itu dikeluarkan ia akan dibersihkan dahulu barulah sealant disapu.

Setelah sealant disapu ia akan dibiarkan kering. Selalunya proses menyapu 
sealant ini dilakukan pada waktu panas supaya ia cepat kering.

Dinding yang merekah.

Ini adalah proses memasang zink flacing pada bahagian tepi dinding.

Zink flacing akan dipotong sedikit bagi mendapatkan saiz yang sama
dengan zink flacing yang asal.

Setelah zink flacing dipasang, dinding dan bahagian zink flacing tadi 
akan disapu dengan sealant.

Dinding pada slab yang juga bocor.

Ini adalah proses membersihkan dinding dan lantai diruangan meletak
tangki air. Setelah itu dinding dan lantai akan disapu dengan sealant.

Dinding dan lantai yang telah siap disapu dengan sealant.
Ia dibiarkan kering.

Ini adalah proses membuka atap genting pada bahagian garaj.

Atap genting ini dibuka bagi membolehkan pemasangan zink 
pada bahagian dalamnya. Setelah itu ia akan ditutup semula.

Kemudian  zink flacing dipasang dan disapu dengan sealant.

Bumbung yang telah siap dibaiki.



No. Tel/Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Jumaat, 21 Ogos 2015

MEMBAIKI WATER PUMP YANG BOCOR DI BANDAR BARU SALAK TINGGI, SELANGOR

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang mahu saya membaiki water pump yang bocor. Air tidak dapat disedut masuk ke dalam tangki kerana pada bahagian penyambungnya bocor. Beliau mengesyakki water pump ini telah rosak. Lantai slab dimana terletaknya tangki sentiasa basah. Air akan mengalir terus ke siling dan menyebabkan siling dibilik tidur utama bertompok-tompok dan mulai mengembang. Setelah diperiksa saya dapati tape putih yang disambung pada valve soket tidak cukup lilitannya. Apabila water pump ini menyedut air ia akan bergegar sedikit dan lama kelamaan  bahagian ini akan terenggang. Ini adalah punca kenapa air boleh mengalir keluar dari situ. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

White tape pada  valve soket  yang sedikit gulungannya telah mula terkoyak.
Bebenang white tape telah mula keluar.

Ini adalah proses membuka bahagian yang tertentu pada water pump.
Kemudian 1 unit valve soket yang baru akan dipasang.

Ini adalah proses membuat penyambungan paip baru dari water pump ke tangki.

Water pump dari China.

Saluran paip jenis PVC yang disambung dengan saluran ABS.
Bahagian ini akan dipotong dan disambung dengan saluran paip PVC sahaja.

Saluran paip jenis PVC yang disambung ke tangki.

Valve socket yang bocor telah diganti dengan yang baru serta telah dipasang
2 unit stock cock bagi memudahkan membuat penyelenggaraan dikemudian hari.

NOTA:
Bagi membuat penyambungan paip disarankan agar gulungan white tape/tape putih digulung atau pusingan sebanyak : 
1. Untuk pemasangan/penyambungan paip jenis PVC ke PVC  sebanyak 25 pusingan white tape.
2. Untuk pemasangan/penyambungan paip jenis PVC ke G.I  sebanyak 35-40 pusingan white tape.



No. Tel : 012-6379460
Whats App : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com