facebook

Selasa, 25 Mac 2014

SALURAN KUMBAHAN JENIS 'CAST IRON' BOCOR DI TAMAN UKAY HEIGHTS, BUKIT ANTARABANGSA, AMPANG, SELANGOR.

Saya dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal Taman Ukay Heights, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Beliau memberitahu saya, saluran paip kumbahan dari lantai ditingkat atas rumahnya bocor. Setelah diperiksa saya dapati saluran paip jenis 'cast iron' telah bocor. Terdapat 2 tempat yang mempunyai kesan lelehan air.

Ini adalah saluran paip kumbahan yang menyalurkan air kumbahan ke manhole.

Ini adalah 2 bahagian yang terdapat kesan lelehan air. Saluran paip kumbahan yang disebelah kiri ini telah bertukar warna kekuningan kerana air lelehan sentiasa meleleh dan telah membentuk karang yang keras. Manakala disebelah kanan pula saluran paip kumbahan ini telah mula terkopak.

Setelah mengenalpasti punca utama yang menyebabkan air sentiasa meleleh barulah proses pertama dilakukan iaitu dengan memotong saluran paip kumbahan yang bocor.

Saya telah menyukat dahulu jarak panjang saluran paip kumbahan itu, kemudian barulah ia dipotong mengikut ukuran. Gambar ini menunjukkan saluran paip kumbahan yang telah dipotong.

Proses seterusnya adalah memasang 'rubber clip'. Sebelum ia dipasang, saya telah menyapu sealant dikeseluruhan saluran paip kumbahan tersebut. Ini adalah untuk memastikan 'rubber clip' yang disambung tadi tidak akan bocor lagi.

'Rubber clip' dipasang bagi menyambung antara cast iron ke saluran paip kumbahan jenis UPVC yang bersaiz 4".

Gambar ini menunjukkan bagaimana fungsi  saluran paip kumbahan.Dibahagian kiri adalah saluran floor trap. Air mandian dan juga dari sinki akan mengalir ke floor trap. Manakala bahan buangan dari tandas akan mengalir ke saluran tandas dan ke dua-dua ini akan melalui satu saluran yang sama dan dialirkan ke dalam saluran paip kumbahan yang terletak dibahagian dinding sebelum menuju ke manhole.

Saluran paip kumbahan telah di pasang dengan penyambung T. Pelanggan ini telah meminta saluran paip kumbahan ini dimatikan sahaja memandangkan kedudukkannya yang terlalu tinggi dari kedudukkan floor trap. (Tidak sama level).

Seperti yang saya terangkan tadi, air mandian dan sinki akan melalui floor trap. Oleh itu, saya telah memasang P-Trap bagi membolehkan air mengalir ke saluran paip kumbahan ke manhole. Namun begitu, pelanggan ini meminta saya  memasang P-Trap sahaja kerana beliau akan memasang sendiri sesalur air untuk terus ke floor trap lantai di tingkat bawah. 


NOTA:
Pelanggan ini mempunyai kontraktor pembaikan rumahnya sendiri. Namun kontraktor binaannya tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki saluran paip kumbahan jenis cast iron ini.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Sabtu, 22 Mac 2014

CUCI TANGKI AIR YANG BERLUMUT DAN MEMBAIKI LANTAI TAPAK TANGKI

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Sri Pristana, Saujana Utama, Sg. Buloh, Selangor. Beliau memberitahu, siling diruang tamu rumahnya sentiasa lembab dan apabila musim hujan air akan mengalir masuk dengan banyaknya. Rumah ini telah lama dibeli namun tidak didudukki. Oleh itu, beliau berhasrat untuk mendudukki rumah ini. Sebelum itu, beliau ingin membaiki mana-mana bahagian rumah yang rosak terlebih dahulu. Seperti yang diberitahu, saya akan mencari punca air memasukki bahagian siling rumah. Saya dapati ada resapan pada lantai tangki air. Sebelum membaiki lantai tangki air ini, saya diminta oleh pelanggan ini untuk mencuci tangki air terlebih dahulu. Ini kerana tangki air dirumah beliau telah berlumut. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri mencuci tangki air yang sangat kotor di sini dan sini.

Ini adalah tangki air yang dipenuhi lumut. Terdapat juga pertumbuhan
kulat dan alga di dalamnya.

Ini adalah lantai tangki air yang terdapat kesan resapan. Dibahagian ini
nanti akan diperbaiki semula.

Proses membuang air dan mencuci tangki. Lumut-lumut yang terdapat
dibahagian tepi dan dasar tangki.

Setelah lumut-lumut dibuang tangki air dicuci dengan berus supaya
mendapan yang terdapat dibahagian dasar tangki akan hilang.

Lumut-lumut yang telah dikeluarkan dimasukkan kedalam beg plastik sampah untuk dibuang.

Tangki air yang telah dibersihkan, dibiarkan kering sepenuhnya sementara
tapak tangki air diperbaiki semula.

Lantai tapak tangki dibersihkan terlebih dahulu. Rumput-rumput kecil
dan tanah dikeluarkan.

Lantai tapak tangki akan disapu dengan water proofing jenama SIKA.

Ini adalah proses merende semula lantai tapak tangki. Tujuan ia dilakukan adalah
untuk mempastikan kecuraman tapak tangki bersesuaian agar air yang mengalir akan
disalirkan terus ke lubang saluran.

Ini adalah proses membancuh simen dan meratakan (level).

Ini adalah proses melicinkan lantai.

Setelah siap dilicinkan, ia akan dibiarkan kering sepenuhnya sebelum
lantai ini disapu dengan water proofing.

Water proofing akan disapukan sebanyak 2 kali.

Setelah water proofing kering sepenuhnya, barulah tangki air diletakkan ditempak asal.
Dan penyambungan paip dilakukan.

Ini adalah proses penyambungan paip ke tangki air dan menguji semula
tangki air.

Ini pula proses menyapu water proofing bagi kali ke 3 dan dibiarkan
kering sepenuhnya.

Lantai (slab) dan juga lantai tapak tangki yang telah siap disapu dengan water proofing.

NOTA:
Tangki air yang dibekal, didatangkan berpasangan iaitu tangki dan juga penutupnya. Oleh itu, tangki air hendaklah sentiasa ditutup rapat agar ia tidak dimasukki oleh benda-benda asing seperti lipas, cicak, burung, katak dan pelbagai binatang kecil. Apabila tidak ditutup, ia akan menyebabkan pertumbuhan kulat, lumut dan alga kerana ia sering terdedah pada cahaya matahari. Bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit yang dibawa oleh air, kaedah menutup tangki dengan penutupnya hendaklah dipatuhi.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Khamis, 20 Mac 2014

TANDAS SUMBAT DI BANDAR KINRARA PUCHONG

Hari ini saya akan tunjukkan gambar sewaktu saya membaiki tandas duduk di Kinrara, Puchong tempohari.
Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Ini adalah tandas duduk yang tersumbat.

Setelah dipam menggunakan rotan beberapa kali barulah
air najis dapat mengalir dengan lancar.

Air mengalir dengan lancar dan tandas pun kembali bersih.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Selasa, 18 Mac 2014

WATER PUMP JENAMA GBG

Saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal di Sepang, Selangor tempohari. Beliau mahu saya membaiki water pump dirumahnya yang telah rosak.

Ini adalah water pump jenama GBG. Jenama ini adalah produk
dari China.

Setelah dibuka terdapat komponen dibahagian dalamnya yang telah rosak.

Bahagian inilah yang mengalami kerosakkan. Ini adalah
'rust resistant bolt'. Saya tidak dapat membaiki water pump
ini kerana alat gantinya tiada.

NOTA:
Terdapat berbagai jenama water pump dipasaran sekarang ini. Harganya adalah sekitar RM 250 hingga ke RM 500 se unit. Kadangkala  produk ini tidak memberi jaminan/warranty lebih dari setahun. Adakalanya pula sukar untuk mendapat alat gantinya.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Ahad, 16 Mac 2014

MEMBEKAL DAN MEMASANG WATER PUMP DAN TANGKI AIR DI BUKIT JELUTONG, SELANGOR

Pelanggan yang tinggal di Bukit Jelutong, Selangor telah menghubungi saya bagi memasang water pump dan tangki air di rumahnya. Pemilik rumah mahu memasang water pump dan tangki air tambahan kerana tekanan air dikawasan kediaman beliau terlalu rendah. Air ini akan disalurkan terus ke dapur  dan juga tangki yang terdapat dibahagian dalam rumah.

Disinilah tempat yang akan diletakkan water pump dan tangki air.

Saya tidak membina tapak bagi tangki air kerana pemilik mahu saya menggunakan
palet pvc sepertimana yang digunakan kebanyakkan kilang. Manakala tapak untuk
water pump pula hanya menggunakan batu penutup longkang.

Water pump yang telah dibuat penyambungan perpaipannya. Saya 
mengguna water pump jenama Hitachi 150watts dan tangki air berkapasiti
150 gelen.

Ini adalah proses penyambungan sistem perpaipan dan juga pemasangan 
non return valve sebelum masuk ke tangki air. Saya menggunakan
paip jenis ABS. 

Ini adalah proses menguji ball valve dan juga  memastikan tangki air yang 
dibekal tidak bocor.

Tangki air dan water pump yang telah siap dipasang dan diuji sepenuhnya.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Jumaat, 14 Mac 2014

PAIP ABS BOCOR ATAS SILING DI PRESINT 8, PUTRAJAYA

Saya telah dihubungi oleh Cik Amelia dari Presint 8, Putrajaya bagi mengenalpasti punca siling dirumahnya yang sentiasa lembap. Saya telah memanjat siling dan saya dapati paip ABS yang disambung ke tangki air telah bocor. Sila lihat dibawah ini.

Ini adalah paip ABS. Dalam bulatan yang ditunjukkan dapat dilihat
air yang memancut keluar.

Bahagian yang bocor.

Bahagian yang bocor tadi telah dipotong dan akan disambung 
semula dengan paip ABS yang baru.

Setelah paip ini digam dan disambung semula saya terpaksa menunggu 
sehingga 2 jam bagi memastikan gam kering sepenuhnya.

Setelah itu barulah paip utama dibuka semula dan dibiarkan air mengalir
bagi memastikan tiada lagi kebocoran berlaku.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Rabu, 12 Mac 2014

TUKAR PINTU DI SRI KEMBANGAN, SELANGOR

Hari ini saya tunjukkan proses menukar pintu yang telah dilakukan di Sri Kembangan, Selangor tempohari. Pintu kayu dibahagian dapur telah rosak dan reput.  Sila dibawah ini proses membuka dan memasang pintu yang baru.

Pintu kayu yang rosak dan reput telah dibuka.

Pintu yang baru telah dipasang.

Pintu yang dipasang telah disapu dengan cat. Sebelum itu, cat alas
/undercoat disapu terlebih dahulu kemudian cat berwarna colat tua telah
disapu.

Selepas cat yang disapu kering barulah tombol pintu yang baru dipasang.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com